Blouse Qalisya dari Mia Ajmal Muslimah Boutique

Blouse Qalisya dari Mia Ajmal Muslimah Boutique | Zaman sekarang ni senang sangat nak cari baju untuk dipakai. Kalau tak jumpa kat butik-butik berdekatan, kita dah boleh google atau belek aje kat Facebook dan Instagram. Bila da nampak yang berkenan, terus PM aje tanya harga kan? Mudah dan cepat. Jimat tenaga jugak sebab dah tak perlu nak keluar ke butik. Untuk orang yang sibuk (macam saya kadang-kadang), ia sangat-sangat membantu.

Baru-baru ni, saya ke Melaka dengan blouse yang baru! Haha. Nak ber-OOTD kat Encore Melaka katanya. Jadi kena la pakai cantik-cantik dan warna yang tak akan tenggelam dari background putih bangunan Encore tu. Tapi saya tak share dalam entri tu gambar OOTD nye kan? Meh nak share kat sini!


Kemain kan, dalam cuaca panas terik mentari, haa gitu la rupa wajah seketul Sunah yang kesilauan. Hahaha! Dalam panas-panas tu, tetap selesa pakai blouse baru ni. Kain dia menyerap peluh dengan baik. Pakai pulak warna Brown Burgundy camtu, memang menyerlah warnanya.


Tengok pulak gambar dekat swimming pool, atas Hotel Sentral Melaka ni kalau tak percaya warna dia kemain kontra. Tapi tak la sampai striking kan? Ok ok lagi. Saya pulak tak pernah ada warna macam ni dalam koleksi baju. Yang penting cutting baju dia kemas. Saya suka!


Ni pulak warna Grey Haze. Design yang simple dan minimalis. Hanya kain kosong, corak dua stripes pada pergelangan tangan aje. Boleh padankan dengan tudung plain ikut warna stripes tu atau tudung bercorak warna apa-apa pun. Kreativiti masing-masing kan, cantik itu subjektif katanyaaa.


Lebih menarik, ade poket sebelah kanan baju. Ni warna Peach Perfect. Kalau saya, memang suka ada poket. Sebab kadang-kadang nak bawak henset aje berjalan. Malas nak bawak beg besar-besar. Dan kalau kena bawak beg jugak, senang nak simpan kunci kereta atau henset dalam poket aje, mudah nak capai dengan kadar segera.


Semua blouse ni uols boleh dapatkan di website Mia Ajmal Muslimah Boutique. Blouse Qalisya namanya, menggunakan fabric italian avant cotton, tak hairan lah sangat selesa bila pakai. Kenapa uols yang suka berpakaian muslimah kena ada satu blouse Qalisya? Haaa. Ini sebabnyeeee:

  • Blouse yang simple, bercutting kemas dan sesuai dipakai ke mana sahaja.
  • Sangat selesa dipakai, jatuh terletak dengan material yang lembut dan berkilau apabila diseterika.
  • Zipper yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan mempunyai variasi corak (random) tidak seperti zipper blouse biasa.
  • Nursing friendly.



Istimewa buat pembaca blog ni, diorang bagi diskaun RM5 untuk sehelai blouse Qalisya bagi 20 pembeli pertama. Yeeha! Uols hanya perlu masukkan promocode kupon "sunahsakura" masa nak checkout di website www.miaajmalmuslimahboutique.com. Cepat-cepat grab sebelum terlambat ya!


Tengok housemate kita, dia da grab warna Vanilla Cream! Pakai pergi kerja, nampak formal gitu kannnn! Hihu! Ape tunggu lagi? Cepat dapatkan diskaun kat website!

Mia Ajmal Muslimah Boutique

Promocode Kupon Diskaun RM5 Blouse Qalisya
(Harga asal RM60)
"sunahsakura"

Website:
Instagram:
Blouse Qalisya dari Mia Ajmal Muslimah Boutique Blouse Qalisya dari Mia Ajmal Muslimah Boutique Reviewed by Sunah Sakura on May 07, 2019 Rating: 5

10 comments:

  1. cantik-cantik semuanya..
    Vanilla cream tu suka agt

    ReplyDelete
  2. wow..cantik2..i like..blnje i pliss..:)

    ReplyDelete
  3. Comel betul ibah pakai. Hehehee.. Kak sun? Hmm orang kalo dah syantikzz xyh puji dahh. Nanti terkentut banyak jee ... ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
  4. wah menarik lah kaler2 yg ada. boleh la rembat 1 untuk raya ni, hehehehee

    ReplyDelete
  5. ray suke sangat these kind of clothing sbb sgt comfortable and and boleh pakai with both seluar and kain. you can do both so no problem at all nak pakai casual or formal.

    ReplyDelete
  6. lawanya..nak usha lah web tu..

    ReplyDelete
  7. Wow ade diskaun laa! Cantik blouse ni. Yg penting selesa kan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.