Dapat link dalam email dari kawan, panas lak hati ni bila baca.

Boleh pulak dia tanya soklan macam tu... Ya, I know...dia mungkin tak faham, tapi rasanya tak pernah pulak kita kutuk budaya dia...tadi baru je baca kat blog Enchek Ben pasal Kuan Yew, kat sini dia pun nak jadi cam Kuan Yew jugak kot.

Adakah anda tahu? Menyentuh kulit bukan mahram dalam Islam adalah berdosa? Rasullullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu." (HR ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani).

Ya, dia tak tahu...dan bila seorang perempuan bersarung tangan untuk bersalaman dengan lelaki kat luar nun, itu bagi mengelakkan sentuhan kulit ye~ Bukan kerana dia jijik dengan kekotoran tangan kamu, bahkan dia berusaha untuk tidak meninggalkan nilai bersalaman tu~ Untuk kes dengan perempuan pun  nak bersalaman guna sarung tangan, tu mungkin sebab orang tu nak prepare awal supaya bila dah depan lelaki nanti tak yah la kalut nak pakai sarung tangan, tu pun tak dapat nak fikir ke? Adeh....

Gambar dicopet kat Malaysiakini

Bila orang cakap, kena tahu nilai Islam, dengan selambanya dia cakap..."So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the religious values when I'm not practising that religion?" Ohhhhh.....

Mufti Perak yang cakap-cakap pasal Kuan Yew pun cakap-cakap gak pasal dia ni..."He has to know... he must respect religious practices of others, but if he doesn’t know, that is ignorance. If he knows, but pretend not to, that is insulting Islam."

Nak tahu lebih lanjut? Meh klik SINI. Kat SINI pun banyak, tapi kena register. Kat SINI? Kamu takkan jumpa. Ni la bila nilai Islam pun dipolitikkan... Chua oh Chua...saya 'kechuwa'...

Cik Puan Nabila...sila tenangkan saya. Huhuhu...

Admin: Kerana saya seorang perempuan...dan saya seorang Muslim...dan ini pandangan peribadi saya sebagai yang selalu mengalaminya bahkan dari bangsa saya sendiri...