Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold | Kawan-kawan yang kenal lama dengan ciksun, mesti tahu dan perasan, ciksun tak pernah pakai barang kemas. Dulu-dulu masa baru kahwin aje ciksun rajin pakai cincin kahwin. Tapi bila badan dah naik sikit, cincin kat jari mula ketat, ciksun dah tak pakai dah. Ada sedikit fobia kalau-kalau cincin tu tak boleh ditanggalkan. Sebab pernah dah nampak kawan-kawan yang cincin stuck kat jari takleh nak tanggal sebab jari dia menggebu tanpa amaran. Risau sungguh takut jari kena potong, padahal hmmm itu semua imaginasi hahaha!

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold
Sampai sakit kepala kak Hernee pilih cincin

Ciksun bukan lah peminat sangat kumpul barang kemas ni. Kalau ade kawan-kawan cerita pasal cincin baru pun ciksun iyekan aje dan raikan hobi mereka dan keluarga mereka. Tapi nak dijadikan cerita, sebelum raya hari tu suami bawak pergi kedai emas dekat Pendang. Hajat dia nak beli hadiah untuk adik ipar ciksun sempena hari lahirnya. Arwah mak ada bagi duit ASB sikit yang suami jaga, diamanahkan untuk bagi pada adik ipar bila dia memerlukan.

Masa tu lah mulut ni tanya, boleh trade in emas lama tak? Orang kedai tu cakap boleh. Eh, kebetulan memang bawak cincin kahwin dan cincin pertama beli sendiri masa belajar dulu. Terus bagi timbang dan kira berapa harga kalau trade in. Alang-alang dah tak muat pakai, baik kita tukar cincin baru kan? Suami pun setuju dan sokong. Dia suruh pilih cincin kat situ jugak dan nanti dia topup katanya. Uishh, ni baru best beli emas! Orang lain bayor! Hahaha! Patut lah perempuan suka emas! Eh, takde kaitannnnnn! ๐Ÿ˜‚

But kedai tu takde banyak sangat pilihan design cincinnya. Sangat-sangat terhad yang sesuai dengan saiz jari ciksun. Ade yang besar sangat, ada yang kecik sangat. Akhirnya jumpa satu yang nampak cantik di mata ciksun dan mata suami. Harganya pun not bad, tambah dalam RM190++ je dari harga trade in RM300++. Kiranya satu cincin baru tu harga dia dalam RM500++ gitu. Alhamdulillah, dah start rasa barang kemas ni cantik dipakai. Mula la ada impian nak kumpul emas dengan duit sendiri.

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

Kumpul emas fizikal ni banyak kebaikannya, boleh buat pelaburan masa panjang dan digunakan pada masa kecemasan. Tapi kena ingat, beli emas bila betul-betul ada duit lebih. Bukan beli emas guna duit simpanan. Sebabnya, andai kata tiba-tiba ada kecemasan nak pakai duit dalam masa yang tak sampai seminggu beli emas, korang akan rugi nanti. Korang beli emas baru tambah dengan harga upah, bila jual balik, orang akan timbang harga emas sahaja, tak termasuk harga upah. Harga jual balik nanti akan jadi lebih rendah daripada harga korang beli beberapa hari lepas. Rugi banyak kat situ.

And beli emas kena ada penasihat emas. Melainkan korang ni memang dah expert lah dalam bab-bab beli emas ni. Memang dah pandai beli sendiri tanpa perlu nasihat kawan-kawan. Macam ciksun baru-baru ni, pergi teman kawan trade in cincin lama dia kat Kedai Emas Miragold, Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Tapi dia da sampai awal dah, dan dah ada dah cincin pilihan dia kat kedai tu. Ewah, ewah dia ni kannn. Tak cukup beli sendiri, dia hasut kita beli jugak ๐Ÿ˜‚

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

Ish ish ish. Macam mana lah tak terhasut! Ni kali pertama ciksun masuk kedai emas yang ada sangat-sangat banyak pilihan design. Rekaannya pulak pelbagai, ada rekaan klasik orang dulu-dulu, ada rekaan terbaru dan moden. Sampai rambang mata ciksun dibuatnya. Ingatkan nak tengok-tengok aje, alih-alih melekat pulak dengan seketul cincin belah rotan. Pekerjanya punnnn pandai sangat lah memujuk, dah sama level dengan Sis Lin. Kadang-kadang ciksun tertanya, eh Sis Lin ni kerja dekat sini ke ๐Ÿ˜†

