Mediterranean Sea Salt Vanilla Sofuto Family Mart | Aje gilerr sejak beberapa menjak ni asyik cuba makanan Mediterranean kan? Ni salah satu petanda, bakal ke negara-negara sekeliling Laut Mediterranean ke ape? Hahaha! Ameen kan saja tau, mana tahu ada rezeki turun dari langit 😆

Semalam, lepas makan Sushi King dengan dak Ibah, kami ke Family Mart Taman Universiti pulakkk. Adoiiyaiii. Tak padan dengan hari hujan. Sejuk-sejuk nak cari aiskrim. Ish, tak bolehhh. Dah berapa lama teringin nak rasa, kena pergi jugak dah alang-alang lalu sana.

Masa masuk tu, tak ramai orang sangat. Terus beratur dekat Express Counter. Dalam tengah tunggu giliran tu, sempat lagi berfikir-fikir, nak makan aiskrim ke minum Brown Sugar Bubble Milk? Kahhhhh! Dasar seketul Sunah! Susah nak buat keputusan bila ada anasir luar mempengaruhi pemikiran. Gituhhhh, bahasa Melayu SPM kita B3 😝

Akhirnya, sebulat suara saya dan Ibah nak makan aiskrim aje. Ibah beli aiskrim Green Tea macam selalu, saya pulak nak cuba perisa Sea Salt tu. Kali ni, ada pilihan kon biasa atau kon kaler hitam. Bezanya dengan kon biasa, kon kaler hitam tu manis sedikit, tapi harganya sama. Dan kon hitam tu pada pandangan saya, saiz dia kecik sikit dari kon biasa.


Ini diaaaa aiskrim kami!

Terus jilat bila da ambil gambar.

Mmmmm sedapppp! Saya sukaaaaa sebab rasa macam Salted Caramel tapi takde salted caramel pada aiskrim! Magik betul! Hahaha! Siapa yang suka Salted Caramel atas Fudgy Brownies Selera Sakura tu mesti suka aiskrim ni. Ekekeke.

Tapi kan, aiskrim kat Family Mart Taman Universiti ni macam cair pulak, tak sepekat dekat Taman Sutera Utama. Lagi satu, cepat betul cair padahal cuaca kat luar sejuk. Sebelum ni Ibah pernah pergi sebelah malam, pun sama keadaannya, tak sama macam kat Taman Sutera Utama tu. Hurmmm, kenapa ek? Tak centralized ke resepi setiap cawangan Family Mart ni?

Mari lah kita berteka-teki sampai dapat jawapannya.