Ticker

6/recent/ticker-posts

Dah Masuk Bulan Februari, Tapi Belum Plan Baju Raya

Dah Masuk Bulan Februari, Tapi Belum Plan Baju Raya | Ye, dah masuk bulan Februari 2021. Kalau tahun lepas, bulan Februari ni tailor dah tutup tempahan buat baju raya. Mid April dah masuk Ramadhan, Mid Mei dah Syawal weiii! Sekejap betul masa berlalu! Tinggal dua bulan aje lagi nak puasa.

Dah Masuk Bulan Februari, Tapi Belum Plan Baju Raya

Tahun ni macam tak ada mood nak buat persiapan raya macam tahun lepas. Mungkin sebab masih dalam PKP. Dengan kes positif baru COVID-19 yang masih empat angka setiap hari, kurang yakin nak buat plan persiapan raya. Tahun lepas, masih ada mood tu lagi. Walaupun raya di perantauan dengan housemate, tetap berbaju raya dan berketupat rendang ye!

Baca juga:


Haa, ni baju raya tahun lepas. Tema hitam putih, kainnya abang ipar yang beli untuk semua ahli perempuan dalam keluarga mertua. Walaupun tak dapat meraikan Syawal bersama kat Kedah, masing-masing pakai jugak di pagi raya dan kongsi gambar. Tahun ni patutnya raya kat Sarawak, tapi nak beli tiket flight awal pun seram sejuk dibuatnya.

Kalau tahun-tahun sudah, bulan Disember dah start plan tema warna raya tahun depannya. Tahun ni, masing-masing senyap takde buka cerita. Haha. Agaknya semua pasrah kalau raya tak boleh rentas negeri. Tapi dibuatnya boleh rentas negeri dan kes menurun jadi satu dua angka, macam mana pulakkk???

Kita beli aje baju dah siap nanti. Hahaha!!!!

Post a Comment

20 Comments

  1. Kan ciksun. Sekarang ni takde mood dah nak beli baju raya. Tapi kesian la budak2. Kita dulu time raya seronok sgt. Tapi budak2 zaman now.... Hmm sambunglah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm tu lahh, moga2 cepat lah semua ni berakhir kan..

      Delete
  2. Sy dh pasrah jer takda raya tahun ni, setahun tak balik kampung 😪

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun lepas saya macam cikguzim, setahun tak balik kampung...huhu..alhamdulillah bulan oktober ri tu sempat balik..

      Delete
  3. Mood raya dah kelaut dalam. Tak plan lagi baju raya tahun ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la fiza..tak rasa macam raya pulak tahun ni..tapi kita tunggu dan tengok ya..

      Delete
  4. Saya rasa, saya recycle je baju raya tahun tahun lepas. :)

    ReplyDelete
  5. stay at home je raya ni.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  6. Terlintas juga nak ke Jakel weekend ni :p

    ReplyDelete
  7. Akak dah sip sedia dah malah macam terlebih plk sebab ada yang bagi jugak sebagai hadiah

    ReplyDelete
  8. Saya pun pasrah. Ada baju kurung beli konon nak pakai g wedding cousin tapi majlis x jadi. Tu jela jadi baju raya. Tulah kan, seriau nak beli tiket flight. Tengok keadaan lepas vaksin cmane

    ReplyDelete
  9. Aduhai... baju-baju raya tahun lepas pun ada yang belum dipakai. Tahun ni memang takde plan nak beli baju raya.

    ReplyDelete
  10. Alamaakkk pose kita belum abis ganti lagi.....!!!!
    OK raya mcm thn lepas je... Baju pun online hahaha
    Pakai pagi raya sbb nak snap gmbr je, pastu tukar suar n tshirt :-D
    Klu rumah sebelah menyebelah, bole hulur2 lemang ketupat kan :p

    ReplyDelete
  11. Harap2 sebelum raya dah dapat cucuk vaksin
    Dapatlah beraya sakan

    ReplyDelete
  12. I dah beliii! Dua helai lagik, sebab grab offer end year sale..Bahahaha..... And lagi satu, sunat memakai baju baru di hari Raya... Kalau dah x nak, boleh preloved.. tapi mostly, sayang nak preloved.. or bagi org.. Lol..

    ReplyDelete
  13. ammi memang dah 16 tahun beraya dengan baju beli siap. last year lagi 3 hari nak raya baru terhegeh2 order online pastu suruh je rider hantar. mujur dah penah beli dengan kedai tu jadi maintain size tukar color je

    ReplyDelete
  14. Baju raya aku dari tahun lepas ada 3 pasang tak pakai lagi, ni dah beli lagi dua pasang hahahaha..nampak tak raya sakan aku hahahaha

    ReplyDelete
  15. mcm takde mood tapi mama pun dah usha baju juga ni hihi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com