BLOG ENCIK SUAMI

Friday, April 29, 2011

Eh, Ustazah! : Cermin


Amalina, adik ustazah tengah bersiap-siap nak keluar. Ada janji dengan kawan sekelas nak ke gerai donat pelangi Pak Cik Mat sebelum ke kedai kek coklat Dak Muncett usai solat Asar. Sambil memandang cermin besar dalam biliknya...


Amalina: Ameen...

Ustazah: Ameen ya Rabbal 'alamiin...adik akak ni nak gi mana cantik-cantik ni?

Amalina: Nak gi gerai depan tu jap akak, lepas tu nak gi beli kek coklat. Nurin ajak temankan dia. Hehehe.

Ustazah: Oooo... Nurin yang comel tu ye?

Tiba-tiba bunyi pintu rumah diketuk, sambil kedengaran bunyi salam. Ustazah keluar dari bilik Amalina, mendekati pintu yang tertutup. Bila pintu dibuka, Nurin tersengih-sengih saje.

Ustazah: Wa'alaikumussalam, Nurin. Haaa...masuklah, Ina tengah bersiap tu.

Nurin masuk, bersalaman dengan ustazah kejap.

Nurin: Terima kasih, kak. Sihat ke?

Ustazah: Alhamdulillah, sihat. Nurin nampak ceria, mesti sihat jugak kan?

Nurin: Alhamdulillah kak...ceria nak makan donat pelangi ni, da lama mengidam. Ina tu asyik cerita pasal donat pelangi aje kat kelas.

Ustazah: Yeke? Ape aje la adik akak ni cerita kat kelas sampai donat pelangi pun masuk silibus.

Amalina: Haaa...ape sebut-sebut nama Ina ni?

Nurin: Hehehe...akak ang tanya, ceq jawab la. Ehhhhh, laaa...tak siap lagi?

Amalina: Sabaq no...ceghemin kat dalam tu haihhh...tak puas hati betul.

Ustazah: Cermin tu memang, cermin suke usik-usik je. Tak jujur.

Nurin: Erk! Cermin pun ade sifat jujur ke ustazah? Eh! Kak?

Ustazah: Ha, sementara tunggu Ina tu, meh nak kongsi sikit sal cermin ni. Pernah dengar hadith nabi tentang cermin?

Nurin: Tak pulak, kak...hadith ape tu?

Ustazah: Hadith ni...


Amalina: (sambil betulkan tudung depan cermin kat ruang tamu lak) Eik, ade kaitan ke akak? Dengan cermin yang Ina tengah hadap skang ni?

Ustazah: Tentu! Nape Rasulullah nak ibaratkan mukmin ni sebagai cermin? Tau tak?

Nurin: Err...nape ek? Blank jap otak.

Ustazah: Sebab kebaikan ape yang kite lihat pada sorang mukmin yang lain, kita mesti akan amek sebagai teladan.

Amalina: Ooo...jadi, bila kita tau orang tengok kita, kene la selalu perbaiki akhlak ek? Sebab orang amek teladan dari kita.

Nurin: Ha'ah eks...

Ustazah: Lagi satu, tau tak nape Rasulullah kata cermin... Sebab, sesiapa pun bila tengok cermin, dia akan jadi lebih cantik dan kemas. Ade ke yang lepas tengok cermin, jadi lagi buruk?

Amalina: Erk! (terkedu depan cermin)

Nurin: Wahhh, betullah! Ina pun makin kemas je...tapi tadi nape tak kemas-kemas bila tengok cermin kat dalam bilik? Kan sama-sama cermin gak!

Ustazah: Bagus soklan Nurin tu! Cermin memang banyak merata-rata, tapi cermin yang baik ada sifatnya yang tersendiri.

Nurin: Sifat-sifat cermin? Macam kena belajar fizik balik pulak...

Ustazah: Hehehe. Takpe, akak ingatkan balik di luar kotak fizik. Pertama, bahan yang baik diperlukan untuk menjadikan cermin yang baik. Bahan-bahan yang akan menghasilkan cermin dengan pantulan sempurna mestilah dari bahan-bahan yang berkualiti, kan?

Amalina: Yup, betul tu! Kalau tak, nanti macam cermin dalam bilik tadi. Huhuhu.

Nurin: Jadi...kalau nak jadi mukmin yang baik, kena la belajar macam-macam ilmu yang baik ye...

Ustazah: Haa...yang kedua, cermin yang baik memberi manfaat kepada semua orang. So, kita ni sebagai mukmin, cukup tak memberi manfaat kepada semua orang di sekeliling kita?

Amalina dan Nurin terangguk-angguk sambil berfikir.

Ustazah: Yang ketiga, cermin yang baik menasihati dengan bijak.

Amalina: Ehh, macam mana cermin boleh bagi nasihat???

Ustazah: Ce tengok muka Ina kat cermin, kalo de kotor kat hidung tu ade rasa nak tanggalkan tak kekotoran tu?

