Ticker

6/recent/ticker-posts

SMK Baru Bintulu, Sekolah Ku Tahun 2000 - 2002

SMK Baru Bintulu, Sekolah Ku Tahun 2001 - 2002 | SMK Baru Bintulu, tempat saya belajar selepas habis enam tahun di SK Agama (MIS) Bintulu, Sarawak. Ikutkan, lepas darjah 6, saya akan menyambung ke SMK Agama di Miri, Sarawak. Bagasi semua dah beli, berapa hari sebelum pergi, arwah nenek keluarkan ayat sadis pulak.

"Kalau meninggal nanti, biarlah meninggal di tanah sendiri."

Allahu. Dah kenapa sampai begitu? Sebabnya, masa tu belum ada lagi cucu-cucu arwah nenek yang pergi jauh untuk belajar. Kiranya sayalah cucu pertama yang dapat tawaran untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh.

Bukan nenek aje, mamak pun beberapa kali menangis bila mengenangkan anak sulung dia ni nak pergi jauh tinggalkan rumah buat kali pertama. Hati anak mana yang tak sedih? Akhirnya, saya fikir, takpe lah mamak, nenek, saya tak pergi. Saya sekolah kat kampung aje.

Menjadi ketentuan Allah, saya tetap di Bintulu sampai habis SPM.

Padang sekolah, tempat berlatih kawad, berlawan bola jaring dan kelas Pendidikan Jasmani

Tingkatan 1 sampai tingkatan 3 di SMK Baru Bintulu. Terimbau kembali segala kenangan kat sini bila tengok gambar-gambar kat FB Cikgu Nuraiza Abu Bakar. Pergi sekolah jalan kaki aje, dari rumah dalam 10 minit aje berjalan. Kalau naik motor, agaknya tak sampai 5 minit dah sampai. Dulu selalu pergi sekolah dengan kawan baik saya, Fatmah. Rumah dia di Lorong 3/Kampung Baru Laut. Rumah saya di Lorong 1/Kampung Baru Darat. Nak pergi sekolah, dia kena lalu lorong saya dulu.

SMK Baru ni sebelumnya dikenali sebagai SMK Bandar Bintulu, dibuka pada tahun 1982, berkongsi bangunan dengan SRK Kampung Baru masa tu. Pengetua pertama adalah bapak kawan baik saya sendiri, Zarith Sofia Suraya. Bapak dia Hj Bakeri, juga Guru Besar masa saya Pra-Sekolah. Tahun 1988, SMK Bandar Bintulu berpindah ke tapak baru, maka sekolah ni jadi SMK Baru Bintulu.

SRK Kampung Baru, bilik guru SMK Baru kat tingkat bawah

Disebabkan bilangan bilik darjah yang sedikit, kat sini hanya ada Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3, berkongsi kelas dengan dibahagi kepada sesi pagi dan sesi petang. Masa Tingkatan 1 saya dilamar menjadi Pengawas Sekolah. Hampir setiap hari jaga pintu pagar sekolah, siapa yang lewat kena tulis nama. Ada lah seorang kawan sekelas yang asyik datang lambat masa tu sampai dia pun dah jemu jumpa muka saya aje yang tulis nama dia. Dah meninggal dah arwah, al-Fatihah untuk Mohd Khairulddin  bin Azahari.

Kat sini lah saya kenal ramai kawan baik yang kekal sampai sekarang, Zarith, Zai, Cyndra. Fatmah dah lama tak jumpa. Belajar main bola jaring, pernah join tournament kat sekolah, pakai bib GS, GA, WA dan C pun pernah, tapi sekali aje. Lepas tu serik dah sebab penatnya jadi C. Haha. Florina memang hebat sebab dia lah yang selalu jadi C. Kat sini jugak saya pernah jadi Kapten Pengakap perempuan yang pertama, dilantik oleh cikgu James, tapi lembut sangat agaknya kapten ni, perbarisan kalah dengan PBSM yang kapten dia rakan sekelas saya jugak, Danny Ling.

