Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort | Jumaat minggu lepas, suami ciksun turun JB sebab nak jumpa klien kat sini. Kebetulan, dia datang hari Jumaat, sampai JB pun dah petang. Ciksun terus ajak dia dinner dekat Pulai Springs Resort, area depan rumah ciksun aje. Dia pulak ada meeting kat JB pukul 8.30 malam. So, ok la nak jumpa sekejap makan malam. Alang-alang Pulai Springs Resort tengah ada promo dinner bulan ni.

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Cinta Terrace Restaurant dekat Level 2 bangunan hotel dia ada buat BBQ & Thai Food Dinner Buffet setiap hari Jumaat & Sabtu. Kitorang sampai agak awal masa tu, jadi sempat la masuk ambil gambar-gambar makanan sekejap. Suami ciksun lagi happy, dapat jumpa chef yang tengah setup segala menu. Chef pulak jenis suka berkongsi, semua menu highlight dia cerita kat suami. Hahaha!

Sepanjang promo dinner buffet ni, korang boleh cuba aneka menu makanan Thai termasuklah Khao Phad Gaeng Khew Wan, Pla Phad Cha, Poh Pia Sod, Tab Tim Grab dan banyak lagi! Eh, apa benda tu yang ciksun sebut? Haaa, kalau nak tahu, jemput tengok gambor-gambor kat bawah ni ekkk! Lepas tu cuba tekaaaa πŸ˜†

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Haaa, boleh teka ke tuuu? Khao Phad Gaeng Khew Wan tu Nasi Goreng Kari Hijau dengan terung Thai dan daun selasih. Sedappp sungguh nasi tu! Makan pulak dengan Pla Phad Cha, Ikan Goreng "deep fried" yang disalut dengan kuah pekat khas diperbuat daripada lengkuas, lada hijau, daun selasih dan juga cili. Memang ni la lauk paling sedap malam tu! Suami ciksun pun suka!

Poh Pia Sod tu first time ciksun nampak popia yang dimakan dengan cara tu. Fresh spring roll berinti udang, daun selasih, daun pudina dan hirisan lobak, cicah dengan sos pedas cili limau. Fuhhh, mantopssss ya! Tab Tim Grab tu pulak ais batu kisar dengan buah berangan dan hirisan buah nangka. Sedap sungguh makan sejuk-sejuk! Puas hati!

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Dinner BBQ & Thai Food dengan Suami di Pulai Springs Resort

Selain daripada makanan Thai, korang boleh jamu selera dengan menu BBQ juga. Paling penting, BBQ pun ada konsep Thai bila wujudnya sos cicah ala Thai. Sedap dan pedas, cicah segala daging bakar, kambing bakar, sosej bakar dan drummet ayam bakar ala Thai juga. Gambar menu yang lainnya korang boleh belek dekat Facebook Page Blog Sunah Sakura ya!



Ni menu hari Jumaat tau! Kalau korang nak tengok menu hari Sabtu, boleh belek link bawah nun! Berminat nak makan malam kat sini hujung minggu nanti? Jemput buat tempahan segera dengan diorang:

𝐁𝐁𝐐 & π“π‡π€πˆ π…πŽπŽπƒ π–π„π„πŠπ„ππƒ 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓 πƒπˆπππ„π‘
πŸ“ Cinta Terrace Restaurant (Level 2)
πŸ—“️ Setiap Jumaat & Sabtu - Ogos & September 2022
πŸ•°️ 6.30pm - 9.30pm 

Harga: 
RM69.90 nett (dewasa)
RM34.95 nett (kekanak 4 - 12 tahun)

UNTUK TEMPAHAN:
πŸ“²WhatsApp: 016-733 2918 / 016-733 2919 
πŸ“²WhatsApp Direct Link: https://wa.link/6yn7p5https://wa.link/u7rilp

Lihat menu penuh dan buat tempahan secara online kat sini:

Post a Comment

7 Comments

  1. Ramainya juadah
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. Lama juga tak pergi Pulai Springs ni.. tapi jauh pun ku sanggup, sebab makanan dia memang sedap...

    ReplyDelete
  3. Selamat berdating hehehee. Sedap-sedap semua menunya.

    ReplyDelete
  4. Terliur nengoknya Cik Sun. Nama restoran pun romantik gitu. Terbayang daging bakar ala Thai tu

    ReplyDelete
  5. Meriah! Hotel ni cantik, pernah menginap dahulu.

    ReplyDelete
  6. terliur pulak dengan Tab Tim Grab, mesti sedap makan sejuk-sejuk

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com