Ticker

6/recent/ticker-posts

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat | "Korang dah makan? Saya belum makan...," tagline owner restoran Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat kalau up video kat TikTok. Sampai jadi ikut-ikutan viewer yang komen video-video dia. Ini pun cerita makan-makan sempena cuti Chinese New Year yang lepas. Hari pertama Tahun Baru Cina, kitorang ke Batu Pahat. Reda aje la menempuh jammed dekat beberapa tempat, tak lah sesak sepanjang highway. Ada certain tempat je yang banyak kereta, then lengang balik.

Plan nak ke Batu Pahat ni dibuat seminggu sebelum cuti CNY, dak Ibah share video TikTok Nasi Pakistan No. 1 yang dah viral. Terliur sungguh nengok Sup Tulang Merah dia dengan Lamb Shank bersusun-susun. Terus plan jalan-jalan cari makan ke sana. Kebetulan pulak, takdir Allah SWT, kawan Nada nak turun JB sebab ada kenduri kahwin dekat Batu Pahat pada hari Ahad yang lepas. Jadi kita pun seiring dan sejalan menyibuk kat majlis orang jugak. Haha!

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Sebelum ke majlis kahwin, kitorang ke Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat. Pakai waze aje, dah sampai. Lokasinya tak jauh dari terminal bas Batu Pahat. Time duduk makan pun banyak kali bas ekspres dengan bas henti-henti lalu. Masa kitorang sampai tu belum pukul 11 lagi, meja ada beberapa lah yang kosong. Alhamdulillah, senang je nak cari tempat duduk. Then Nada dengan kawan dia gi berbaris nak order makanan.

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Ciksun teringin Sup Tulang Merah Singapore, tapi takde pada hari tu. So, onz je lah makan Set Nasi Lamb Shank yang berharga RM50 per set. Gulppp! Brother yang serve makanan pun terkejut bila Nada cakap nak 4 set Lamb Shank. Kemain nak sorang satu ekkk. Haha! Bila makanan sampai, baru la faham kenapa brother tu terkejut sampai kena tanya kali kedua.

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Besar betul Lamb Shank dia! Boleh share dua orang kalo saiz gini. Tambah lah satu pinggan nasi lagi kannn! Patut la dulu set ni diberi nama Sultan Lamb Shank. Sekarang diorang dah hilangkan perkataan Sultan tu, jadi "Set Nasi" kat depan. Lupa pulak tanya owner, kenapa ditukar. Saiz dia boleh ciksun bandingkan dengan panjang dari pergelangan tangan hingga ke siku. Haaa, gitu lah lebih kurang. Berbaloi lah dengan harganya tu. Set ni datang dengan nasi, nasi dia tu pun dah sedap sangat makan gitu aje. Paling ciksun suka, kuah Sup Merah dia sedap sangat-sangat, pekat dan ada hint rasa kambing tu.

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Cuma Lamb Shank dia aje kurang sikit, tak berapa empuk sangat. Ada part dagingnya yang rasa tawar, kena makan sekali dengan Sup Merah tu baru umphhh! Kita kan kalo tak sampai rasa kambing tu, mesti sedikit kecewa, berusaha sesungguh juga untuk cari part yang ada manis kambing, ke arah bahagian lelemak la tujuannya. Bila da dapat tu, fuhhh nikmattt gilerrr!

Alhamdulillah, tercapai hajat nak makan Lamb Shank Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat. Harap-harap one day dapat rasa Sup Tulang Merah Singapore dia!

"You Padu, You Mari!"

Set Nasi Lamb Shank di Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

29, Jalan Soga, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor

Waktu perniagaan:
Jumaat - Rabu | 9.30 am - 4.30 pm
Khamis TUTUP

Post a Comment

9 Comments

  1. sedap... tapi anak anak kata sekali cukuplah. nasi dia ada biji biji..hahaha...

    ReplyDelete
  2. X aciiii..x sempat pi sini....xpe nanti nak pi lagi pekena makan kat sini plak...

    ReplyDelete
  3. Walaupun kg nenek kt sini, tak pernah p..sebab ada yg x minat org sana yg Masak..tapi Sy ok je .cuma tak sempat sempat nak perginya

    ReplyDelete
  4. menarik. masa awal-awal aritu sampai beratur kan.

    ReplyDelete
  5. Woooo... puas hati dapat makan lamb shank besar gedabaq!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com