Resepi Chocolate Almond Cluster Sedap, Guna Dua Bahan Aje

Resepi Chocolate Almond Cluster Sedap, Guna Dua Bahan Aje | Raya dah nak dekat, so uols da buat kuih raya ke? Saya baru aje start buat semalam, tu pun mungkin juga yang terakhir sebab dah malas nak buat yang lain. Haha. Tak lah, sebab dah ada banyak sangat kuih raya nya yang Nada bawak balik dari office.

Saya buat kuih raya paling simple, guna dua bahan aje. Siapa yang tak ada oven pun boleh buat kuih raya ni. Simple tapi sedap tau! Dan sedap sangat bagi penggemar coklat berkacang. Haha. Kuih apakah itu?

chocolate almond cluster

Ni dia, Chocolate Almond Cluster, atau kalau orang Jepun macam kita ni sebut, Coklat Badam jerrrr. Senang sangat, dua bahan utamanya adalah badam dan coklat masakan. Badam tu, uols boleh pilih sama ada nak guna badam hiris (almond stripes) atau badam cincang (almond nibs).

chocolate almond cluster guna dua bahan

Coklat masakan ada banyak jenis dan jenama kat luar nun. Uols boleh pilih nak dark chocolate atau milk chocolate. Nak white chocoloate? Strawberry chocolate? Orange? Green Tea? Sukati uols lah! Ada orang cakap, gabung milk dengan dark chocolate pun sedap. Tapi saya guna milk chocolate saje sebab nak jimat kan.

cara buat chocolate almond cluster

Sebagai hiasan, saya tambahkan edible gold dust dan gold sugar beads untuk naikkan serinya. Nampak lah lain dari yang lain khennnn. Gigih seketul Sunah. Hurmmm. Kalau uols tak nak buat benda ni pun takpe. Kosong aje dah cukup dah, sedap pun iye dah sedap.

Nah saya share resepinya.


Chocolate Almond Cluster
Saiz: 4 1/2 balang kecil
Masa penyediaan: 2 jam

Bahan-bahan:
500 gram badam hiris
500 gram milk chocolate coins

Hiasan (optional):
Edible gold dust
Edible gold sugar beads

Cara-cara membuatnya:
  1. Sangai sekejap badam sehingga masak atau keperangan. Saya bakar sekejap dalam oven pada suhu 160'C, 15 - 20 minit. Bila dah masak, keluarkan dan biar sejuk sekejap.
  2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Bila dah cair, gabungkan dengan badam hiris tadi dalam satu bekas besar. Gaul rata.
  3. Sediakan papercup, sudukan adunan badam coklat ke dalam papercup sehingga habis. Hias dengan edible gold dust dan gold sugar beads.
  4. Masukkan ke dalam peti ais selama 2 - 3 minit untuk bekukan coklat. Keluarkan, dan simpan dalam balang pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari.
resepi chocolate almond cluster
Sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk, coklat masih cair

resepi chocolate almond cluster
Selepas dimasukkan dalam peti sejuk selama 2 - 3 minit, coklat membeku dan tak cair pada suhu bilik

Tips:
Untuk elakkan adunan coklat badam membeku semasa proses menyudu ke dalam papercup, seeloknya badam dan coklat cair digaul dalam loyang, dan letak atas periuk berisi air panas (periuk double boil sebelumnya, jangan buka api - kita nak wap panas tu saje kena pada loyang).

23 comments:

  1. Terima kasih SS share resipi dan tips.Mohon untuk PC tiru ya.

    ReplyDelete
  2. sedapnya.... tapi mana lah nak cari bahan, nak beratur kat kedai bakery tak sanggup... lepas raya baru cuba hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa itu lah kak..saya hari tu pun alhamdulillah sempat beli time orang tak ramai...kalo sekarang, mampus ekkk nak beratur

      Delete
  3. menarik nie, lagi pun senang....kalau jumpa almond boleh lah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah senang nak buatnya..saya sarankan buat lah 1kg terus..hahahahha

      Delete
  4. oh mudah ja. tapi coklat beryls tu nak kena pi ke bandar besaq lah jawabnya. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat jenama lain pun bolehhh asalkan coklat masakan yang boleh dicairkan

      Delete
  5. Betul.saya ke Mydin mall mutiara Rini hari tu kena beratur panjang.



    ReplyDelete
  6. sekarang ni kuih raya di makan sewaktu moreh :-)

    ReplyDelete
  7. best video ada muzik latar hari raya..

    alhamdulullah pandai buat biskut sendiri..

    jimat belanja

    ReplyDelete
  8. Waaa ada gold dust tu. Mewah2. Hehe

    ReplyDelete
  9. pergh..mahal ni. menarik betul siap ada golden dust dengan beads.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tu lerrrr...untuk makan sendiri boleh lerrr...nak jual, tak payah letak..hahaha

      Delete
  10. Senang dan sedap ni, kalau rajin nak buat, kalau tak, pi uma ko je makann hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jangan wehh, rumah aku macam da tak cukup ni..hahahahha

      Delete
  11. buat je habis..buat je habis. ni dah tiga balang tu dah siap tape. tak kasi anak-anak bukak

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com