Sedapnya Durian IOI, Terima Kasih Belanja!

Sedapnya Durian IOI, Terima Kasih Belanja!

Sedapnya Durian IOI, Terima Kasih Belanja! | Alhamdulillah, rezeki bila kembali masuk office. Setelah hampir sebulan ciksun tak masuk, WFH aje sebab memang kerja-kerja office selalunya banyak di hujung bulan. Itu pun, kalau buat kerja-kerja tu dari rumah pun ok aje. Tenant kami merangkap partner boss ciksun suka belanja makan warga office ni. Kalau hari-hari datang, dan dia tak puasa, dulu ciksun la jadi mangsa kena order makanan dekat FoodPanda. Ni da lama ciksun tak datang office sebab nak diet bizi melapis dan setelkan kerja PhD kat rumah.

Sedapnya Durian IOI, Terima Kasih Belanja!

Dua hari lepas, dia cakap pasal durian. Ciksun terus usik dia, haaa bila nak belanja durian niii macam dulu duluuu. Dia pantang kita sebut, terus dia call orang yang jual durian. Padahal ciksun half day hari tu, nak kena gerak ke JB pukul 2.30 petang. Dia siap cakap, dia order 6 bekas Durian IOI yang dah siap kopek. Malas nak fikir kerja buang kulit durian lepas makan katanya. Tapi memang ciksun tak sempat jugak nak makan sama-sama kat office. Ciksun whatsapp dia, minta simpan sebekas dua dalam peti ais. Nanti esoknya ciksun makan. Petang tu jugak dia whatsapp tunjuk gambar bekas dalam peti ais. Hahaha!

Sedapnya Durian IOI, Terima Kasih Belanja!

Dan semalam, ciksun dah pun makan duriannya. Alhamdulillah, sedap sungguhhh Durian IOI ni. Lemak + Manis + Pahit semua ada. Budak intern kat office tak makan durian pulak, jadi memang ciksun sorang yang makan sebekas tu. Makan seulas masa baru sampai office. Then makan beberapa ulas lagi lepas lunch tengahari. Sayang nak habiskan, bawak balik rumah petang semalam. Makan dengan dak Ibah kat rumah pulak.

Sedapnya Durian IOI, Terima Kasih Belanja!

Terima kasih Encik Azian belanja ciksun makan durian! Semoga Allah murahkan lagi rezeki dia dan keluarga sebab suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Ameen. Kalau uols nak order durian IOI JB ni, boleh contact aje nombor kat bekas tu ya!

Post a Comment

6 Comments

  1. ya allah kuning nya isi duriannya tu!!!

    ReplyDelete
  2. Scroll laju2 sambil jeling sambil jeles....kbai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha alaaa jangan la jelesss..nanti da sihat, makan tau!

      Delete
  3. cantik warnanya. bagus betul suka belanja orang makan. moga terus murah rezeki

    ReplyDelete
  4. Sedapnya durian...Alangkah sedapnya kalau dapat makan sekarang :)
    Tak sabar nak balik kampung makan durian.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com