Ticker

6/recent/ticker-posts

Balik Sarawak, Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Balik Sarawak, Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 | Awal Oktober lepas, 2hb, ciksun balik ke Bintulu, Sarawak setelah setahun lebih tak balik. Kali terakhir ciksun pulang ke kampung adalah pada hari raya tahun lepas. Bila dah mula PKP pada 18 Mac 2020, ciksun terus tak boleh balik ke kampung sebab sekatan rentas negeri.

Kalau tak, biasanya bulan puasa ciksun tentu akan balik. Ikutkan, boleh aje ciksun balik ikut program menghantar pulang pelajar kampus dulu, tapi bila fikirkan risiko bawak balik virus yang tak nampak ni, jadi gerun pulak. Jadi takut sebab kat kampung tu ada mamak dan bapak yang high risk. So ciksun pun hold dulu lah sampai jadi setahun lebih tak balik.

Bila dapat peluang balik walaupun sekejap ni, ciksun bersyukur sangat-sangat. Walaupun beberapa hari sebelumnya, ciksun tak berapa sihat, diserang demam, tonsilitis dan jangkitan bakteria, alhamdulillah hari Khamis tu ciksun dah ok sikit. Badan masih ada bintik-bintik merah lagi sebab jangkitan bakteria dalam darah, tapi demam dan tonsilitis dah kebah masa tu. Hari Khamis tu ciksun half day, petang dalam pukul 5 lebih, ciksun dah drive ke KL.

Ciksun bawak steady je, tak bawak laju-laju sebab tangki minyak hitam ciksun problem sikit, minyak leaking. Dalam pukul 9 malam, ciksun sampai rumah sewa encik suami kat Pantai Hillpark. Masa tu pinggang ciksun dah sakit sangat-sangat macam nak tercabut. Malam tu ciksun terpaksa telan panadol actifast sebab nak bagi hilang sakit tu sekejap supaya ciksun boleh tidur dengan selesa.

Esok paginya, encik suami yang hantar ciksun ke KLIA2. Prosedur kat airport tak jauh beza sangat dari biasa. Hanya tambah kena check in MySejahtera kat entrance dan check suhu kat dahi, then masuk entrance daftar masuk pun kena check suhu lagi tapi yang ni diorang saring guna kamera khas yang kita tak payah nak singgah tala dahi tu. Diorang guna thermal scanner untuk lancarkan proses masuk ke bahagian check in. Kita hanya perlu lalu aje, jangan berhenti tengah-tengah tu, nanti jammed pulak.

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Bila da dapat boarding pass (sama ada melalui kiosk atau kaunter check in), boleh lah masuk boarding hall. Dalam keadaan sekarang, ground staff tak akan sentuh langsung boarding pass kita. Diorang akan guna infrared scanner untuk scan barcode pada boarding pass. Nak masuk boarding hall tu pun, kena scan sendiri boarding pass dekat mesin dan tunjuk IC kepada ground staff tu. Bila dia perlu sangat-sangat, baru dia pegang agaknya dengan sarung tangan. Tapi setakat yang ciksun nampak hari tu memang semua non-contact lah. Ni semua kat KLIA2 ye, kalau KLIA, ciksun tak pasti sama ke tak macam ni.

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Tunggu kapal terbang sampai, kena jaga jarak fizikal dengan penumpang lain. Duduk hanya pada kerusi yang tak ada tanda X. Nak naik kapal terbang, sama macam dulu, ikut zon masing-masing, tapi kena jaga jarak 1 meter. Masa ciksun balik Bintulu Jumaat pagi tu, penumpang tak ramai. Flight attendant siap announce boleh tukar seat in case ada yang nak duduk seorang dan tak selesa duduk dengan orang lain. Ciksun pun pindah dari seat 18D ke 17F. Pindah ke depan aje, nak sebelah tingkap gitu.

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Flight attendant semua pakai mask, sarung tangan dan eye protector. Sebelum take off, diorang akan buat pengumuman keselamatan macam biasa. Tapi kali ni ditambah dengan extra step untuk pemakaian oxygen mask bila cabin pressure rendah. Kena tanggalkan mask muka dulu sebelum pakai oxygen mask in case perlu. Ye, semua penumpang kena pakai face mask dalam flight dan kena kerap sanitize tangan, flight attendant akan ingatkan sebelum take off.

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Flight attendant jugak akan edarkan borang health declaration untuk masuk ke Sarawak bagi penumpang yang belum buat secara online. Ciksun dah buat awal masa nak on the way ke airpot dekat website Sarawak Disaster MC. Borang ni kena isi dalam tempoh beberapa jam sebelum naik flight sebab ia valid 12 jam sahaja. Kena declare segala perjalanan kita dalam tempoh 14 hari sebelum fly masa isi borang ni, then bila dah submit, akan ada QR Code yang kita kena screenshot. QR Code ni lah yang kita kena bagi pegawai masa sampai airport nanti.