Amalina: Ha'ah...mestilah nak tanggalkan.

Ustazah: Rasa marah tak dengan cermin bila nampak hidung tu kotor?

Amalina: Eh, bakpe nak marah lak? Takde rasa ape lah, ok je...

Ustazah: Haaa...sama lah dengan mukmin yang baik, nak tegur dan nasihat orang lain, kena la dengan hikmah, jangan sampai terguris perasaan dia...

Nurin: Ermm...betul gak tu.

Ustazah: Lepas tu, cermin ni menjaga rahsia.

Nurin: Eik, ape lak rahsia yang cermin jaga?

Ustazah: Rahsia kamu yang menghadap cermin tu lah. Ade tak cermin ceritakan kat Ina lepas Nurin tengok cermin, "Ina, Ina...tadi kan masa Nurin tengok aku kannn..." Takde kan? Cermin diam je. Dia simpan sorang je...

Amalina: Hurm...mukmin yang baik, kena lah pandai simpan rahsia sahabat ek...ape-ape masalah yang sahabat dia share, kena simpan elok-elok...kan, akak?

Ustazah: Yup, malah cermin yang baik sifatnya jujur. Tak menipu. Ape yang kita nampak dalam cermin tu, itulah kita.

Amalina: Ha, cermin dalam bilik tadi tipu! Senget habis tudung Ina!

Ustazah: Hehehe...nanti akak tukarkan cermin baru yeee..tapi...cermin baru nanti kena la jaga elok-elok pulak. Sebab...ciri terakhir cermin yang baik adalah ia perlukan orang lain untuk membersihkan dan menjaganya.

Nurin: Owhhh...kalau tak jaga betul-betul kang jadi berdebu kannn?

Ustazah: Ha'ah...bukan takat berdebu tu je, cermin ni kan dari kaca. Jadi, sangat mudah pecah walaupun pantulannya sangat sempurna. Sebab tu cermin perlukan orang lain untuk menjaganya dengan baik.

Amalina: Sama macam mukmin kan... Seorang mukmin perlukan mukmin yang lain untuk mengingatkannya, walau sehebat mana pun dia, kadang-kadang dia melakukan kesilapan juga.

Nurin: Bila silap, ade sahabat yang sudi menegur, itulah yang terbaik, kan akak?

Ustazah: Yup, pandai adik-adik akak...eh, da lewat lak Ina ngan Nurin nak keluar ni.

Amalina: Takpe, akak. Gerai depan tu je pun. Ok pe dapat dengar cite best gak petang ni.

Nurin: Betul, betul. Pakcik Mat pun simpankan je donat pelangi untuk kita kan Ina kann...

Ustazah: Ok lah gitu, dah...kang lambat lak balik. Baik gi sekarang.

Amalina: Ok akak...kami gi dulu, jangan lupa belikan cermin baru! Hehehe...assalamualaikum.

Ustazah: Insya'Allah...elok-elok jalan tu...wa'alaikumussalam.


Sebagai seorang mukmin, sentiasalah tunjukkan akhlak yang baik kepada orang lain, kerana setiap tingkahlaku kita menjadi perhatian. Kadang-kadang orang memandang serong kepada seseorang mukmin itu kerana salah laku seorang yang lain. Bagi mereka, "oh, macam inilah mukmin, ye..." sedangkan tidak semuanya begitu. Jadi, mulakan dari diri kita, yang setelah menghadap cermin, takkan menjadi lebih buruk.


JOM SINGGAH BLOG NEWBIE



Giveaway from Moscow by Miszlullaby


Ade dua anak-beranak masak-masak tag saya kat SINI dan SINI! Gggrrrr!

Kalo klik gambar ni kuar segala harta karun ML!!!

Maka setelah saya berusaha mengikut segala syarat-syarat, saya nak tag...


Yang lain pun, sila join jugak...



Okey, okeyyy! Tak Jadi!


Okehhh! Kat entri tadi kata nak tenung!

Tak jadi, tak jadi~~!

Saya tengok je lahhh...bagi ingat sikit yang mana satu. Sebelum-sebelum ni selalu nak tengok, tapi asyik terlupa bila bukak banyak sangat tab kat browser tu haa... Erk...

Hurmmm...tengok je punnn muka junior, kang kita tak tegur orang kata sombong lak kang...tapi, saya memang jenis tak tegur orang yang tak dikenali kat tengah jalan kot. Nak lempar senyum dan salam? Dengan pompuan jekkk... Hehehe...

Alaa...lagipun, ni junior-junior lahhh...tapi PCM kata 'tu hari' (style cakap PCM kene ikot kalo nak cite pasal PCM) depa ni bukan tengok junior ke senior ke adik ke pakcik ke...erk!

Okeh okeh...hurmmm...lepas ni ade entri utama lak...



Geram Betul Dengan Blogger Sorang Ni!


Geram!

Betul-betul geram! Hari tu dia buat 'hal'!

