Kadar Zakat Fitrah 2019 Ikut Negeri di Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2019 Ikut Negeri di Malaysia | Ramadhan dah nak sampai ke penghujung. Uols dah selesai bayar zakat fitrah? Semalam saya baru aje semak senarai zakat fitrah mengikut negeri di Malaysia bagi tahun 2019. Sebab terbaca kat blog Sis Lin, kadar zakat fitrah bagi negeri Johor ada dua. Jadi pelik dan hairan pulak.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah - InfoDweb

Hujung minggu lepas pun, masa berbuka kat Plaza Angsana dengan kawan-kawan dan housemates, diorang cakap zakat fitrah negeri Johor ada dua kadar berbeza. Masa tu tak tahu lagi apa signifikannya. Bila da komen kat blog Sis Lin, dan Sis Lin dah jawab kat whatsapp, baru lah saya pergi google.

Ohhhh, ok! Tahun ni memang ada kadar berbeza sepadan dengan beras yang jadi makanan harian kat rumah masing-masing. Tapi tak semua negeri buat lebih dari satu kadar ni. Hanya negeri Kedah, Perak, Melaka, dan Johor yang apply benda ni.

Nah, saya kongsikan senarainya sebagai rujukan uols.

Senarai kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 1440H / 2019M yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri. - MYSumber

Negeri
Tahun 2018 (RM)
Tahun 2019 (RM)
Perlis
7.00
7.00
Kedah
7.00
7.00/14.00/21.00
Pulau Pinang
7.00
7.00
Perak
7.00
7.00/14.00/21.00
Selangor
7.00
7.00
Negeri Sembilan
6.50
7.00
Melaka
6.70
7.00/14.00
Johor
7.00
7.00/10.00
Pahang
7.00
7.00
Terengganu
7.00
7.00
Kelantan
7.00
7.00
Sarawak
7.00
7.00
Sabah
7.00
7.00
Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
7.00
7.00

Bagi negeri yang ada kadar zakat fitrah lebih dari satu, pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan harian diorang.

Contohnya bagi negeri Johor tu, kalau uols biasa makan beras super tempatan, uols hanya perlu bayar RM7.00. Tapi kalau uols makan beras dari kategori mahal macam beras wangi dan beras basmathi, uols kena bayar RM10.00. Haa, untuk yang ada kadar ketiga, mungkin ada lagi mahal berasnya.

Ok lah, selamat menunaikan zakat, semua!

Niatkan untuk membantu mereka yang memerlukan dan mencari redha Allah ya!
Kadar Zakat Fitrah 2019 Ikut Negeri di Malaysia Kadar Zakat Fitrah 2019 Ikut Negeri di Malaysia Reviewed by Sunah Sakura on May 30, 2019 Rating: 5

9 comments:

  1. Kan..kadang orang pun confuse.tapi alhamdulillah..settle dah

    ReplyDelete
  2. Zakat fitrah di tempat LZ RM7.00, naik 50 sen dari tahun lepas..

    ReplyDelete
  3. now I know. Kira molek la tu..kpd pegawai2 Jusa C dan ke atas tu patutlah byr zakat fitrah pd kadar premium..ikut gaji bulanan mereka. cadangan abe kie je..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Iyerr Puan..Johor sangat istimewakan heheheh..
    Anda buat anda dapat, so siapa makan beras murah, bayar yang biasa, yang makan mahal, kalau bayar murah tu..ermmmm

    ReplyDelete
  5. Kewajipan yang perlu ditunaikan.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah ayah syafi dah setelkan

    ReplyDelete
  7. Kpd yg belum jom settlekan...alhmdllh dh bayar ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.