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Dalam perjalanan, ciksun makan Nasi Lemak Pak Nasser yang encik suami dah order siap-siap masa buat online check in. Oh, masa balik Bintulu ni ciksun balik seorang. Sepatutnya encik suami ada sekali tapi last minute dia ada meeting hari Jumaat tu. So, dia balik berasingan dengan ciksun, iaitu hari esoknya Sabtu. Sayang betul makanan encik suami dah bayar tapi tak check in kan. Flight attendant tu ada sebut nama dia tapi ciksun tak sempat nak panggil, dia da ke belakang dah. Bila pakai face mask ni kita jadi susah nak bercakap, nanti orang tak dengar, haha!

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Bila dah mendarat, kena turun tiga baris, tiga baris dengan jarak 30 saat antara 3 barisan. Flight attendant akan guide kita supaya ikut rules tu. Berdiri menunggu adalah tak dibenarkan sama sekali. Kalau dulu-dulu kan kita boleh berdiri tunggu antara tempat duduk tu lepas ambil beg dekat atas tempat duduk, kali ni tak boleh dah sebab diorang nak minimakan contact antara penumpang dan jaga jarak fizikal.

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Sampai Bintulu Airport, ground staff dan pegawai KKM siap pakai PPE yang sambut kita, diorang bagi arahan untuk berbaris dalam satu barisan dengan jarak 1 meter. Nasib baik penumpang tak ramai sangat, jadi takde la lama sangat berbaris tu. Masa ni la kena tunjuk QR Code e-Health Declaration yang kita screenshot sebelum fly tadi.

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Staff KKM akan scan QR Code tu dan semak maklumat yang kita isi. Kalau kita tukar tempat duduk dalam flight, dia akan update kat situ. Dia akan confirmkan balik negeri-negeri yang kita pergi dalam tempoh 14 hari sebelum fly. Dah lepas satu check point ni, kena pergi check point hand sanitization.

Kat sini, staff KKM akan tanya pulak kita datang sini untuk apa dan berapa lama. Dah pernah buat Swab Test ke tak? Alamak. Memang ciksun tak pernah buat ye. Kalau tak pernah, staff tu akan bagi kita medical form untuk buat RT-PCR test dekat medical team check point. Aduuu, kena buat jugak la ni nampaknya. Ciksun tengok ada jugak penumpang yang dah buat RT-PCR test tu sebelum fly, mungkin sebab bekerja di Sarawak, jadi diorang buat siap-siap atas arahan company.

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Sebelum pergi medical check point, ciksun kena lalu imigresen dulu untuk cop masuk Sarawak. Yang ni kejap aje, bagi IC nanti dia key in aje kat komputer tu. Kalau orang Semenanjung, akan dapat satu slip imigresen yang uols kena simpan elok-elok, nanti nak balik kena tunjuk semula slip tu kat kaunter imigresen.

Then tibalah masa yang paling cuba dielakkan, kaunter medical team untuk buat Swab Test COVID-19. Aduhai. Ciksun berusaha untuk relaks, tapi tetap ada rasa gerun dalam hati sebab dengar semua orang cakap sakit sampai keluar air mata. Tapi ada cousin ciksun pernah buat sebelum ni, dia kata tak sakit pun cuma geli-geli aje masa staff KKM nak keluarkan swab tu. Hmmm, okay ciksun cuba fikir positif dan relaks walaupun nampak orang sebelum ciksun sampai keluar air mata. Errr.

Pengalaman Pertama Kali Kena Swab Test COVID-19 Kat Airport

Staff KKM tu suruh duduk, then dia tanya, dah pernah buat Swab Test ke sebelum ni? Ciksun jawab belum. Then dia suruh dongak sikit, first dia masukkan swab ke dalam lubang hidung sebelah kanan. Pelan-pelan aje dia masukkan sampai dalam, sebelum dia pusing-pusingkan swab tu. Oh, betullah, tak sakit pun sebenarnya bila kita relaks dan tak keraskan badan. Then dia keluarkan pun pelan-pelan aje, langsung tak keluar air mata ciksun, bagus betul staff ni!

Then second dia suruh nganga mulut sambil sebut "aaaa". Beberapa kali gak ciksun sebut "aaaa", "aaaa" nak bagi dia jolok swab tu dekat anak tekak and ambil sample sekeliling tonsil. Sampai geli-geli rasa and ciksun takut kalau-kalau termuntah or terbatuk. Tiberrr dia tanya, "akak sakit tekak ke?" sambil keluarkan swab. Alamak, kantoiii! Haha. Ciksun pun jawab, baru baik dari tonsilitis ni. Ye lerr, sakit tekak kan salah satu simptom COVID-19, jadi diorang kena jaga-jaga. Lepas tu siapp, ciksun pun terus keluar airport dan balik rumah.

