Kopi Adaptogens Combat Mak Okid, Usahawan Veteran ATM

Kopi Adaptogens Combat Mak Okid, Usahawan Veteran ATM | Ini kali kedua saya memborong Kopi Mak Okid di Muzium Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pertama kali dulu masa ikut FAM Trip ke Negeri Sembilan beberapa bulan yang lepas. Minum Kopi Combat dalam botol yang sejuk, sangat melegakan tekak. Aroma kopinya juga sangat nyaman, rasanya pula memang rich dan boleh saya jamin, kalah kopi dalam tin!

Jadi, disebabkan dah jatuh cinta, saya terus beli kopi ni dalam sachet, dijual pada harga RM1 per sachet. Ada juga pilihan untuk beli sekotak atau sepapan, tapi harganya lebih mahal berbanding beli per sachet. Mungkin sebab kotak dan papan tu yang mahal. Kalau boleh beli yang murah, buat apa beli yang mahal? ๐Ÿ˜†

Kopi Pracampuran Adaptogens Combat 16 dalam 1

Sebelum kita bincang tentang bahan-bahan campuran dalam kopi ni, jom kenali dulu apa bendanya adaptogens ni. Adaptogens adalah istilah pengamal pemakanan dan perubatan botani tentang gabungan nutrien, kompaun dan substan yang terdapat dalam tumbuhan herba, di mana ia mampu bertindak ke tahap selular bagi menangani gangguan stress dan menyumbang kepada kesejahteraan hidup.

Herba adaptogens adalah tidak beracun dan tidak memberi kesan sampingan atau memudaratkan fungsi tubuh. Ia membenarkan fungsi fisiologi (sistem tubuh badan) untuk bekerja secara normal dan membantu badan menyesuaikan diri kepada pelbagai tekanan dari persekitaran mahupun secara psikologi.

Secara umum, adaptogens mampu mengimbangkan "hypothalamic-pituitary adrenal axis" dalam mengawal dan menangani masalah stress. Ia membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan sindrom nyanyuk dan meningkatkan fungsi keseluruhan mental. Pengambilan adaptogens juga menjurus kepada tidur yang lena, mengurangkan keraguan dan kemurungan, meningkatkan aktiviti anti oksida dalam badan bagi melawan penyakit terutama penyakit jantung, memberi tenaga, kekuatan otot, pemurnian tisu-tisu badan dan penyembuhan dari kecederaan, merancakkan mood serta meningkatkan fungsi sel darah merah dan darah putih.

Apa bahan-bahannya sampai jadi 16 kandungan dalam 1 tu? Ini dia:
  1. Kopi Arabica Mendahling
  2. Krimer bukan tenusu
  3. Gula
  4. Tongkat Ali
  5. Ginseng Panax Radix
  6. Maca
  7. Habbatus Sawda
  8. Kulit Manggis
  9. Mengkudu
  10. Temulawak
  11. Jerangau
  12. Buah Pala
  13. Mahkota Dewa
  14. Goji Berri
  15. Madu
  16. Kayu Manis


Boleh la uols google aje satu persatu bahan-bahan kat atas tu untuk ketahui fungsi-fungsi dan kelebihannya dengan lebih mendalam. Tapi, jangan lah sampai gula pun uols nak google. Over betulll! ๐Ÿ˜

Jadi, kalau uols pencinta kopi dan rasa perlukan sesuatu untuk tenangkan diri, cuba lah try amalkan minum Kopi Mak Okid ni ya! Kilangnya kat Kempas, tapi uols boleh juga cuba order atas talian.

Hubungi:
Nabilah 0172744014

Email:
mak.okid@yahoo.com.my
Kopi Adaptogens Combat Mak Okid, Usahawan Veteran ATM Kopi Adaptogens Combat Mak Okid, Usahawan Veteran ATM Reviewed by Sunah Sakura on July 15, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. wahhh.. tak penah dengar adaptogen combat tu.. ni abam askar ke biasa minum kopi ni? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah ye kot kak! sebab muzium tu pun sebelah kem sirusa ajeee

      Delete
  2. Samalah..tak pernah dengar pun pasal adaptogen ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. patogen biasa la kan dengar...kalo adaptogen ni saya pun pertama kali..

      Delete
  3. bestnya dpt layan yg dlm botol tuh, sejuk2 lak tuh

    ReplyDelete
  4. hebat kopi ini...

    ada 18 ramuan..

    saya suka kopi yang memberikan kesegaran dan tenaga untuk terus berbakti pada nusa dan bangsa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah gituuuu...macam pertandingan slogan patriotik pulak..hahahaha

      Delete
  5. Wahhhh.. Buat peminat kopi memang bagus cuba ni. Macam-macam khasiat dia ada.

    ReplyDelete
  6. Suka gak minum kopi...tp selalunya kopi ni mahal2..tu yg terbantut nak beli tu.

    ReplyDelete
  7. Oooo kopi dia yang combat ek hahahaha salah tulis, ingatkan muzium combat hahahahahaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.