Terima Kasih Encik Suami Belanja KFC Buy 1 Free 1 | Semalam, lepas Maghrib gitu encik suami whatsapp, dia tanya dah dinner ke belum. Ciksun masa tu memang belum dinner lagi, tengah sibuk setup TV kat rumah yang baru sampai, housemates beli dari Shopee. Bila encik suami tahu ciksun belum makan, dia pun terus offer nak KFC Buy 1 Free 1 tak? Wahhh. Mesti lah nak, kan! Orang nak belanja, takkan kita nak tolak. Ekekekeke.

Memula encik suami nak belikan guna apps tu dan hantar delivery ke rumah. Tapi sebab ciksun lambat reply dua tiga minit, dia transfer aje duit untuk beli KFC 🤣🤣🤣

Maka, ciksun malam tadi terus order untuk delivery hari ni 11 November 2020, pukul 12 tengahari. Bukan main tak sabar ye menunggu. Pukul 11.30 dah siap pakai tudung and cardigan, ye lah takut nanti budak delivery tu menunggu pulak kita bersiap. Tapi dari pukul 12 sampai lah 12.30, tak muncul-muncul budak KFC ni.

Ciksun dah risau dah, nak track kita punya order tak boleh. Apps KFC tak semesra Foodpanda atau GrabFood. Takde GPS tracker. Update tentang order kita pun tak boleh nak tengok, ada ke takde. Diorang hanya bagi email aje confirmation of order kita lepas buat tempahan guna apps malam tadi tu. Ciksun bukak kat Facebook KFC Malaysia, tengok komen-komen. Perghhh lagi risau sebab ramai dapat order selepas dua jam dari waktu permintaan. Mak ai, ciksun kesian kat dak Ibah je time tu sebab dia kan kat sekolah. Waktu lunch terhad. Adoiiii, macam mana ni?

Akhirnya pukul 1 ada bunyi hon motosikal depan rumah. Yeayyy, budak KFC da sampai! Alhamdulillah, selepas sejam dari waktu permintaan, dapat jugak KFC nya. Takpe lah, kita faham sangat kerja delivery ni. Lagi-lagi time promo, banyak tempat dia kena singgah. Tadi pun nampak beberapa tin lagi air Pepsi dalam raga motor dia. Tak lama lepas tu, Ibah pun update dalam whatsapp group, KFC dia da sampai jugak.

Terima Kasih Encik Suami Belanja KFC Buy 1 Free 1

Syukur, dapat jugak makan KFC yang diidam-idamkan. Share dengan kak Ajan untuk makan tengahari kami. So, nanti kalau orang tanya, apa yang ciksun beli untuk promo 11.11? Ciksun boleh jawab dah, KFC jerrkkk 😝

Terima kasih encik suami! I love you, I miss you!!!