Makan Xiao Long Bao Halal di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Xiao Long Bao Halal di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Xiao Long Bao Halal di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel | Korang pernah makan Xiao Long Bao? Rakan-rakan berbangsa Cina mesti kenal Xiao Long Bao, tapi biasanya tak senang nak jumpa yang halal sebab ramuan utamanya. Bila jumpa yang halal ni, terus rasa nak cuba walaupun bukan lah penggemar sangat menu ala dimsum ni. Dapat pulak yang kalerful, memang menarik terus minat nak rasa.

Makan Xiao Long Bao Halal di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Yeee, ciksun jumpa yang 6 warna macam ni satu set, ada 6 perisa yang berbeza jugak. 1 set gini RM33, kalo korang beli asing-asing dari 6 perisa ni, satu set 3 biji bermula dari RM18 hingga RM28. So baek terus beli Six Palate Xiao Long Bao yang reganya RM33 untuk 6 biji kann? Boleh rasa semua perisa terussss! Agak-agak ada perisa yang digemari and rasa macam nak lagi, boleh lah fokus dengan perisa tu ajeee, buat tambah lagi 3 - 6 biji.

Xiao Long Bao ni sebenarnya makanan jalanan yang popular berasal dari Changzou, China. Dikukus dalam pengukus buluh kecil, dipanggil "xiao long" dalam bahasa Cina, manakal "bao" bermaksud roti kukus atau pau. Dari situ la juadah ni mendapat namanya. Istimewanya Xiao Long Bao ni, bahagian dalam pau tu ada sedikit sup. Jadi, nak makan dia kena letak Xiao Long Bao dalam sudu, then tusuk sikit kulit pao untuk keluarkan sup nya. Terus dimakan begitu sajeee.

Makan Xiao Long Bao Halal di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Xiao Long Bao Halal di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Kalau nak elevate lagi rasa dia, boleh letak sedikit hirisan halia dan cuka hitam. Bertambah sedap pulak rasanya, ingatkan ciksun tak boleh nak telan halia mentah-mentah gitu. Rupanya okay aje! Setiap rasa Xiao Long Bao tu pun sangat menarik, paling ciksun suka yang King Scallop Xiao Long Bao dengan Tomyam Xiao Long Bao. Nah ciksun share senarai perisa dengan harganya sekali.

Makan Xiao Long Bao Halal di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Korang boleh cuba menu ni dekat Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel ya! Diorang buat promo Signature Xiao Long Bao ni sampai bulan Jun 2023, untuk menu makan tengahari sahaja. So, jangan la cari waktu malam pulak. Kang menangis tak dapat. Ciksun dah bagitahu siap-siap ni!

Signature Xiao Long Bao | Mei - Jun 2023
๐Ÿ“ Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Waktu makan tengahari:
11:00am - 3:00pm

Untuk pertanyaan dan tempahan meja:

Post a Comment

4 Comments

  1. Nasib baik ciksun bagi warning siap-siap! hehehhehe

    ReplyDelete
  2. Ya baruknya colourful xiao long bao ya.

    ReplyDelete
  3. Comel! Sampai orang buat short filem Bao..

    ReplyDelete
  4. yg warna-warni ni sebab nak membezakan inti dia ke? Pernah makan yg tak warna-warni, hehe. Eh, pernah makan kat WL jugak dulu masa dorg promo dimsum.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com