Ikan Celup Tepung - ICT Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor | Eh, eh, rupanya tak masuk blog lagi cerita makan-makan dekat ICT Tanjung Penyabong, Mersing, ni. Ingatkan dah masuk dah dalam kisah kena landak laut masa snorkeling tu, rupa-rupanya belum. Jadi, boleh lah ciksun kongsikan kisah makan-makan ni kat sini.

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Kitorang pergi sini lepas penat snorkeling sekitar kepulauan Mersing tu. Dari jeti Mersing ke Medan Selera Tanjung Penyabong, ambil masa dalam 40 minit naik kereta. Sampai sana dah petang, dalam lepas Asar macam tu. Jadi kitorang solat dulu kat surau yang ada kat situ. Lepas solat baru lah join orang ramai berbaris kat gerai ICT.

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Ye, datang sini uols kena berbaris untuk pilih menu. Lantik lah seorang untuk masuk barisan. Yang lain pergi cari meja dan jaga meja. Nak tunggu giliran pilih menu tu lama jugak lah, maka boleh berganti-ganti menunggu. Air kalau dah order awal pun boleh habis segelas. Begitulah simbolik ramainya orang kat ICT ni.

Berbaloi ke tak menunggu?

Nah, ni yang kitorang order beramai-ramai.

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Boleh tahan sedap dan puas hati makan. Walaupun kawan ciksun cakap yang kat Tanjung Sedili lagi sedap, tapi sebab ciksun tak pernah makan ICT sebelum ni, ciksun puas hati dah dengan menu kat sini. Udang dia besar-besar dan jadi rebutan semua. Ikan fresh, ketam isi banyak. Cuma sotong tak ada atau lupa order, tak sure lak sebab dah tak ingat dah. Pisang goreng, keropok lekor dan satar ikan pun ada kat sini. Harga semua ni untuk tujuh orang makan, dalam RM190 kalau tak silap.

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Ikan Celup Tepung Tanjung Penyabong, Mersing, Johor

Lepas makan, kitorang pergi jalan-jalan kejap tepi pantai Tanjung Penyabong tu. Kalau waktu senja, mesti boleh nampak matahari terbenam kat sini. Tapi kitorang tak tunggu senja, nak segera balik ke rumah sebab esoknya ciksun ada event lain pulak kat JB.

In case uols nak cuba ICT ni, boleh lah datang dengan kengkawan or family ya! Waze aje, insya'Allah sampai.

11 comments:

  1. Makanan tu semua RM90 untuk 7 orang kira sangat berbaloi bagi Eza :)

    ReplyDelete
  2. Ramainya orang... Ya lamak nunggu yaa.. mun nyaman alu berpuas ati dengan kenak beratur panjang hooo...

    ReplyDelete
  3. Silalah bawa saya ke sana.. suka makan tepi pantai gitu..nyamannnn

    ReplyDelete
  4. Paling tak suka kalau order makan, tungu berjam2

    ReplyDelete
  5. Terliur tengok. Lama x makan ICT

    ReplyDelete
  6. Uishh kalau nampak seafood celup tepung ni tak tahu nak pilih mana satu. Semua rasa macam nak rasa. Bestnya tepi pantai boleh tengok sunset. Tempat lepak tu best trail batu ala jeti gitu. Cantik Tanjung Penyabong ni. Ada rezeki boleh datang sini.

    ReplyDelete
  7. wahh semua garing2 belaka., nyum nyum

    ReplyDelete
  8. bila la nak sampai Mersing nih.. xpernah pergi bercuti lagi ke kawasan johor

    ReplyDelete
  9. ya Allah terliur tngk.. patut bulan 12 ni plan ke Pantai Timur dgn mak.. tapi cancel adoii trbayang2 da celop tepung yang sedap2 belaka..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com