Moonlight Cake House Taman Pelangi Kembali Beroperasi

Moonlight Cake House Taman Pelangi Kembali Beroperasi | 7 Disember 2018 yang lepas, Moonlight Cake House Taman Pelangi kembali beroperasi selepas bangunan kedai tersebut diubahsuai. Sebelum ni, saya pernah lalu dan nampak kedainya kecik aje dari simpang traffic light depan restoran tu. Tak pernah masuk, tapi pernah rasa kek dari restoran ni dua kali. Memang sedap, tak macam kek kedai bakery biasa, above average gituhhh.

Ihsan gambar: Sis Lin

Beberapa hari lepas, saya berpeluang untuk ke sini lagi, tapi kali ni saya masuk dan makan malam kat sini. Dari jauh, saya terpegun dengan rekaan bangunannya yang lebih elegan dan trendy. Hiasan air yang melimpah jatuh pada cermin dinding bangunan restoran sangat memukau! Tulisan Moonlight besar terpampang di hadapan restoran. Kalau tak nampak juga dari Masjid Taman Pelangi tu, tak tahu la. Hahaha. Ok, over!


Seperti yang saya kisahkan dalam instagram saya @sunahsakura, restoran ni memang terkenal dengan aneka keknya yang sedap dan berpatutan harganya. Malahan, Fresh Cream 3D Durian Cake signature restoran ni menjadi bualan pengunjung yang kembali datang membawa pengunjung baru. Agaknya, satu hari nanti saya kena order juga kek tu untuk rasa, betul ke sedap sangat. Haha.

Eh, tapi kat sini bukan ada kek aje tau! Lebih kurang sama dengan restoran SDS, Secret Recipe dan yang seangkatan dengannya, Moonlight Cake House turut menyediakan menu makanan berat Asia, Barat, Itali, dan juga menu fusion. Nak tengok menu apa yang saya dan kawan-kawan cuba semasa makan malam kami kat sini? Ayuhh tengok gambar-gambar kat bawah ni.

Mushroom Soup in French Putt @ Moonlight Cake House

Bamboo Charcoal Homemade Chicken Burger @ Moonlight Cake House

Norwegian Salmon and Salted Egg Rocket @ Moonlight Cake House

Morning Light @ Moonlight Cake House

Japanese Pizza @ Moonlight Cake House

Moonlight Signature Pasta @ Moonlight Cake House

Alhamdulillah, semua makanan yang kami cuba sedap-sedap dan kena pada tekak saya. Paling saya suka, Norwegian Salmon and Salted Egg Rocket tu! Jarang-jarang saya nak puji salmon tau. Sebab apa, saya tak suka bau salmon yang sedikit hanyir. Tapi menu ni berjaya menyebabkan saya jatuh hati! Mungkin sos telur masin tu berjaya menghilangkan bau salmon yang hanyir, atau chefnya ada rahsianya tersendiri untuk memasak salmon.

Japanese Pizza juga tak terkecuali menjadi menu kesukaan saya. Rotinya yang lembut dan topping pizzanya yang unik daripada bonito flakes memang tak mengecewakan. Peminat takoyaki mesti suka pizza ni macam saya! Kenangan yang tak boleh dilupakan adalah masa nak ambil gambar pizza ni, semua teruja tengok bonito flakes tu bergerak-gerak bila kena angin aircond. Lupa pulak nak ambil boomerang. Hahaha!

Salted Egg with Chicken Floss Fried Rice @ Moonlight Cake House

Seafood Gnocchi @ Moonlight Cake House

Risotto Seafood @ Moonlight Cake House

Piccata Chicken Breast with Mozzarella and Cream Yellow Mustard @ Moonlight Cake House

Australian Lamb Shank @ Moonlight Cake House

Moonlight Sharing Platter @ Moonlight Cake House

Australian Lamb Shank juga antara menu yang menarik perhatian semua. Shank kambing tu diimport khas dari Australia, dimasak selama 7 jam untuk menghasilkan daging yang lembut dan mudah lerai apabila dimakan. Walaupun dimasak lama, bentuk kaki kambing masih kukuh dan tak hancur. Dihidangkan bersama spaghetti dan asparagus, menu ni saja dah cukup mengenyangkan.

Aneka kek @ Moonlight Cake House

Sea Salt Lava Cake @ Moonlight Cake House

Untuk kek pula, saya sangat suka kek Red Velvet nya. Yang lain tu pun sedap-sedap, tapi Red Velvet paling sedap. Kek terbaru diorang, Sea Salt Lava Cake sangat menarik dan mengujakan. Iris bukan main terkejut lagi masa makan, dengan muka surprisenya sekali: "eiiii, ada barang dalam ni". 

Hahahaha! Lava tu dia sebut barang maaa 😅😅😅

So, apa tunggu lagi? Malam ni kalau rasa malas nak masak, atau tak ada idea nak makan kat mana, jom lah ke Moonlight Cake House!

Moonlight Cake House Taman Pelangi
(No Pork, No Lard, No Alcohol)

Lokasi:
160, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Waktu perniagaan:
9 am - 1 am
Setiap hari

Tel. No:
+607-333 9922

Instagram:

Facebook:

Website:

Email:
info@moonlightcake.com

Post a Comment

9 Comments

  1. freshh cream 3D durian? :D
    Aduhhh sedapnya. Dah lah sy memang pengemar durian.

    ReplyDelete
  2. Salmon telur masin tu nmpk sedap, presentation sume mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..nanti bawak iman n pak inche makan sini ya!

      Delete
  3. Semua sedap!
    Cuma lupalah nak order menu local, mee hoon tomyam..pun sedap!
    Next time kita gi Sri Alam sini try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, ri tu nampak gak menu tu...teringin nak order, tapi tak jadi..hahahah

      Delete
  4. Kek diaaa tuuuu rasaaa macammm heaven gilerrrrr bila masukk mulut. 🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com