Semai Pokok Daun Kesum dan Daun Pudina untuk Kawan

Semai Pokok Daun Kesum dan Daun Pudina untuk Kawan

Semaikan Pokok Daun Kesum dan Daun Pudina untuk Kawan | Dah banyak kali juga ciksun tolong semai dua pokok ni untuk kawan-kawan. Sebelum ni pernah semaikan untuk Sis Lin, dah merimbun dekat rumah dia. Dah lama tak datang rumah Sis Lin, sekarang ni tak tahu la masih hidup ke idok pokoknya. Haha.

Baru-baru ni ciksun semaikan untuk kawan ciksun, Ayen pulak. Dia nak kumpul pokok-pokok herba katanya sekarang ni. Masa sakit tengah duduk dalam wad hospital, boleh dia pergi order pokok banyak-banyak dekat Shopee. Ciksun cakap jangan order pokok pudina dengan kesum, nanti ciksun semaikan aje sebab kat rumah dah ada. Nak semai pun senang aje.

Semai Pokok Daun Kesum dan Daun Pudina untuk Kawan

Cara mudah untuk semai pokok pudina sama dengan cara semai pokok daun kesum. Kerat sikit dalam 5 - 10 cm dari pucuk beberapa tangkai pokok. Bukan tak boleh kerat dari satu tangkai aje, tapi bila ambil kat bahagian pucuk, keberangkalian pokok untuk berjaya hidup lepas disemai lebih tinggi. Then, buang sikit daun pada tangkai, tinggalkan dalam 2 - 3 helai daun je pada pucuk. Prosedur ni penting untuk pastikan pokok lebih fokus kepada pengeluaran akar daripada keluarkan pucuk baru.

Tangkai tadi rendamkan dalam air yang cetek. Guna piring atau penutup balang pun boleh. Masukkan bahagian bawah keratan aje dalam air. Bahagian yang ada pucuk daun, biarkan di atas permukaan air. Bagi masa dua hingga tiga hari untuk akar terbentuk pada keratan bawah air tu. Kalau air kering, tambah aje sikit lagi.

Bila dah keluar akar dalam 2 - 3 cm, dah boleh sediakan tanah untuk semaian pokok. Pokok kesum dengan pudina ni senang aje tanah dia, tak cerewet sangat. Tanah untuk pokok sayuran lain pun boleh aje. Cucuk keratan tadi dalam tanah, ciksun semai dalam pasu kecik, letak 4 - 5 keratan pokok dalam satu pasu. Jangan lupa siram lepas tanam.

Pokok kesum dengan pudina suka air yang banyak. Tapi jangan letak tempat yang terlalu terik cahaya matahari. Make sure ada sedikit teduhan dari pokok-pokok lain. Penggunaan pasu yang self-watering pun digalakkan juga untuk pokok daun kesum. Biasanya, bila tiba musim panas and terlupa siram beberapa hari, pokok pudina boleh mengering hingga meninggul. Jangan risau, boleh buat keratan pucuk yang masih hijau macam mula-mula semai tadi untuk tanam pokok yang baru.

Baca juga:

Pokok Curly Parsley Tanam Sendiri Dari Biji Benih

Pokok Oregano Tanam Sendiri Dari Biji Benih

Ni Ayen nak pokok oregano dengan curly parsley pulak, katanya selalu berangan petik daun parsley fresh untuk buat pasta. Haha. Ok, kita semaikan juga dalam pasu kecik untuk dia. Yang ni senang sikit, tak perlu rendam. Pokok oregano, keratannya terus cucuk dalam tanah aje dan letak tempat redup dulu dalam dua hari. Bila nampak pokok da kuat terpacak sendiri, boleh dah bagi cahaya matahari cukup waktu pagi. Siram setiap hari juga. Pokok curly parsley tu first time ciksun nak semai dari pokoknya sendiri. Ada dua pokok dalam satu pasu ciksun, jadi salah satunya ciksun pisahkan dan semai dalam pasu lain. Harapnya menjadi la. Kalau terlalu sensitif macam pokok daun sup, susah juga. Dulu dedua ni ciksun tanam dari biji benih aje.

Ok guys, kalau korang nak try semai sendiri pokok daun kesum dan daun pudina yang dibeli dari pasar, haa macam ni la caranya. Selamat mencuba!

Post a Comment

4 Comments

  1. antara herba yang senang di biakkan...

    ReplyDelete
  2. dah berapa kali kot tanam kesum tu, mati sajo..hahahha

    ReplyDelete
  3. Bestnya semua pokok herba utk western food ada... kmk pernah juak beli anak pokok pudina dr kwn tp nang x pandei jaga eh.. hahaha... malas kali

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com