Ticker

6/recent/ticker-posts

Keledek Goreng Semalam

Keledek Goreng Semalam | Pagi ni masuk office macam biasa, sebelum pukul 9 dah kena ada kat office. Semalam hari yang agak sibuk kat office ni, ramai klien datang untuk meeting dengan my boss. Ada lah tu projek baru diorang.

Dari pagi sampai petang, saya pun sibuk jugak kat pantri office, tolong boss buatkan air kopi untuk klien dan susun makanan untuk jamu diorang. Pagi sarapan roti canai, roti telur. Tengahari boss order FoodPanda, tapi saya dah bawak bekal Egg Wrap dari rumah.

Lepas Zohor klien datang lagi dalam 7 orang, yang ni hidang pisang goreng, keledek goreng dengan bayam celup tepung. Tapi ada special request gak, klien tu belum sempat lunch, jadi dia nak roti bakar. Keluar lah staff boss sorang lagi untuk belikan roti bakar.

Hari ni masuk office, semua tak sampai lagi. Maka, mengemas lah saya bilik mesyuarat tu, segala air botol minuman dan air kotak yang tertinggal atas meja mesyuarat. Vakuum karpet juga sebab serpihan-serpihan dari gorengan jatuh ke lantai. Lap meja dengan Kleenso untuk bunuh segala germ yang tak nampak dengan mata kasar.

Masuk pantri, kemas sinki, basuh jag air kopi semalam. Then bukak peti ais, eh ada lagiii sikit pisang goreng dengan keledek goreng semalam. Saya keluarkan dan panaskan dalam microwave sementara tunggu yang lain sampai.


Haa, boleh lah buat sarapan pagi kan. Padahal dah bawak buah hari ni untuk isi perut. Sebab tengahari nanti nak keluar pergi lunch kat Toppen lak. Nanti kita share ek lunch apa hari ni. Hihihi. Ok lah, have a good day ahead semua~~~!

Post a Comment

9 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com