BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, August 21, 2011

Dunia Kita Berbeza...



Aku kira...
Hanya aku yang merasa
Dunia kita berbeza
Rupanya kau juga
Melihat yang sama

Kau kata...
Langit dan bumi itu kita
Jika bumi itu aku
Engkaulah langitnya
Jika langit itu aku
Engkaulah buminya

Sejujurnya...
Aku pernah merasa
Di mataku kau manusia hebat
Sedang aku hanya sekuntum sakura
Kau begitu melangit tinggi
Sedang aku masih di bumi
Rasa tidak betah untuk berdiri
Disamping insan yang memiliki hati
Lalu terluahlah dalam Langit Itu
Segala rasa yang terbit di perdu jiwa...

Namun ada suara yang berbisik
Agar aku terus kuat berdiri
Hanya kepadaNya aku meminta
Biar apa pun yang terjadi
Langit dan bumi akan menyatu
Bukan sahaja dalam illusi
Malah juga dalam realiti...

Insya'Allah...


11 comments:

Iffah Afeefah said...

terbaik

jiwang sungguh cik awek ngn encik pakwe

harap korang menyatu di dunia realiti

wahh tak sabar

cik pulau said...

wahh~

aminn.. akhirnya akan bersatu jugak.
insyaAllah..^^,

MerLe said...

gOod~ terasa cam dah lama tak bermadah bagai...

SoLy SoLicious said...

apa pun yg terjadi, kembali lah pada Allah, Tuhan yang satu :)

aimie amalina said...

insyaAllah =)
weee
seindah sakura !

H.J said...

kak sunah ibarat sekuntum sakura..perlu gagah berdiri..aha

Nida said...

Indah sungguh bait yang berkait...

JIJI YU said...

kalo nak ikutkan aku dgn ko pon berbeza..jantina..

ir prof dr alia rosli said...

malas nak bace berpuisi-puisi nie

K O R I E said...

sapa en. pakwe?
akak.. nak tahu!

hehe

sergeant keroro said...

insyaAllah :)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.