Lunch Semalam

Lunch Semalam

Lunch Semalam | Semalam kitorang berbekal ke office. Misi nak mengurangkan pengeluaran wang dan makan lebih sihat kunun. Kak Ajan bawak lauk Masak Lemak Cili Padi Udang dengan Nenas dari kampung. Mak nya, Cik Jun yang masak. Ciksun pepagi da ke kebun petik Ulam Raja dan pucuk Mulberi, boleh lah buat ulam-ulaman sampingan kannn.

Masak Lemak Cili Padi Udang dengan Nenas dan Ulam Raja

Alhamdulillah. Makan dengan Sambal Nasi Lemak Bang Sudu walaupun hanya nasi putih ajeee. Mekasih Cik Jun masak sedappp, mekasih kak Ajan jugak share lauk dari kampung. Haha! Hari ni makan Nasi Beriyani Kambing boss belanja satu office. Tak ambik pulak gambar sebab rushing makan, nak sambung kursus MATLAB online dekat Webex pukul 2.30 petang.

Onsite MATLAB Workshop UTM

Pagi tadi onsite workshop, seronok jumpa rakan-rakan baru yang tengah buat research kat UTM. Ada yang baru semester 2, ada yang dah nak habis. Memasing datang dengan tujuan nak mendalami ilmu MATLAB. Seronok jugak dapat tahu banyak benda boleh buat dengan MATLAB ni, bukan hanya untuk research semata-mata. Industri pun banyak dah pakai MATLAB dalam pelbagai bidang dan keperluan.

Kenapa la ciksun ni da habis PhD baru la belajar MATLAB. Nyesal tauu!

Post a Comment

6 Comments

  1. Sedapnya udang, masak apo pun sedap tapi paling suka masak lemak cili api cam ni, letak nenas pulak kan...

    ReplyDelete
  2. Takpe, gambar tak penting. Yg penting makan dulu., ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  3. kalau menu sedap gitu takut bertambah nasi je cik Sun oi

    ReplyDelete
  4. berbagi rezeki mmg seronok makan kan. nampak sedap sgt udang masak lemak tu

    ReplyDelete
  5. Fuhhh.. sedap udangggg..Fuhhh..best boss belanja...

    Hmm jodoh cik Sun ngn MATLAB lambat datangnya ๐Ÿซฃ

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com