Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

"Pretty & Nice" Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor | "Find Pretty Things, Do Pretty Things, Feel Pretty With Us" katanya. Seronok baca kata-kata tu. Siapa je yang tak suka benda cantik? Tak kisah lelaki ke perempuan, memang Allah bagi hati yang senang melihat kecantikan. Malah, kalau kita rasa diri kita cantik pada satu-satu hari, mesti hari tu aura positif berlegar-legar sekeliling kita. Sebab apa? Sebab level konfiden kita naik tinggi cecah gunung Everest.

Orang kata, cantik tu subjektif!

Warga JB yang suka cantik-cantikkan diri, uols tahu tak dekat The Lakefront, Kota Southkey ada Beauty Co-Space yang uols boleh buat macam-macam aktiviti berkaitan kecantikan dan penjagaan diri kat situ? Dikenali dengan nama A Loft Affair (ala), diorang menyediakan Pretty & Nice Beauty Co-Space yang fokus utamanya adalah Studio, Workspace dan Event.

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

CEO & Founder ala, Lady Nora, berkongsi bahawa diorang dah start ala ni as club of ladies entreprenuer sejak tahun 2016 lagi. Dengan tagline "Inspire, Empower, Engage", diorang banyak buat aktiviti bersama dalam kelab dan join juga aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor. Fokus mereka, untuk memberi inspirasi kepada wanita lain di luar sana, kat mana-mana pun uols berada, uols boleh berjaya jika ada kemahuan dan jalannya.

Lady Nora CEO & Founder A Loft Affair

Mdm Mi Founder Amaniz Academy

Puan Linda Founder Nura+ Serum

Sis Rita Management Advisor A Loft Affair

Ciksun sempat datang jenguk ala kat The Lakefront tu pada petang Selasa yang lepas, dan bertemu dengan wanita-wanita hebat yang bersama-sama bangunkan ala ni. Kat sini, diorang sediakan servis penjagaan diri, kelas-kelas kecantikan, dan juga ruang untuk uols berkumpul bersama rakan-rakan dengan minat yang sama.

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Contohnya ruang Oh My Pretty Seat! ni, uols boleh sewa half day (RM59) atau full day (RM89) untuk perkhidmatan manicure, pedicure dan juga kalau nak buat LIVE Talk pun boleh! Menarik gila kalau duduk situ buat talk, dan buat event dalam small group. Pretty vibes tu jelas terasa dengan pilihan perabot dan hiasan comel-comel .

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Bagi ruang Pamper Me Corner pulak, uols boleh sewa half day (RM79) atau full day (RM109) untuk perkhidmatan facial, eyelash, eyebrow dan juga massage. Diorang sediakan two beds khas untuk uols datang dengan bestfriend uols, untuk buat rawatan penjagaan diri serentak.

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Manakala kalau uols datang nak buat beauty or health talk dalam small group (maksimum 10 pax), uols boleh sewa Boss Babes Lounge untuk half day (RM100) atau full day (RM180). Untuk sewa semua yang ciksun sebut kat atas tadi, uols boleh contact terus Sis Rita (http://www.wasap.my/60188735154), in case ada apa-apa pertanyaan tentang pakej-pakej tu pun boleh terus tanya, ok?

Selain dari pakej kat atas, ala jugak ada Korea Mobile Spa Academy yang buat spa dari rumah ke rumah serta mengajar orang lain macam mana nak buat mobile spa. Kelas make up secara individu atau dalam kumpulan kecil pun ada by Amaniz Academy. Jangan tak tau, dah ramai juga MUA yang dihasilkan dari akademi ni tau. Dan satu benda paling best, ala ada serum muka jenama sendiri, NURA+ yang bahan utama di dalamnya adalah cincau. Erkkk!

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Seriusss! Rupanya cincau atau grass jelly sangat bagus untuk kulit. Kandungan anti-oksida yang tinggi kat dalam cincau membolehkan bahan ni menurunkan suhu dengan kadar yang sangat cepat. So, bila letak dalam serum dan apply kat muka, ia membantu memberi lembapan secukupnya pada kulit muka dan maintain kulit kita supaya sentiasa terhidrat.

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Pretty & Nice - Beauty Co-Space @ A Loft Affair, Kota Southkey, Johor

Untuk maklumat lanjut tentang semua pakej dan produk ala, uols boleh belek Facebook or direct contact diorang ya!

Pretty & Nice Beauty Co-Space
A Loft Affair
Blok C-215, The Lakefront, Kota Southkey, Johor

Email:
loft.brown@gmail.com

Facebook:

Instagram:

8 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com