BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, January 27, 2011

PANAS! Apa Yang Bagus Sangat Dengan Nilai Islam???

Dapat link dalam email dari kawan, panas lak hati ni bila baca.

Boleh pulak dia tanya soklan macam tu... Ya, I know...dia mungkin tak faham, tapi rasanya tak pernah pulak kita kutuk budaya dia...tadi baru je baca kat blog Enchek Ben pasal Kuan Yew, kat sini dia pun nak jadi cam Kuan Yew jugak kot.

Adakah anda tahu? Menyentuh kulit bukan mahram dalam Islam adalah berdosa? Rasullullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu." (HR ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani).

Ya, dia tak tahu...dan bila seorang perempuan bersarung tangan untuk bersalaman dengan lelaki kat luar nun, itu bagi mengelakkan sentuhan kulit ye~ Bukan kerana dia jijik dengan kekotoran tangan kamu, bahkan dia berusaha untuk tidak meninggalkan nilai bersalaman tu~ Untuk kes dengan perempuan pun  nak bersalaman guna sarung tangan, tu mungkin sebab orang tu nak prepare awal supaya bila dah depan lelaki nanti tak yah la kalut nak pakai sarung tangan, tu pun tak dapat nak fikir ke? Adeh....

Gambar dicopet kat Malaysiakini

Bila orang cakap, kena tahu nilai Islam, dengan selambanya dia cakap..."So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the religious values when I'm not practising that religion?" Ohhhhh.....

Mufti Perak yang cakap-cakap pasal Kuan Yew pun cakap-cakap gak pasal dia ni..."He has to know... he must respect religious practices of others, but if he doesn’t know, that is ignorance. If he knows, but pretend not to, that is insulting Islam."

Nak tahu lebih lanjut? Meh klik SINI. Kat SINI pun banyak, tapi kena register. Kat SINI? Kamu takkan jumpa. Ni la bila nilai Islam pun dipolitikkan... Chua oh Chua...saya 'kechuwa'...

Cik Puan Nabila...sila tenangkan saya. Huhuhu...

Admin: Kerana saya seorang perempuan...dan saya seorang Muslim...dan ini pandangan peribadi saya sebagai yang selalu mengalaminya bahkan dari bangsa saya sendiri...





18 comments:

~sn~ said...

Sabar ye k.sunah..kita yang faham memang rasa geram. Takpe2..lama2x dia faham la tu (bersangka baik @ husnuzon). hehehe

Ajan said...

Pandangan saya, sebenarnya org yg berpegang pada agama tapi tetap bersalam dengan sarung tangan itu lebih baik. Sebab dia berusaha meraikan budaya masyarakat kita yang mementingkan salam-salam ni. Bukannya dia menolak untuk bersalaman terus.

Ada dua bagus:
1. Dia menjaga agamanya.
2. Dia meraikan adat setempat.

Berbanding kalau dia menolak untuk bersalaman terus, lagi memalukan orang lelaki yang terlibat.

CSL, nampak-nampakkan la hakikat ni! Bagi pandangan macam orang tak habis sekolah, atau datang dari negara lain. Haish!!

P/s: Yg Kuan Yew tu apakehalnya pulak?!!

mohd zhafri said...

jangan takot menunjukkan nilai2 Islam hanya kerana "politik"...

Ajan said...

@~sn~

Btw, konsep husnuzon xsesuai digunapakai dalam isu ini ye. Sekian.

Sunah Mohammad said...

@~sn~

iya, moga2...

Sunah Mohammad said...

@Ajan

yup, itulah yang saya ingin sampaikan kat sini..terima kasih!

Kuan Yew? Klik la nama Enchek Ben tu..

Sunah Mohammad said...

@mohd zhafri

that's it! no sekularisme ye...

|| A r a W a n i || said...

ish2..
arrogant sungguh ayat dia.

Sunah Mohammad said...

@|| A r a W a n i ||

huhu...tu la, sangat berlagak...kalau semua orang Islam seluruh dunia tahu, entah apa yang akan berlaku pada dia..

~sn~ said...

@Ajan
hehehe..xleh ea..kenapa?? (muka kudus tanya soalan)

nazirulhazwan~ said...

isu ni timbul apebila dakwah dan proses mempekenalkan islam itu hanya jadi kerja ulamak dan ustaz. kite tak leh salahkan mereka klu mereka tak tau, kite ade ajar?takde, bile die bising kite melenting. tu bukan cara yang islam ajar.

die salah sebab berkata2 tanpa pemahaman yang kukuh, tp kita juga salah sebab tak mengajar. dok diam jer

cth mudah isu bersalam. sekarang den raso baru bukan muslim jelas yang orang islam takleh sesuka hati bersalam dengan mereka yang bukan muhrim.walau apa agama sekalipon. baru dorg fhm, bile dorg faham dorg tak bising punyer, ini idak, manedie tak pelik, puak BN selamba je salam sesuka hati, PAS plak takleh, jadi dorg keliru. sebab tu kite tanggungjawab menerangkan kepada mereka.

bukan part salam jer, cite juga islam tak benarkan judi, arak, riba dll. tp cite biar betol la.hehe

Sunah Mohammad said...

@nazirulhazwan~

thumbs up untuk ulasan Ir..betul, mereka benar-benar keliru bila jadi macam tu, dan kita pula tidak memberitahu...jadi tugas siapa sebenarnya untuk memberitahu? ulamak dan ustaz sahaja?

... said...

as salam..
siapa?

-yang berpegang teguh kepada Al-Quran, Hadith dan sunnah.

-yang mengamalkan ajaran Islam berdasarkan kepada pegangan mazhab masing-masing..

-yang sukakan fitnah, sukakan kematian,suka menunaikan solat tanpa wudhuk(kisah gurauan abu Huzaifah kpd Saidina Umar)

-yang sentiasa berjihad dijalan-Nya..

-yang merasakan dirinya takut kepada syirik dan kufur kepada-Nya dari segi pertututan ataupun perbuatan..

- yang ingin mendapatkan keredhaan-Nya

dan yang paling penting..siapa yang merasakan dirinya takut sebenar-benarnya kepada Allah..apabila disebut sahaja nama Allah itu, menjadi gerun lah dalam seluruh dirinya dia.dan tanpa berlengah-lengah, dia terus menentang kemungkaran itu..

... said...

pertuturan*

... said...

tambahan..
mereka-mereka yang apabila ditanya, adakah kamu seorang yang munafik, dan mereka menjawab dengan lidah.sedangkan perkara kebenaran hati itu adalah rahsia-nya..tiadalah sesiapa antara kita yang mengetahui akannya..

ieyba said...

aduh2~dunia oww dunia..huhu

gine2 pun budaya ya..syariat Allah ttp kita knk patuh..budaya=rekaan manusia..hukum ya dr Allah..

biar org x suka...boh Allah murka..

Sunah Mohammad said...

@...

siapa untuk apa ya?

dan yang ketiga ni...

"-yang sukakan fitnah, sukakan kematian,suka menunaikan solat tanpa wudhuk(kisah gurauan abu Huzaifah kpd Saidina Umar)"

saya kurang faham..

Sunah Mohammad said...

@ieyba

alhamdulillah...benar ya deng..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.