Hari ni pun dia buat gak!

Adessss...siap perli lagik pasal goku!

Gggrrrrr!

Lepas ni nak gi tenung muka blogger ni kat FB dia!!!

P/S: Jangan lupa undi ehhh...



Entri Ini... Tak Tahu Nak Letak Tajuk Ape...


Bersedia untuk entri panjang.

Prinsip berblog? Apa prinsip kamu dalam berblog?

Norfa kata, saya ni hebat dalam pergaulan sesama blogger. Erk! Yeke dear? Saya tak tahu...terima kasih untuk itu. Alhamdulillah. Entri Norfa buat saya rasa mahu berkongsi sesuatu dengan kamu-kamu semua.

Sebenarnya, saya mula berblog dulu bukan seperti saya sekarang ini. Sebelum ini, kalau kamu-kamu nak tahu, saya ada lagi satu blog menggunakan wordpress dengan domain asasian.net. Tapi tak dapat masuk dah blog tu malam ni. Ada virus katanya.

Lepas tu saya mula berjinak-jinak dengan blogspot, siapa ajar? Takde sape, sebab saya jenis yang suka teroka sendiri sesuatu tu, melainkan kalau saya betul-betul da tak tau sangat dan tak jumpa kat mana-mana carian google, saya akan tanya orang lain. Sebab masa tu memang blogspot adalah sesuatu yang baru di kalangan saya dan kawan-kawan.

Awal-awal berblog, entri saya lebih banyak tertumpu kepada review novel dan buku. Ya, inspirasi saya masa tu adalah website-website yang suka review buku. Sesuai dengan minat membaca pada masa tu. Entri? Jarang sangat nak update, bolehlah seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Then pengsan sekejap. Hurmmm...

Lepas tu, mula belajar kongsi apa yang saya baca kat tempat lain, maksudnya copy paste lahhh... Apa yang saya dapat di website lain, dalam email, dalam mesej kat henset, suma nak kongsi. Maksudnya, jarang lah menulis entri sendiri.

Kemudian, saya bertanding untuk pilihanraya kampus. Blog adalah salah satu medium kempen, dan tempat mengutarakan isu. Apa-apa aktiviti turut dipromosi melalui blog. Dihentam di blog? Ya, tentu ada...shoutbox menjadi medium untuk mencaci maki, terima kasih. Tapi tak lama...alhamdulillah ada sahabat-sahabat yang memberi sokongan.

Lepas selesai berkhidmat, blog jadi tempat luahan perasaan untuk student degree tahun akhir. Ya, banyaknya tentang Projek Sarjana Muda, tentang menangis dan menangis. Dari awal hingga titik akhir. Alhamdulillah, dah berlalu.

Lepas degree, blog sunyi sepi. Dah tak tahu nak isi apa. Kemudian Allah bagi rezeki sambung belajar, masa tu blog tak dipandang sangat. Hanya berkongsi dengan adik-adik junior tentang perasaan bila sudah tidak lagi bergelar mahasiswa (banyaknya benda yang tak percuma bila dah habis degree!)

Hingga satu ketika di hujung tahun lepas, blog mula bernafas kembali. Mencari rentak. Akhirnya setiap hari mesti ada entri. Melainkan kalau pergi tempat jauh yang mana saya tak bawak laptop atau tempat tu tak ada coverage internet.

Kenapa saya berblog semula dan aktifkan semula?

Kerana saya mahu terus berkongsi. Ini saja benda yang saya ada untuk saya sampaikan sesuatu kepada orang lain kat luar. Walaupun kalau dilihat, entri saya sudah berbeza sangat dengan yang dulu-dulu, namun saya puas kerana apa yang saya taip adalah dari saya sendiri. Dan saya menaip dengan rasa dan hati, bukan lagi kerana saja mahu mengisi blog dengan entri.

Hebat bergaul dengan blogger?

Saya bukan sesiapa, kalau dibandingkan dengan Dia yang Maha Hebat, hebat saya hanya sekelumit saja dari hebatnya Dia. Saya hanya mampu berusaha untuk menjaga hubungan baik sesama blogger. Namun saya percaya semua sudah sedia tahu, tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang...:)

Dan yup, semua blogger ada kelebihannya yang tersendiri. Akak setuju dengan tu Norfa. Kelebihan itu menjadi identiti kepada mereka.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pembaca termasuk silent reader. Anda semua adalah anugerah Allah yang menjadi penyumbang kepada saya hari ini. Minta maaf atas segala kesilapan saya sepanjang berblog, kalau ada yang terasa hati atau terguris perasaan. Mungkin ada di antara entri yang agak keras, siapa tahu, ada yang terasa.

Dan... Erk, maaf kalau entri tengah malam ni tersangatlah skema.....dan serius.

Baru balik sebelum jam 12 tadi...dan ada ramai orang buat saya terharu termasuk budak NI...Saya sayang awak jugak~ T_T

P/S: Jangan lupa undi NIII...



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.