Ticker

6/recent/ticker-posts

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr! | Bukan senang ye seketul ciksun nak suka sangat dengan menu ikan. Salmon yang orang lain cakap sedap tu pun ciksun memilih menu dia. Kalau rasa hanyir salmon, terus turn off selera ciksun. Ini kan pulak ikan tempatan. Tapi ikan siakap biasanya memang boleh lalu tekak ciksun. Kadang-kadang je ade tempat yang masakan ikan siakap dia tak kena dengan tekak and rasa pelik. Rugi betul siakap tu dibuat begitu, kata hati ciksun.

Tapi dekat Les Bouchons Puteri Harbour ni, ciksun rekemen sangat-sangat korang cuba menu baru diorang, Grilled Local Seabass untuk Catch of the Day for 2 (RM208). Menu Catch of the Day ni diorang guna ikan bermusim. Kalau sekarang, musim ikan siakap lah. Berat seekor ikan dalam 800g hingga 1kg. Bayangkan lerr berapa besar ikan tu sampai kat meja korang. Ciksun ri tu makan dengan kak Ajan, terkejut tengok ikan dia bila sampai. Hahahaha!

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Besarrrr gilerrr! Kalau makan yang ni, tak payah dah makan yang lain ye. Hahaha! Ciksun suka rasa isi ikan dia yang fresh, tanpa menghilangkan rasa ikan siakap tu. Siakap kan ada rasa dan bau dia yang tersendiri, yang buat kita boleh bezakan dengan ikan lain. Ikannya dipanggang seekor, kemudian dihidangkan dengan sos khas yang kalau hidu, baunya seakan-akan mentega. Bila tanya waitresses, memang ade butter jugak sikit dalam tu sebab orang Perancis suka butter sangat-sangat.

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Kenapa Perancis? Sebab Les Bouchons Malaysia ni adalah restoran Perancis, chefnya pun orang Perancis. Chef Mickael Cornac, Executive Chef Les Bouchons Singapore yang masak untuk kitorang hari tu. Dulu pernah datang sini, tapi chef lain. Agaknya chef tu da pindah ke tempat lain. Chef Mickael ni sangat peramah orangnya, dan pandai cakap Melayu sikit-sikit. Katanya, sekarang ni dapur diorang insya'Allah fully Muslim friendly, menu-menu semua no pork, no lard and no alcohol. Cuma kat bahagian restoran belah depan, ada disediakan minuman alkohol untuk non muslim.

Sebelum sampai ikan siakap tu, kitorang start dengan pembuka selera dulu. Mencuba Smoked Trout with Toast and Sour Cream (RM50) dan Pan-Seared Foie Gras (120g) with Caramelized Apple and Onion Chutney (RM98). Yesss, sedap sungguh Smoked Trout tu! Nampak seakan-akan Salmon tapi tu ikan Trout ya! Diimport khas dari Norway, ikan trout lebih kenyal berbanding ikan salmon yang sangat lembut. Saiz ikan trout juga lebih kecil dan warna isinya sedikit terang berbanding ikan salmon.

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Foei Gras pulak ciksun pernah sebut dalam entri-entri sebelum ni. Jadi tak perlu ciksun nak perkenalkan lagi apa benda tu. Ke ada yang terlepas? Okay, Foei Gras sebenarnya adalah produk makanan yang dibuat daripada hati itik atau angsa. Bentuknya nampak seolah-olah pejal macam tauhu tapi bila gigit, nahhh cairrr dan juicy dalam mulut. Makan gitu saje pun sedap, makan dengan epal karamel dan bawang chutney tu pun sedap!

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Dari pembuka selera, berpindah ke menu utama pulak. Selain dari ikan siakap tadi, kitorang cuba jugak Royal Meat Platter for 2 (RM358). Untuk hidangan ni, ada 2 pcs Lamb Chop, 2 pcs Lamb Sausage, Half Roasted Chicken, dan Extra Tender Angus Beef Fillet. Memang sesuai sangat portionnya tu untuk makan dua orang. Tapi kalo makan bertiga berempat pun cukup lagi sebab ada banyak sangat dalam satu hidangan. Setiap main course pulak disertakan dengan Homemade Fries dan semangkuk Mesclun Salad. Kalau nak order secara berasingan, bukan plate for share, pun diorang ada juga.

Dah kenyang makan semua tu, masa untuk pencuci mulut pulak. Memang paling ciksun tunggu-tunggu sebab dah pernah makan Creme Brulee dia. My most favourite setakat ni. Baru ciksun tahu maksud Creme Brulee tu dalam bahasa Inggeris adalah burnt cream. Kalau bahasa Melayu, jadilah krim terbakar atau lagi kasar, krim hangus. Hahaha! Nah ciksun share gambar dessert.

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Homemade Double Chocolate Lava Cake with Vanilla Ice Cream (RM25)

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Creme Brulee Maison (RM20)

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Creme Caramel Maison (RM20)

Minuman pulak ciksun pilih Mocktail Shirley Temple, kak Ajan minum Coke (RM12). Sedap jugak air mocktail tu, macam ada cherry syrup dicampur dengan soda dan lemon. Mocktail tu rasanya menu baru juga sebab takde lagi dalam senarai menu dia dekat website. Jadi, ciksun tak sure harganya berapa untuk satu cawan tu.

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Ye, sengaja ciksun letak harga bagi setiap menu tu supaya senang untuk korang plan dan buat kira-kira. Harga dia memang agak have-have lah sebab kebanyakan daging yang diorang pakai tu adalah daging import. Kalau nak tengok harga menu-menu lain, korang boleh terus rujuk aje website dia tau! Nah ciksun share details restoran ni untuk korang masukkan dalam wishlist nanti.

Grilled Local Seabass Les Bouchons Puteri Harbour Ni Sedap Gilerrr!

Les Bouchons Puteri Harbour

Lot R-GL1, Menara Teega | Jalan Lebuh Laksamana, Puteri Harbour, Iskandar Puteri 79250, Malaysia
+60 16-433 7223
Opening Hours: 12:00 - 22:30

Post a Comment

0 Comments