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

Apa yang best sangat-sangat kat Kedai Emas Miragold ni? Nah ciksun share beberapa perkara menarik tentang Kedai Emas Miragold yang korang kena tahu sebagai peminat barang kemas.
  • Emas tanpa upah untuk design terpilih.
  • Harga trade in tertinggi setiap masa.
  • Pelbagai design terbaru dan terkini.
  • Suasana kedai cantik dan selesa, surau dan tandas disediakan.
  • Pekerja yang sangat mesra, sentiasa bagi salam bila ada pelanggan baru masuk kedai.
  • Guna sistem nombor yang teratur supaya pelanggan tak perlu tunggu lama.
  • Tukang emas professional.
  • Ada servis ukiran nama.
  • Jadi ahli, dapat harga istimewa.
  • Tebus Gold Bar 999.99 secara percuma bila kumpul 25,000 points ahli.
  • Pelbagai free gifts untuk pelanggan.
  • Pemilik dan pekerja 100% bumiputera.

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

Nah, syok ke tak syok. Ciksun sendiri dah rasa membeli-belah dekat sini. Eh, ayat macam borong banyak sangat kan, padahalll yang lama tu duk menilik satu per satu barang kemas yang ada. Memang cantik-cantik semuanya, emas Dubai pun ada tau! Bila tanya pekerja, ada ke yang datang beli? Memang ada! Diorang ada jugak golongan VVIP yeee, jangan tak tahu!

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

And sangat-sangat bertuah kalau jadi ahli. Register hanya perlu bayar RM29 aje, then renew setahun sekali RM10 aje lepas tu. Guna kad ahli, boleh dapat diskaun RM5/g bagi setiap pembelian. Malah, boleh kumpul rewards point lagi. Kumpul punya kumpul, boleh tebus Gold Bar 999.99 jika ada rezekinya. Tapi jangan lupa, beli emas, beli juga. Zakat emas jangan lupa bayar tau!

Ok, tak tipu tau, ciksun da masukkan Kedai Emas Miragold ni dalam senarai wajib pergi kalau nak trade in or jual emas lama dan beli emas baruuu! Insya'Allah ada rezeki nanti nak tukar rantai yang mamak bagi ciksun sebelum sambung belajar dulu kepada rantai berloket. Sekarang ni baru lah faham, kenapa mak ayah bagi emas kepada anak-anak. Banyak rupanya kebaikan bila memiliki emas ni. Ciksun pun ada lagi ha gelang tangan dekat bank sebab dulu buat pinjaman untuk bayar yuran pengajian. Insya'Allah nanti ada rezeki lebih nak ambil dan tukar baru juga!

Ingat emas, ingat Kedai Emas Miragold ❤️

Beli Emas Moden Terkini di Kedai Emas Miragold

Kedai Emas Miragold
No. 17A & 17B,
Jalan Ekoperniagaan 7,
Taman Kota Masai,
81700 Pasir Gudang, Johor.

Buka setiap hari
10 pagi - 9 malam

Jemput follow FB diorang, sebab diorang live setiap hari!
Telegram rasmi: https://t.me/KEMIRAGOLD

~ Pakar Emas Idaman Wanita ~

#miragold #tradeintertinggi #emas #beliemas #jombeliemas

Post a Comment

8 Comments

  1. Assalamualaikum Sunah...wah !! Terbaiklah sunah dah jatuh cinta dgn miragold la...pasni pasti tambah lg la koleksi emas sunah...

    ReplyDelete
  2. punyalah luas dn selesa dalam kedai nya tu, buat suami-suami yang kena tunggu isteri memilih design emas memang selesa betul kedainya. Perempuan kalau masuk kedai emas mesti tak tolak dan mudah tergoda heheheh

    ReplyDelete
  3. Jomm laaa pi return balik, korek segala emas lama tu kita tukar baru.. nak tukar rantai laaa plakk hehehe

    ReplyDelete
  4. wahhhh... cantiknya deko kedai... bersemangat nak beli nanti. jom....

    ReplyDelete
  5. dulu2 gi kedai emas deco biasa2 je...la ni siap sofa vibrant color lagi...gempak

    ReplyDelete
  6. bestnya... nak ajak suami gi sini la weekend ni.

    ReplyDelete
  7. Perghhhh, cantikk..silau mata kitaaa! Kalau banyak design dan kelebihan lain nihla besttt!!! Fuh, penasihat tu memang penting gak..KAHHH!

    ReplyDelete
  8. Haritu pun nur pergi miragold. Best lah dekat situ banyak pilihan design. Siap termimpi lagi tau

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com