Cikgu James guru Pengakap, rumah dia belakang sekolah aje masa tu, ni gambar 2006, kat tapak baru SMK Baru sekarang

Masa Tingkatan 2 duduk bangunan blok baru, bangunan ni lah yang hangus terbakar masa saya dah masuk Tingkatan 3, beberapa bulan sebelum kami menduduki PMR. Difahamkan, ini kali kedua bangunan tu terbakar selepas dibina semula. Aduhai. Pukul 2 pagi mak kejut bagitahu sekolah terbakar. Keluar rumah, berkejar-kejar ke depan sekolah tengok api marak, dengar beberapa tong gas makmal meletup. Dalam hati masa tu hanya Allah yang tahu. Sedih kot tengok sekolah terbakar depan mata. Orang kampung cakap, daripada siasatan polis, macam ada kesan sabotaj ke ape, wallahua'lam.

Disebabkan bomba sempat padam api, bilik kelas tingkatan 3 terselamat dari kebakaran. Saya ingat lagi, pagi esoknya nampak jelas wajah kawan-kawan yang datang sekolah dari jauh, terkedu tengok sekolah dah takde. Beberapa hari lepas tu, kami datang sekolah dan hadir perhimpunan, ditetapkan supaya murid Tingkatan 3 terus belajar kat situ sementara murid-murid sekolah rendah,Tingkatan 1 dan 2 menumpang sementara di sekolah lain. Result PMR kami dikecualikan dari Penilaian Kerja Kursus.

Bila sekolah terbakar, kat pondon berbumbung biru tu la kitorang selalu ada kelas tambahan PMR dan buat latihan Public Speaking

Projek Kemahiran Manipulatif Tambahan yang berbulan-bulan cuba disiapkan dengan bantuan jejaka-jejaka yang suka sangat nak menunjuk kehandalan masing-masing akhirnya jadi rak CD kat rumah. Biasalah, saya dulu agak popular. Wakakaka.

Lydia, Hang Soon, Juliana, Hamiza, Zaidah, Charles, James, Tiong, Awang, Gee, Fith, Jati, Mathius, How Chuan, Atul, Eileen, Alice, Sim Lei Sin, Raymond, Henry, Joeblis, Kee Chiang, Nicholas, Nickodemas, Octavius, Azie, Ebit, Faez, Fizah, Fauziah, Azizan, Hilda, Jack Ming, Medeline, Nina, Shah Rezza, Nasri, Azizi, dan ramai lagi yang namanya tak terlintas dalam fikiran.

How I miss the old days. 20 tahun dah berlalu sejak menjejakkan kaki kat situ.

Sekarang semua bangunan tu dah bertukar sepenuhnya jadi SK Kampung Baru. SMK Baru pula dah berpindah ke tapak baru di atas bukit.

Post a Comment

16 Comments

  1. Jahatnya siapalah yang bakar sekolah kakak nie :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...wallahua'lam lah pijol...kakak pun tak tahu...

      Delete
  2. kenangan alam persekolahan tak dapat dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangatttt wak! manis atau pahit, semua terpahat dalam ingatan

      Delete
  3. Kenangan indah yang biarpun di mamah usia namun tetap segar difikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu jua...sesetengah memori memang fresh dalam kepala...

      Delete
  4. kenangan waktu kecik memang xleh lupa. dulu masa sekolah rendah sempat duduk dalam kelas bangunan kayu je. sekarang dah xde dah. semua dh modern.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi menarik tu! akak sekolah rendah, bangunan simen, sekolah menengah jadi bangunan papan balik..haha

      Delete
  5. Kalau nak suruh aku menulis pasal sekolah, terus tepu, hanya ada dalam memori, tapi tak reti nak menulisnya...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, cerita pasal ko pergi sekolah naik bas ada dalam memori aku..hahahahhaha

      Delete
  6. tempat jatuh lagikan dikenang ini pula tempat kita belajar erti hidup kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye siti...kenangan pahit manis kat situ juga..

      Delete
  7. kenangan zaman persekolahan pasti akan diingati. ni abe kie sejak kecik ke sek. bila dah tua ni pun masih ke sek! Huhuhuhu...

