BLOG ENCIK SUAMI

Monday, February 6, 2012

Semua Nak Yang Baik-baik Aje

peaceful ending by *arbebuk on deviantART

Kita selalu baca doa tu selepas solat.

Malah dalam event dan majlis-majlis tertentu pun, doa tu mesti jadi penutup dalam himpunan doa-doa yang dibaca. Tak boleh tak, doa tu tak boleh miss. Kalau termiss rasa macam pelik aje doa yang dibaca. Rasa macam tak lengkap.


"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka."
[al-Baqarah: 201]

Kebaikan di akhirat tentulah mahu meraih syurga Allah, manakala azab neraka itu adalah segala bentuk hukuman Allah dalam neraka yang semahu-mahunya kita jauhi. Kebaikan di dunia tu pulak macam mana???

Ini perkongsian dari salah seorang kakak yang join usrah Purple Circle hari Rabu minggu lepas tentang 7 kebaikan di dunia yang semahu-mahunya kita perolehi:

Hati yang sentiasa bersyukur

Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah bagi, tak kiralah Allah bagi banyak atau sikit. Kerana setiap hamba Allah itu ada rezeki masing-masing dalam pengetahuan Allah.

Pasangan yang soleh dan solehah

Isteri dan suami yang taat pada Allah dan Rasul, lebih mencintai kedua-duanya berbanding perkara lain di dunia. Jika isteri kamu lebih mencintai Rasulullah s.a.w, sebagai lelaki, cemburukah kamu wahai suami? Jika ya, kamu sungguh suwwitt!

Anak yang soleh dan solehah

Dari perkahwinan yang diredhai Allah, kehadiran anak-anak yang soleh dan solehah hasil didikan kamu akan membantu kamu di akhirat kelak. Insya'Allah doa-doa anak soleh dan solehah untuk ibu dan ayah yang telah dijemput Illahi adalah antara tinggalan dunia yang paling berharga.

Harta yang halal

Dari kerja yang halal dan diredhai Allah. Setiap langkah dan tindakan dalam usaha mendapatkan harta itu, jika diniatkan kerana Allah dan bukan dari perkara-perkara yang mengundang dosa, insya'Allah ada keberkatan di dalamnya.

Persekitaran yang baik

Sahabat-sahabat, jiran-jiran, tempat belajar, tempat kerja, masyarakat sekeliling yang baik-baik, insya'Allah akan membentuk diri kamu berkeperibadian baik juga. Negara yang aman damai dan rakyatnya yang takut pada Allah kerana taqwa, siapa tak nak?

Kefahaman dalam agama

Tafaqquh fid din. Kefahaman dalam agama sangat penting untuk menjalani kehidupan seharian. Kamu yang faham agama akan membantu memberi kefahaman kepada orang-orang di sekeliling kamu pula. Hanya yang benar-benar faham agama akan patuh pada perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Umur yang berkat

Berapa umur kamu sekarang? Ke manakah umur yang sebanyak itu telah kamu gunakan? Umur yang sebanyak itu tidak dapat diputar balik ke jumlah yang lebih sedikit. Ia akan semakin bertambah, tetapi usia kamu di dunia akan semakin berkurang. Maka, ke mana sepatutnya sisa umur yang tinggal itu kamu bawa?

Selama ni kita baca aje kan, tanpa menghayati sedalam-dalamnya maksud doa tu. Insya'Allah lepas ni tanamkan niat untuk mendapatkan segala kebaikan kat atas tadi. Moga Allah Yang Maha Pemurah bermurah hati untuk memberikan kita segala kebaikan yang diinginkan manusia.


P/S: Kita tak tahu bila kita akan mati.


Ramai Yang Baik-baik...

Kita ada ramai kawan.

Kawan-kawan kita ada macam-macam perangai dan sifat. Semuanya berbeza-beza. Ada yang suka buat lawak, ada yang suka mengambil berat, ada yang jenis pendiam, ada yang jenis kecoh, pendek kata macam-macam lah kan.

Kadang-kadang ada yang sangat-sangat indah budi pekertinya. Sangat baik hatinya. Sangat elok akhlaknya. Setiap tingkah dan tutur katanya menyejukkan hati kita. Rasa bersyukur dikurniakan kawan-kawan sebegitu oleh Yang Maha Pemurah.

Buat kita rasa nak jadi macam mereka.

Sampai kadang-kadang timbul rasa gusar dalam hati.

Mampukah kita jadi sahabat terbaik untuk sahabat kita?


P/S: Rasulullah s.a.w tentunya sahabat terbaik kepada sahabat-sahabat baginda.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.