Friday, August 17, 2018

Penginapan 3 Hari 2 Malam di Arabian Bay Resort, Bukit Gambang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Asyik cerita pasal aktiviti kat Bukit Gambang aje kan, takde pun nak share pasal stay kat mana. Haha. Ye, ye. Ni saya nak kongsi la ni. Kalau dah bermandi-manda kat Bukit Gambang Water Park, mengintai buaya tembaga dari dalam trem kat Taman Safari Bukit Gambang, dan teruja bawak ATV kat Active Academy Bukit Gambang, dah tentu lah saya duduk berhari-hari kat sana kan.

Kena la posing depan pintu gerbang bila da sampai selepas 4 jam lebih perjalanan kan

Untuk 3 hari 2 malam eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang Resort City (BGRC), saya stay di Arabian Bay Resort, Bukit Gambang. Resort ni terletak dalam BGRC aje. Salah satu daripada tiga resort yang ada kat dalam BGRC. Letaknya tak jauh aje dari pintu gerbang utama BGRC. Naik atas bukit sedikit untuk ke lobi utama. Bagi yang bawak kereta, parking lot bersepah-sepah kat sini. Uols letak la kat mana yang uols suka ya.

View bangunan lobi utama dari blok saya @ Arabian Bay Resort, Bukit Gambang

Waktu check in adalah pukul 3 petang. Tapi kami sampai awal sebab ada program, jadi special case sikit, dapat check in lebih awal. Hihihi. Proses check in mudah aje, bagi IC dan lepas tu sign form, dah dapat access card untuk masuk ke bilik. Ada empat jenis bilik kat resort ni, 2-Bedroom Suites, Studio Suites, Arabian Suites dan Penthouse Suites. Setiap suite ada balkoni sendiri, ruang tamu dan bilik air bagi setiap bilik tidur. Ruang makan dan pantri turut disediakan bagi 2-Bedroom Suites dan Penthouse Suites.

Check In duluuuu @ Arabian Bay Resort, Bukit Gambang
Access card ke bilik disertakan dengan password wifi. Kredit gambar: Sis Lin

Saya stay di Studio Suites. Sepatutnya, saya stay dengan encik suami, tapi last minute encik suami tak dapat turut serta atas kekangan kerja. Jadinya saya duduk seorang diri saja dalam bilik studio tu. Haaa, uols bayangkan lah duduk seorang diri dalam bilik besar dengan dua katil super single yang dirapatkan, bersaiz 4 kaki. Dedua katil tu milik uols. Hahaha.

Bilik Studio Suites terletak di Block 3 @ Arabian Bay Resort, Bukit Gambang

Studio Suites terletak di Block 3. Bilik studio ni dilengkapi juga dengan pendingin hawa, cerek elektrik dan set kopi serta teh, peti sejuk, TV plasma, iron dan iron board, sejadah, bilik air dalam bilik, peti keselamatan, kerusi dan meja kopi serta balkoni. Lengkap semuanya. Selesa pun selesa. Alhamdulillah. Cuma wifi je yang kurang sikit. Wifi nya hanya ada coverage tinggi di ruangan lobi. Kalau dah ke bilik, memang ke laut. Mujur coverage internet Celcom ok kat sana. Hihu.

Bilik Studio Suites @ Arabian Bay Resort, Bukit Gambang

Bilik air Studio Suites @ Arabian Bay Resort, Bukit Gambang

Mini Bar @ Arabian Bay Resort, Bukit Gambang

Untuk yang ambil stay sekali dengan buffet breakfast dan buffet dinner, makannya dekat Arabian Coffee House aje. Tak jauh dari blok tu aje. Ada jugak restoran Oriental Oasis untuk private event dinner dan Savannah Coffee untuk pilihan aneka minuman dan kek. Kalau nak lebih syok, boleh gi karaoke sekali kat bawah Block 3 saya tu. Ada Karaoke Lounge tau. Haaa, tepukkk!

Arabian Coffee House @ Arabian Bay Resort, Bukit Gambang

Antara kemudahan yang disediakan @ Arabian Bay Resort, Bukit Gambang. Kredit gambar: Sis Lin

Kalau bawak budak-budak pulak, boleh mandi kat pool dekat dengan Block 2. Mana lah tau, tak puas mandi dekat Bukit Gambang Water Park, sambung mandi kat situ pulak. Hahaha. Sebelum balik, kalau nak menyinggah dekat Gift Shop untuk beli cenderamata sebab tak sempat nak beli dekat Taman Safari, kedainya ada dekat lobi resort. Boleh la buat kenang-kenangan kan.

Pool untuk mandi-manda. View macam dekat Arab kan? Kredit gambar: Sis Lin

Haa, bila dah check in, jangan lupa nak check out pulak! Check out pukul 12 tengahari ye tuan-tuan dan puan-puan. Kalau terlebih dari 12 tengahari, ada lah cajnya. Untuk uols yang nak menginap di Arabian Bay Resort bersama keluarga atau kawan-kawan jika ke Bukit Gambang, boleh lah buat booking segera, ya!

Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Fax: +609-5486666
Whatsapp: +6011-51225298
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook:

Instagram:

Website:

Kalau nak tempah bilik di Bukit Gambang Resort City
pada harga istimewa yang berbaloi-baloi, boleh terus whatsapp saya.
Insya'Allah saya bersedia membantu!

6 comments:
Write Comments
  1. cantik dan selesa tmpt dia..klo dpt bawa family mmg best..

    ReplyDelete
  2. cantik dan selesa stay kat arabian ni kan sunah. sangat puas hati.

    ReplyDelete
  3. Pernah jugak menginap kat Gambang Resort ni, bilik dia selesa.

    ReplyDelete
  4. penginapan yang cukup selesa baik untuk sendirian atau seisi keluarga.bersih kemas dan sangat berpuas hati.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. cantek tempat dia..boleh letak dalam list lepas ni..

    http://www.dotneeda.com/2018/04/tips-sembuhkan-patah-tulang-peha-dengan.html

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com