Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedap Betul Kambing Perap Aneh KYA

Sedap Betul Kambing Perap Aneh KYA | Alhamdulillah, merasa jugak ciksun Kambing Perap Aneh dari Kambing Yang Aneh (KYA) ni. Dari tahun lepas lagi tuan kandang, Azroy Manaf, menyebut-nyebut nak jual kambing perap dengan jenama dari KYA sendiri. Tapi jangan risau buat Kambing Rangers, tak ada anak kambing dari kandang KYA yang disembelih jadi kambing perap. Ahihihi. Kambing Perap Aneh ni menggunakan daging kambing biri-biri merino khas diimport dari Australia. Daging merino memang sedapp buat lamb chop!

Sedap Betul Kambing Perap Aneh KYA

Sedap Betul Kambing Perap Aneh KYA

Tengok lah packaging dia. Cantik dengan kaler hijau, pek kedap udara berkualiti tinggi yang membolehkan perapan daging kat dalam tu tahan lama pada suhu chiller. Tapi lebih tahan lagi kalau korang simpan dalam freezer. Disebabkan kualiti pek tu, korang kena unseal dia punya zipper bila nak thaw kat luar peti ais. Keluarkan dari pek hijau tu, ada pek daging berasingan belah dalam. Kalau tak unseal dan keluarkan pepagi, risau petang karang baru bole bakar.

Dalam pek tu ada jugak sos lada hitam disediakan, tapi tak banyak lah. Sikit aje. Sebabnya, kuah perapan dia aje pun dah penuh sampai lemas kepingan kambing. Nak bakar, korang sediakan pan atau kuali leper. Panaskan kuali sekejap, kemudian terus letak aje kepingan kambing dalam pan. Kuah perapan takyah masukkan semua, masukkan suku or separuh je nak bagi kepingan jadi lebih juicy. Ada jugak orang suggest letak minyak sikit sebelum membakar. Tapi ciksun tak letak pun.

Sedap Betul Kambing Perap Aneh KYA

Bakar dalam 3 hingga 5 minit je. Jangan lupa balik-balikkan kepingan kambing untuk pembakaran sekata. Kalau korang guna oven atau grill, masa membakar pun sama aje, 3 hingga 5 minit dah cukup. Jangan lama sangat, nanti daging jadi liat kalau terlebih bakar. Lebihan kuah perapan tadi masukkan dalam periuk kecik, tambah sedikit air ikut kepekatan yang korang suka. Masak hingga mendidih dan jadikan sos pencicah kalau suka.

Sedap Betul Kambing Perap Aneh KYA

Sedap Betul Kambing Perap Aneh KYA

Sedap Betul Kambing Perap Aneh KYA

Sedap dimakan begitu saje, atau makan dengan nasi putih panas-panas. Kalau rajin, buat lah mashed potato keee, salad keee, ikut la citarasa korang. Kepingan kambing besar-besar, berat 1 pek tu 500 gram. Korang boleh gunting kecik-kecik masa bakar. Dagingnya lembut dan tak berbau hamis. Kalau ada sisa-sisa perapan dalam kuali tu, and ada nasi putih sejuk, korang tuang la dalam dua tiga senduk dalam kuali. Gaulkan guna api kecik aje, jadi la Nasi Goreng Kambing Perap Aneh.

Sedap Betul Kambing Perap Aneh KYA

Alaa, macam kat kedai makan Korea selalu buat, nasi goreng bodo. Aduhh, terbayang-bayang rasanya masa makan bulan puasa hari tu. Tak cukupppp tau, rasa nak beli lagi! Tapi kena balik KL dulu baru boleh beli sebab takde pengeposan ke Sabah Sarawak buat masa ni. Kalau korang yang duduk kat Semenanjung Malaysia nak cuba, boleh beli aje Kambing Perap Aneh Padu Viral dekat shopee.

Kalau diorang buat Live Shopee, nanti akan dapat lebih banyak diskaun. Harga asal RM41.50 per pek, boleh jadi bawah RM40 hingga bawah RM30! Kadang-kadang diorang bagi free postage bila beli 2 pek. Esok malam, 28 Mei 2024, pukul 9 malam diorang ada buat Live jugak! So, jangan lupa terus follow akaun shop globalagroventures dekat Shopee dulu tau! Kalau terlepas Live esok, boleh join Live akan datang pulak!

Dah gaji kan??? ๐Ÿ˜œ

Sedap Betul Kambing Perap Aneh Kambing Yang Aneh

Nak jadi ejen Kambing Perap Aneh?

Wassap terus Azroy Manaf!

Post a Comment

11 Comments

  1. Aneh pula sebab namanya aneh hehe

    ReplyDelete
  2. Nama pun cathcy...senang ingat dan rasa mok coba juak ...in shaa Allah

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sama la macam tuannya, kelakar dan aneh...hahahahah

      Delete
  4. Kalau kambing aneh yang saya selalu nampak kat Tik Tok. Dia selalu bercakap dengan kambing dia. Tak sure yg ni ke ownernya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, betul lah tu...azroy manaf tu owner kandang KYA

      Delete
  5. Ok..aneh aneh je nama ek...hahahaa..Senang ingat nama Aneh camni..Tengok pun dah terliur ui...Ngidammmm pulakk

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com