Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Mengira Hari Istihadhah dan Hari Haid

Cara Mengira Hari Istihadhah dan Hari Haid | Bagi wanita yang telah baligh, adalah normal untuk datang haid setiap bulan, kebiasaannya selama tujuh hari. Yang tak normalnya bila haid melebihi tempoh maksimum haid, iaitu lebih dari 15 hari. Darah masih keluar walaupun tempoh 15 hari haid tu dah tamat. Darah yang keluar selepas 15 hari ni dikira sebagai darah penyakit atau dipanggil darah istihadhah.

Cara Mengira Hari Istihadhah dan Hari Haid

Sesiapa yang diuji dengan istihadhah, akan diuji juga dengan ibadahnya. Sebab istihadhah ni berkait rapat dengan kesucian seorang wanita untuk menunaikan ibadah harian, sama ada yang wajib atau yang sunat. Adalah penting untuk seseorang yang istihadhah untuk tahu macam mana nak kira hari istihadhah dan hari haid, terutamanya bagi yang keluar darah tanpa henti sehingga lebih dari sebulan.


Nah saya kongsikan jawapan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi mereka yang ada kemusykilan untuk mengira hari istihadhah dan hari haid.

Haid dari segi istilah syarak ialah darah tabi’i yang keluar daripada pangkal rahim perempuan ketika badannya sihat dalam tempoh tertentu. [ al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami 1:118 ]

Sementara istihadhah menurut syarak ialah darah penyakit wanita yang keluar daripada hujung urat yang berada di bawah rahim yang dikenali sebagai ( العاذل) selepas tempoh sebanyak-banyak haid atau selepas tempoh sebanyak-banyak nifas atau darah keluar berterusan selepas hari kebiasaan haid. [al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami 1:126]

Seterusnya, ciri-ciri istihadhah ialah:
  • Keluar darah sebanyak 2 kali yang diselangi oleh tempoh suci yang kurang 15 hari
  • Keluar darah selepas tempoh sebanyak-banyak haid 15 hari
  • Keluar darah kurang daripada 24 jam
  • Keluar darah sebelum umur 9 tahun
  • Keluar darah selepas tempoh 60 hari nifas

Daripada pengertian istihadhah serta ciri-cirinya, dapat disimpulkan bahawa istihadhah ialah darah yang keluar bukan waktu kebiasaan haid mahupun nifas atau dengan kata lain pada tempoh suci.

Seterusnya, merujuk kepada persoalan kiraan haid seterusnya, kami akan menjelaskan kaedah kiraan tempoh suci. Hal ini bagi mengetahui hari-hari yang menjarakkan antara satu haid dengan haid seterusnya.

Berikut kaedah kiraan suci antara dua haid:
  • Tempoh paling minimum suci ialah 15 hari (أقل الطهر). Ketentuan ini diukur daripada tempoh tempoh sebanyak-banyak darah haid iaitu 15 hari ( أكثر الحيض). Ini berdasarkan kajian (istiqra’) daripada Imam Syafie.
  • Tempoh suci kebiasaan majoriti wanita adalah 23 hari (الطهر غالب). Ketentuan tempoh suci kebiasaan berdasarkan haid yang yang kebiasaan datang selama 7 hari (غالب الحيض )
  • Tempoh maksimum suci tiada had kerana kadang-kadang ada wanita yang haidnya dalam sebulan hanya sehari semalam sahaja iaitu 24 jam dan ada juga sekali dalam enam bulan.
  • [Rujuk  Izalatul Iltibas Syarah Tuhfah al-A`izza’].

Sebagai contoh: Wanita (A) mendapati darah haid keluar pada 1-12 ogos iaitu selama 12 hari. Kemudian selepas seminggu, darah keluar pada 19 ogos. Maka darah tersebut adalah darah istihadhah. Hal ini kerana darah keluar pada waktu tempoh minimum suci 15 hari selepas haid. Maka, wajib menunaikan solat fardu dengan memakai tuala wanita selepas mencuci alat sulit, kemudian mengambil wudhuk pada setiap fardu tanpa perlu mandi wajib. Namun apabila sudah masuk 29 ogos iaitu sudah tamat waktu sekurang-kurang suci iaitu 15 hari selepas hari terakhir tempoh haid. Maka kitaran haid sudah dianggap bermula semula sekiranya pada 29 ogos terdapat darah yang keluar. Oleh itu, darah tersebut adalah permulaan kiraaan haid baru. Berikut jadual kiraan bagi situasi wanita (A) tersebut:

cara mengira hari istihadhan dan hari haid

Secara konklusinya, kaedah kiraan tempoh suci antara dua haid sangat penting bagi membezakan darah yang keluar dalam tempoh haid mahupun darah istihadhah yang keluar pada tempoh suci. Tambahan pula, hukum wanita dalam istihadhah (mustahadah) dianggap wanita suci dan boleh melaksanakan ibadah seperti solat, puasa, iktikaf dan membaca al-Quran. Akhir kata, semoga panduan kiraan tempoh tersebut dapat memberi manfaat kepada semua dan marilah berdoa agar  kita diberikan kefahaman yang baik dalam beragama. Ameen

Post a Comment

9 Comments

  1. Yaaa makaseh Sunah, ini leee yang selalu aku baca dan fahamkan juga mentelaahnya..sebab diri sendiri dah rasa...tapi bila dah faham, senang kita nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..simpan sini buat rujukan takut2 nak rujuk satu hari nanti...

      Delete
  2. Allah.. kena amek tahu betul2 urusan ni. berkaitan dengan solat kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye siti...perempuan lelaki kena tahu...nanti ada bini, tak tahu pulak nak handle..haaa

      Delete
  3. Kenapa tak tulis ni adalah rujukan dari mufti wp? Cp sebijik tapi tak tulis langsung citation

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baca betul2 tak encik/cik/tuan/puan? Saya dah tulis kat perenggan keempat, tak sebiji ya...mungkin encik/cik/tuan/puan tak baca dari atas ekkk

      Delete
    2. Main tuduh je dia ni. Xfocusa tu bila baca

      Delete
  4. macam mana pulak dgn pembezaan warna dan ciri darah ya? katakanlah hari slps 15 hari tu masih keluar darah dan darah yang keluar pekat serta berbau. masih dikira istihadah ke?

    ReplyDelete
  5. Bulan ni merasa Ammi perkara ni. Bersih betul 2 hari kemudian keluar semula. Terus tercari2 apa nak dibuat

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com