Raya Dah Nak Dekat!

Raya Dah Nak Dekat! | Ye, hari ni dah 28 Ramadhan. Tinggal tiga hari ni je lagi, dah nak masuk 1 Syawal. Cepat sungguh rasanya masa berlalu. Tak sangka dah hampir sebulan kita berada dalam bulan puasa. So macam mana dengan persiapan raya uols?

Tadi saya baru aje kemaskan barang-barang kat ruang tamu rumah sewa ni. Mana yang perlu disisihkan, saya angkut bawak keluar letak depan rumah. Sebab hari ni hari lori kitar semula kutip barang. Tapi saya tak sure lah, lorinya dah lalu ke tak sebab tadi bangun lewat sikit. Adeii. Harap-harap, adalah nanti dia lalu. Kalau tak, kena la angkut balik masuk dalam.

pelita raya 2020

Semalam pulak, dah pasang pelita kat pagar rumah. Pagarnya kak Ajan dah siap cat warna kuning. Senang kalau kawan-kawan atau delivery person nak datang cari rumah lepas ni katanya. Haha! Peti surat pun tukar baru sebab yang lama dah pecah, guna aje balang tinggi tu, spray dengan warna merah. Kreatif tau kak Ajan ni.

Barang-barang untuk masak lauk-lauk pagi raya dah beli dah jugak semalam. Tahun ni sebab raya rumah sendiri aje, tak balik kampung, saya dengan Nada dah plan nak masak Rendang Ayam, Rendang Daging, Kuah Kacang, Ketupat Palas, Lontong dengan Sambal Jawa. Kawan dia pun sorang menumpang raya sekali nanti.

tudung labuh hijab galeria

Tudung raya da sampai beberapa hari lepas. Beli kat Hijab Galeria aje. Murah dan patuh syariah gitu. Haha. Baju raya buat sepasang aje tahun ni. Petang kang baru boleh ambil kat tailor. Sepatutnya sedondon lah dengan family suami kat Kedah nun, tapi nampaknya kitorang berdua je lah yang tak balik raya tahun ni. Kakak ipar abang ipar semua duduk Kedah sana dah. Mesti suami rasa sedih sikit pagi raya nanti.

Nak hias rumah ni macam blur pulak nak buat macam mana. Sebab first time kan sambut raya kat rumah sewa ni, jadi lost pulak nak susun atur perabot semua. Ceh, macam la banyak perabot kat rumah ni. Kosong aje. Haha! Ada beli gak alas meja tapi tak tahu la sempat sampai before raya ke tak. Lambat betul seller tu pos barangnya. 

Langsir tak tukar baru pun, tak sempat nak beli. Takpe lah sebab mungkin tak menerima tetamu pun raya ni, raya sendiri-sendiri je ok lah kan. Asalkan rumah bersih dan kemas, udah.

Nak OOTD, OOTD kat pagar kuning tu aje lah nanti. Haha!

11 comments:

  1. Pi beli langsir kat IKEA oii, rm14.90 jerr ko hahahaha siap sepasang tau..sis ko pun terjebak sama hahaha tapi beli lain lee, kena tebal sikit uma aku ni huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kee...murah gak tu...tengok la nanti kalo sempat..da hujung2 ni malas rasanya nak keluar membeli belah lagi..mesti crowded sana sini..

      Delete
  2. Patuh syariah yg paling penting... syabas!

    ReplyDelete
  3. semangat nak raya, syabas bete

    ReplyDelete
  4. jiran2 dah start pasang lampu kelip kelip ...

    ReplyDelete
  5. tahniah kerana sudah membuat persiapan raya yang terbaik..

    saya hanya untuk tahun depan jelah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com