Tak perlu kuarantin sebab masa tu ciksun sampai Sarawak 2 Oktober. Bermula 4 Oktober 2020, baru lah semua yang masuk Sarawak kena kuarantin 14 hari. Sebabkan ciksun sekejap aje kat Bintulu tu, result pun ambil masa 3 - 5 hari nak keluar, tapi setakat ni memang KKM takde call pun. Maksudnya result ciksun alhamdulillah negatif COVID-19.

Esoknya masa encik suami sampai, dia tak buat pun Swab Test tu sebab dah ada rekod pernah buat Swab Test, cuma tu rekod bulan Mac 2020 dulu lah. Adeii, boleh pulak ek lepas? Sabor je lerr. Haha.

Apapun harap-harap semua ok lah kan walaupun encik suami tak buat Swab Test. Hmm, tu je lah pengalaman ciksun buat Swab Test dekat Bintulu Airport. Lepas ni tak tahu lah kan ada lagi ke kena buat, harap-harap tak ada lah, mintak jauh.

Jaga diri ya semua, stay safe and terus patuhi SOP kalau kena keluar rumah.

Post a Comment

26 Comments

  1. Lamanya tak naik kapal terbang...
    Kan kan bukan sakit no lee swab tu...propa je tau derang ni hahaha tapi jika mmg ada perasaan takut, akan jadi lee seperti Nabil hahahahaha

    ReplyDelete
  2. best eh dapat pulang. Kamek bru plan mok pulang bila tangga tiket murah riya. sekali. kenak game lagik. embak sidak kiddos kena plan lok. hurm..

    ReplyDelete
  3. semoga baik-baik saja semuanya ye ciksun InshaAllah, amin.

    ReplyDelete
  4. Semoga baik-baik sahaja. Musim COVID ni memang banyak lah prosedurnya.

    ReplyDelete
  5. smoga dipermudahkan., kamek jaga kamek., ;p

    ReplyDelete
  6. keputasan test sebenar sehari setengah dah ada, tapi kita dinasihatkan call tanya selepas 3 hari, ambil masa diorang nak update dalam sistem kot. Tapi lepas tu kalau kkm tak call, maksud kita selamat lah tu, kalau memang positif cepat diorang akan cari kita.

    ReplyDelete
  7. tengah menanti result swab test dgn gemuruhnya.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Wow.. ada pengalaman kena swab... geli geli je ek rupanyaa.. walaupun geli2.. aku tetap x nak buat swab test tu.. mohon dijauhkan... Hahaha..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dapat ziarah keluarga.

    ReplyDelete
  10. merasa jugak sunah kena swab test. akak tak pernah kena lagi. Sebab tu akak kawal je diri ni dari kemana2. takut buat swab test sebenarnya..Hahahah

    ReplyDelete
  11. adoi takut nak buat swab test tu..hehe
    semoga dipermudahkan urusan akak dan sihat selalu :)

    ReplyDelete
  12. Adeh.. adeh... berdebarnya nak kena swap... nasib kamek x jd kursus ke jb minggu tok tek mun sik balit kch mesti kena swap juak

    ReplyDelete
  13. Rindu pula nk mkn pak nasser nasi lemak..lama xnaik flight...kna swab ni depend pd petugas juga kalau yg cekap tu dia cucuk tak sakit...org kata la hehe

    ReplyDelete
  14. uih..mengerikan sungguh kan..nasiblah ok je.Mesti perit ek hidung kena masukkan tiub tu

    ReplyDelete
  15. Thanks share cik sun. Memang tak pernah naik kapal terbang since musim covid ni. Cuma curious, swab test tu untuk semua destinasi ke sarawak sahaja?

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah terubat rindu bertemu keluarga.

    ReplyDelete
  17. tengok orang lain buat swab test macam sakit je. alhamdulillah result ciksun negatif.
    moga cepat lah wabak covid 19 ini berlalu pergi

    ReplyDelete
  18. akak pun terikut aaaa.. aaaa.. jugak baca bab swab test tu, haha

    ReplyDelete
  19. pernah buat sekali swab test masa bulan May lepas. Kita nak terbersin kak .. Siap mata semua merah.. air mata keluar hahaha.. T_T

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah selamat sampai di kampung dah. Selamat berehat bersama orang orang tersayang di kampung. Semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sembuh. Aaaminn...

    ReplyDelete
  21. Terubatlah rindu ehkkkk dapat pulang ke kampung..

    ReplyDelete
  22. mama paling takut swab test tapi bila baca ni nampaknya kita kena relaks kan body ye baru tak sakit

    ReplyDelete
  23. Lama tak pergi Sarawak...rasa macam nak pi Me time kat SArawak la....tapi bukan sekarang la...tahun depan la kot...

    ReplyDelete
  24. Uitt seramm. Tengok orang kena jolok pon dah rasa ngilu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com