Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedap Sangat Makan Tengahari di Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu, Kelantan

Sedap Sangat Makan Tengahari di Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu, Kelantan | Pertama kali dengar nama macam ni. Nasi Ulam tu da biasa dengar, tapi digabungkan pulak dengan cikgu. Unik pulak rasanya. Nasi Ulam Cikgu, restoran yang terletak di tengah bandar Kota Bharu berdekatan dengan muzium dan pusat kraftangan, memang menjadi salah satu tumpuan pelancong mahupun rakyat Kelantan yang datang ke Kota Bharu.

Kredit gambar: Sis Lin

Restoran ni ada perkataan "cikgu" sebab pengasasnya, almarhum Abdul Hamid Idris merupakan bekas guru. Restoran yang dah berusia lebih 20 tahun ni lokasinya di bawah Muzium Kraftangan atau dikenali sebagai Balai Getam Guri di Kompleks Kampung Kraftangan. Ada dua bahagian untuk menjamu selera, iaitu bahagian luar (open air) dan juga bahagian dalam yang lebih kecil (berhawa dingin).

Kami makan tengahari kat sini dua hari berturut-turut. Pihak Tourism Malaysia dah reserve bahagian dalam siap-siap. Masa sampai aje, dah tersedia set makanan tengaharinya. Tak perlu dah beratur panjang kat luar cedok lauk sebab pengunjung memang ramai yeee di hujung minggu. Jadi jangan tanya mana gambar lauk lain sebab tak sempat uikk nak snap gambar walaupun Fizo Omar dengan Chef Wan Ismail tengah shooting kat luar pada hari kedua. Apa kaitan? Hahaha.

Kredit gambar: Sis Lin

Lauknya nampak macam biasa aje kan? Ikan keli goreng besar nak mampuih, ayam goreng, sayur lemak, asam pedas ikan, tembikai, ulam-ulaman dan budu dengan satu jag sirap selasih untuk setiap meja. Tapi kauuuu, sedap gilerrrrrr semua menu yang dihidangkan untuk kami! Sis kauu tak makan ikan keli, tapi ayam goreng dia perghhh! Sampai mintak kat meja sebelah sebab tak cukup! Hahahaha! Sayur lemak dia tu pun sedap sangat! Lupa pulak nak tanya owner dia, bahan apa yang dia letakkan dalam sayur tu. Rasa macam kuah laksam pun ada, haa!



Alhamdulillah, memang puas hati makan kat sini! Kalau uols datang ke Kota Bharu, jangan lupa cuba makan tengahari kat sini ya! Restoran dibuka jam 11 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Jumaat, tutup. Kalau nak reserve meja, boleh telefon 019-961 6665.

Facebook: Nasi Ulam Cikgu

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Malaysia Surfcasting Tour Siri 2 di Pantai Bisikan Bayu, Kg. Pasir Putih, Kelantan
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 12 - 14 April 2019 
anjuran Tourism Malaysia.

Post a Comment

8 Comments

  1. perghhhhhhhhhhh sedapnyaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. meh la dtg lg..nnt cik nor banjer sunah plk..hihi

    ReplyDelete
  3. makanan kelantan mmg sedap, msk lemak putih tu... dana rasa dia tambah isi ikan tu yg sedap... sbb kwn2 kelantan selalu cerita diaorg suka msk lemak putih boh isi ikan yg di tumbuk...

    ReplyDelete
  4. post ni memang memanggil untuk kita ke Kota Bharu

    ReplyDelete
  5. Yes, setuju. Pernah makan kat sini, memang sedap sangat. Esp ikan bakar dgn budu dan ulam2. Simple tapi walah!

    ReplyDelete
  6. aduhhhh dah laa sy tgh lapar niiiii

    ReplyDelete
  7. Jom pi Kelantan yokk....nanti one day kita drive dr Selatan ke Pantai Timur then ke Utara then ke Selatan ....insyaAllah

    ReplyDelete
  8. kaki ulam boleh terjah ctok. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com