Ticker

6/recent/ticker-posts

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru | Hujung bulan lepas, ciksun ajak encik suami datang JB. Alang-alang dia pun ada appointment dengan client kat Muar, ciksun paksa rela dia untuk terus ke JB lepas tu. Ye lerr, da lama tak jumpa kannn, last jumpa beliau masa ciksun pergi Nilai atas urusan kerja hujung bulan Ogos, dia datang office hantar Nasi Dagang Terbang. Begini lah kan kalo PJJ, sekali-sekala aje dapat jumpa, huhuhu.

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Encik suami datang hari Ahad, ciksun book terus Deluxe Room dekat GBW Hotel, Johor Bahru. Diorang kan tengah ada promo Fantastic Stay Deal 2 Hari 1 Malam pada harga RM140 aje untuk Deluxe Room dan lengkap dengan Set Breakfast dan Set Dinner. Memang berbaloi-baloi lerr kalo ciksun book staycation kat sini kannn, tak payah pening-pening fikir nak breakfast dan dinner kat mana dah. Semua dah lengkap!

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Ni bilik ciksun hari tu, Deluxe Room dengan 1 katil Queen. Bukak pintu memang terus begitu lah, jumpa wardrobe dulu, pantry, bilik air dan bedroom. Dalam bilik air ada shower dan tandas duduk, lengkap dengan toiletries dan hairdryer. Masa kitorang da dalam bilik tu, pihak housekeeping tekan loceng untuk hantar towel.

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Dalam wardrobe ada safety box, tapi untuk Deluxe Room ni tak ada iron ya. Nak iron, kena call housekeeping. Diorang akan hantar ke bilik dan kita boleh guna sejam aje. Lepas sejam kena letak balik kat luar pintu bilik. Tapi masa ciksun guna hari tu, dah letak luar bilik lepas guna, sampai pagi esok masih kat luar pintu bilik. Maksudnya tak ada sape yang nak guna la tuu lepas ciksun pakai.

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Bilik ciksun, tingkapnya mengadap Selat Tebrau. Jadi akan nampak sunrise dari bilik. Belah bawah pulak nampak swimming pool, tapi entah kenapa lah ciksun tak ambil gambarnya ek? Oh, kat sini kalau nak guna swimming pool kena bagitau receptionist dulu sebab diorang limitkan berapa orang dekat pool tu. Untuk gym pulak, uols boleh turun aje guna sebab memang tak ramai pun orang masuk gym. Encik suami masuk sekejap je hari tu, lepas tu dia naik balik sebab dah nak maghrib masa tu. Ermm, gambar takde lagi, adeii.

Lepas Asar hari tu encik suami ajak keluar pergi mall depan GBW Hotel tu, R&F Mall. Jalan kaki aje kitorang dari hotel, naik jejantas ke seberang. Encik suami sempat rembat sehelai t-shirt dekat salah satu kedai kat dalam mall tu sebelum kitorang mengopi dekat San Francisco Coffee sambil tunggu nak Maghrib.

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Masa kitorang staycation hari tu, Sis Lin pun duduk kat sana gak dengan encik Sabar. Memang ajak duduk sama tarikh, haha! Jadi malam tu lepas Maghrib kitorang dinner sesama kat D'Mezzanine Coffee House. Nak tau tak ciksun makan ape? Nasi Ayam Berkokok, nkoo hado? Hahaha! Curlasss kan nama dia, rupanya macam Nasi Ayam Penyet aje tapi sambal dia yang beza haaa. Ciksun try sikit je, mak ai pedas gak, lepas tu kasi dekat Sis Lin, suruh dia habiskan. Haha.

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Diorang bertiga makan Japanese Bento, semua order Salmon Teriyaki Bento. Agak lama jugak kitorang tunggu makanannya, mungkin kena import dari Jepun atau kena pancing ikan Salmon dulu hahaha 😝 Tapi walaupun tunggu punya lama, alhamdulillah sedap sehh set bento tu! Salmon dia tak hanyir, encik suami pun licin habiskan semuanya. So, very recommended ye menu ni! Hihi.