    ReplyDelete
  8. Sebagai anak cikgu yang tinggal sebelah rumah Cikgu James dan Cikgu Meripa tahun 1995/6-1999, Pak Cik Buda di sebelah berek rumah staf. Saya masih ingat lagi dalam pukul 2-3 pagi bangunan blok sekolah terbakar. Bonda saya kejutkan saya kata blok sekolah terbakar. Kami berpindah sebab ayah (cikgu) berpindah sekolah di Miri hujung tahun 1999.
    Kejadian2 yang saya lalui dan masih ingat semasa membesar di bangunan sekolah lama ini adalah
    - Tahun jerebu (sekolah ditutup)
    - Tahun kemelesetan ekonomi (bercatu makanan di rumah dan memungut tin kosong)
    - Sekolah terbakar buat pertama kalinya
    - Ibu menyimbah sebaldi air ke bawah rumah sebab budak2 sekolah yang melepak di bawah rumah berek sebab masa tu adik saya masih bayi lagi.
    - Terpijak papan berpaku yang diletakkan di gelanggang badminton (masa tu belum berbumbung) sebelah bengkel KH
    - Lawatan Pehin Seri Taib Mahmud.
    - Kejadian basikal hijau anak cikgu James yang kedua dicuri oleh budak2 nakal dan kami mendapatkannya semula di Kampung Baru tapi dah berwarna silver. Lucu sekali bila ingatkan balik.
    - ular sawa di tandas murid (blok berasingan), tapi kejadian ini terjadi pada waktu malam, kesan darah ular itu boleh dilihat pada pagi berikutnya
    - letupan di plant MLNG pada waktu malam, tersentak kami di rumah berek
    - kutip2 tin di sekitar kampung dan sekolah paling banyak sumber tin kosong sebab boleh jual dapat duit jajan. Saya tak ikut sama sebab masih kecil, abang2 dan anak2 cikgu James yang bersaing dengan isteri Pak Cik Buda.
    - kapal terbang Fokker 50 dan kadang2 Twin Otter yang akan mendarat betul2 melintas di atas sekolah. Saya yang masih budak2 memang suka menjenguk ke luar rumah berek sebab nak tengok tayarnya dikeluarkan lepas tu bertempik nak kalahkan bunyi enjin kapal terbang tu kononnya. Lawaknya.

    Tempat2 permainan saya bersama anak2 cikgu (Cikgu James & Cikgu Meripa) dan budak2 sekolah/kampung di sekitar sekolah.
    - Giam (kolam luar pagar belakang sekolah)
    - Pokok2 besar di depan pagar sekolah
    - Pokok di sebelah blok kelas prasekolah
    - tanah hitam di bawah blok sekolah rendah
    - kolam di sebelah surau
    - padang berlumpur di penjuru, bersebelahan dengan rumah Hannur (orang Pakistan) yang berkawan dengan abang saya
    - taman permainan di depan sekolah, selalu main panjat2 palang dan buaian yang masa tu rosak
    - kantin sekolah (main tangkap2 kaki di atas meja, masa tu kami gelar "main buaya")
    - cari duit syiling yang jatuh di bawah kantin
    - surau di luar pagar sekolah
    - main dalam longkang blok kelas semasa hari hujan ala2 sunway lagoon sebelum dirotan
    - main di tempat letak terrarium belakang bengkel
    - kegilaan kereta Tamiya yang ada anime di TV, sanggup abang2 saya dan anak2 cikgu James ke luar pagar sekolah pergi ke blok kedai sebelah jambatan untuk lihat orang bermain Tamiya di litarnya
    - pokok rambutan di belakang rumah berek dan gelongsor buatan ayah
    - sekolah taski sebelum bangunannya diubahsuai
    - kedai cina gemok kami panggil yang terletak di depan pintu pagar sekolah, tempat kami membeli jajan. Rasanya dah mendiang pak cik tu.

    Itulah serba serbi ingatan saya. Rasa nak tengok pulak gambar2 sekitar sekolah lama ni, memang menggamit kenangan. Terima kasih sebab kongsikan gambar.

    ReplyDelete
  9. hai kak boleh sy bertemu bual dengan akak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com