Sambal Asam Sarawak Untuk Makan Dengan Linut @ Ambuyat

Sambal Asam Sarawak Untuk Makan Dengan Linut @ Ambuyat

Sambal Asam Sarawak Untuk Makan Dengan Linut @ Ambuyat | Semalam, ciksun buat menu linut @ ambuyat untuk makan malam. Tepung lemantak nya mamak ciksun dah pos dari Bintulu, dalam minggu lepas dah sampai. Untuk makan linut @ ambuyat ni, paling sedap bila ada Sambal Asam cara Sarawak. Ciksun sebut aje Sambal Asam Sarawak, tapi mungkin tu juga Sambal Asam Bintulu or area tengah Sarawak. Area utara dengan selatan Sarawak, kalo sambal korang lain dari ni, boleh komen kat bawah ye.

Sambal Asam Sarawak Untuk Makan Dengan Ambuyat

Sambal Asam ni, buatnya sama aje macam kitorang nak buat sambal tumis sayuran atau tumisan nasi goreng. Cuma bezanya ada tambahan perahan air limau kasturi pada sambal yang buat dia jadi Sambal Asam. Bahan-bahan mungkin berbeza bagi setiap bahagian kat Sarawak, tapi yang ni cara mamak ciksun buat Sambal Asam dia.

Sambal Asam Sarawak Untuk Makan Dengan Ambuyat

Biasanya kitorang pakai cili Merah besar untuk buat sambal ni, tapi semalam stok cili Merah takde. Hanya ada cili padi aje kat rumah, maka ciksun pakai aje cili padi terus. Belacan pulak ciksun pakai belacan Bintulu yang mamak ciksun buat sendiri. Kalau balik kampung memang akan bawak balik sini stok belacan mamak.

Baca juga:

Ciksun share ya bahan-bahan dan cara membuat Sambal Asam Sarawak ni kalau-kalau ada yang teringin nak rasa.

Sambal Asam Sarawak Untuk Makan Dengan Ambuyat

Bahan-bahan:
1 - 2 biji bawang merah ros (kalau tak ada, boleh guna 1/2 biji bawang merah besar)
1 ulas bawang putih
1 1/2 biji cili Merah (kalau nak pedas, boleh tambah cili padi)
1 senduk ikan bilis
1/3 sudu besar belacan
10 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

Sambal Asam Sarawak Untuk Makan Dengan Ambuyat
Sambal ditumbuk sebelum ditambah perahan air limau kasturi.

Cara-cara Membuatnya:
  1. Tumbuk cili dengan sedikit garam, kemudian tumbuk juga bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga lumat.
  2. Alihkan ke dalam mangkuk, perah air limau kasturi hingga habis.
  3. Tambah air, gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Jika cukup masam dan manisnya, dah boleh hidang bersama ambuyat.

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com