Lepas makan tu, kitorang sempat lagi menyinggah bilik Sis Lin kat Premier Room. Perghh besar giler bilik dia tau, uols boleh tengok sendiri kat SINI. Bilik Sis Lin menghadap CIQ Johor Bahru. Sempat ciksun snap gambar dari tingkap bilik dia, suasana CIQ Johor Bahru pada waktu malam. Hmmm, memang sunyi sepi ye uolss sejak sempadan Singapura-Malaysia ditutup asbab pandemik ni. Kalau tak, dulu-dulu CIQ tu memang sampai ke pukul 10 malam pun masih sibuk.

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Then balik bilik, tidur. Perghhh sejuk gilerr tau aircond bilik yang bising betul bunyinya, pakai selimut pun masih menggigil. Pukul berapa tah ciksun bangun pergi toilet lepas tu tutup aircond and sambung tidur. Sedar-sedar dah Subuh, haha.

Dalam pukul 7.++ pagi kitorang turun ke lobi untuk breakfast dekat D'Mezzanine Coffee House juga. Semalam, masa check in, receptionist dah tanya dulu nak breakfast pukul berapa. Ye lah, sekarang kan kena ikut SOP, so diorang kena had kan berapa orang guest yang datang makan dalam satu-satu masa. So, kitorang dah book pukul 7.00 - 8.00 pagi tu.

Menu buffetnya macam-macam ada, tapi ciksun tak ambil lah gambar beriya sangat, just ambil gambar makanan yang ciksun ambil aje. Boleh tengok dalam pinggan ciksun kat bawah ni. Ada bihun goreng, nasi goreng, nasi lemak, lauk-pauk, hidangan English Breakfast, bihun soto, omelette, bubur nasi, buah-buahan, roti, dan popiah goreng. Paling menang dalam pinggan tu adalah Rendang Kambing tu haaa. Ya Allah sedap gilerrrrr! Jangan tak tau, Sis Lin siap bangun tambah lagi tiga ketul hahaha. Kami kan pencinta kambing sejati 😆

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

Lepas breakfast, Sis Lin terus check out sebab dia ada hal nak uruskan pernikahan anak saudaranya kat Pejabat Agama, saya dan encik suami pun check out jugak walaupun mulanya kitorang ingat nak rilek-rilek dulu ambil gambar dekat swimming pool and gym. Tapi dibatalkan hasrat tu sebab ciksun tak berapa sihat pagi tu, lepas checkout terus hantar encik suami ke Larkin Sentral, then pergi klinik UTM.

Begitulah kisah staycation singkat kami. So kalau uols rasa-rasa nak feeling bercuti tapi tak nak pergi jauh-jauh sangat dalam waktu sekarang, boleh lah try staycation dekat GBW Hotel ni, promo Fantastic Stay Deal 2D1N tu diorang dah extend sampai 31 Disember 2020 tau! In case uols nak upgrade ke bilik lain, haa tambah je lerr ongkosnyeee!

Staycation 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room, GBW Hotel, Johor Bahru

GBW Hotel
9R, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru, Johor

Any inquiries on promo package mentioned above:
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558

Website:

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

13 Comments

  1. Replies
    1. ya pakai panorama setting ya aien...sik juak beso bilitnya..tapi muat la untuk solat etc, ya paling penting..hihi

      Delete
  2. Bukan senang nak masak sedap tu.. Sebab tu kena tunggu lama kot sunah..hahaha

    ReplyDelete
  3. best duduk ngadap laut, kangkar pulai takde laut, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, kena duduk GBW la macam tu mintak bilik ngadap laut hahahah

      Delete
  4. Best la staycation...terus jeles..hahaha....cantik pemandangan...nanti kalau lepas ke JB nak cuba la stay sini...

    ReplyDelete
  5. Selesa dan nyaman menginap di sini, puashatiii..
    Paling ebst makanannya, sedap gilee rendang kambing tu..ermmmmbekkkkkk

    ReplyDelete
  6. Memang puas hati stay di gbw hotel. Ank pon puas berlari. Hehe. Rasa mcm duduk rumah je kan.

    ReplyDelete
  7. syok yer pagi2 makan rendang kambing

    ReplyDelete
  8. best!nampak bilik besar..uish siap double date tu..hehe

    ReplyDelete
  9. Okay juga Deluxe room ni. Dapat view balik pun cantik. Dekat dengan Mall senang lah nak jalan jalan kan. Alahaii tunggu makanan lambat tu yang tak best tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com