Bufet Ramadan 2023 Bawah RM100 di Hotel Granada Johor Bahru

Bufet Ramadan 2023 Bawah RM100 di Hotel Granada Johor Bahru

Bufet Ramadan 2023 - Citarasa Muhibbah @ Hotel Granada Johor Bahru | Sesuai untuk korang yang mencari bufet bawah RM100, Hotel Granada Johor Bahru ada menyajikan bufet Ramadan Citarasa Muhibbah di Olla Restaurant diorang bermula dari 25 Mac hingga 16 April 2023. Yeeee, bawah RM100! Lagi berbaloi-baloi kalau korang beli awal sekarang, berganda-ganda murahnya ha!

Bagi yang tak tahu, Hotel Granada Johor Bahru ni terletak di Bukit Indah, sebelah McDonald's Bukit Indah, tak jauh dari AEON Mall tu. Hotel ni sangat terkenal dengan bufet Ramadan yang terbaik kat Bukit Indah nun. Istimewanya, Olla Restaurant kat Hotel Granada Johor Bahru ni ada sijil HALAL JAKIM. Jadi, tak perlu was-was untuk berbuka puasa kat sini nanti. Untuk korang menjamu selera dengan keluarga atau kawan-kawan, bufet kali ni menawarkan hidangan tradisi dengan konsep perpaduan, "Muhibbah".

Ciksun dah pergi preview nya dua hari lepas. Kali ni, diorang bawakan lebih banyak pilihan menu tempatan asli yang bila korang nampak, korang terus rasa familiar and feel berbuka macam kat kampung halaman sendiri. Dengan 4 rotational menus kat sini, korang bole cuba Ayam Masak Kurma, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Gulai Darat, Udang Sambal Petai, Tofu Sos Szechuan, Sayur Nangka Muda, Kambing Bakar, Sup Berempah, Satay Ayam & Daging, Ulam-ulaman & Sambal, aneka Kuih-muih, Durian Goreng, Lemang & Serunding, Kek, Buah-buahan potong, Cendol dan juga Ais Kacang.

Ciksun kongsikan beberapa keping gambar menu untuk tatapan korang ek!

Buffet Ramadhan 2023 di Hotel Granada Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Hotel Granada Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Hotel Granada Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Hotel Granada Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Hotel Granada Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Hotel Granada Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Hotel Granada Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Hotel Granada Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Hotel Granada Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 di Hotel Granada Johor Bahru

Haa yeee, ada Siput Sedut Masak Lemak! Ni bufet Ramadan pertama yang ciksun jumpa ada siput sedut! Riuh la restoran dengan bunyi sedutan siput time berbuka. Haha! Ciksun suka rasa Ayam Masak Kurma, Ikan Gulai Darat, Sayur Nangka Muda, Kambing Bakar dan Sup Berempah dia. Daging terus masuk dalam sup macam kat sini, baru la empuk. Kekadang jumpa yang diorang asingkan dagingnya, susah ciksun nak gigit sebab gigi dah tak berapa kukuh. Hahaha!

Untuk gambar-gambar lain, korang boleh belek kat FB page Blog Sunah Sakura ya! Nak tahu berapa harga bawah RM100 tu? Baca kat bawahhhh. And lagi berbaloi beli sekarang sehingga 22 Mac 2023 sebab rega jadi RM79.00 nett aje per Dewasa, RM59.00 nett per Kekanak dan Warga Emas. Murah kannn?

Citarasa Muhibbah Ramadan Buffet Dinner

๐Ÿ“ Olla Restaurant, Hotel Granada Johor Bahru
๐Ÿ—“️ 25 Mac - 16 April 2023
๐Ÿ•ก 7.00pm - 10.00pm

๐Ÿ•Š️ Harga Early Bird (sehingga 22 Mac 2023)
RM79 nett per Dewasa
RM59 nett per Kekanak & Warga Emas

๐Ÿ’ธ Harga Biasa
RM99 nett per Dewasa
RM79 nett per Kekanak & Warga Emas

Untuk tempahan dan pertanyaan:
๐Ÿ“ž 0177998413 (Mohd Hafit)
๐Ÿ“ง hafit.hgjb@careluxuryhotels.com

Group booking:
๐Ÿ“ž 0177727358 (Mohd Adi)
๐Ÿ“ž 0178188047 (Rohan)
๐Ÿ“ž 0127727534 (Ruhila)
๐Ÿ“ง sales.hgjb@careluxuryhotels.com

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com