BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, April 14, 2011

Appointment Kita Esok Jangan Lupa, Ok?


Saya nak pergi dah...

Selamat tinggal semua...

Tak bersiaran selama...

Jeng jeng jeng...

Malas nak habaq...

Sok kul 11 pagi jangan lupa eks...

Kita berpicnic di bawah pepohon sakura kat blog ni...

Kul 11 pagi tau!

Jangan rindu okehhh...

Sape rajin, sedekahlah trafik ke blog ni jugak ye...

Saya pun nak jugak gila trafik macam dia NI...hahaha~


SAPE SETUJU DIA TU GILA TRAFIK?
UNDI HEADER SUNAH SUKA SAKURA DOT COM KAT SINI



BEN ASHAARI GEGAR LAGI



JOM GEGAR UNDIAN HEADER SUNAH SUKA SAKURA DOT COM KAT SINI



Nota Cinta





Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

-SAUJANA-

CINTA Allah cinta hakiki...
Takkan hilang ditelan waktu...
Takkan pudar dimamah usia...
Sampai bila-bilapun CINTA DIA untuk hamba-Nya yang mencari...
Namun CINTA DIA adalah yang paling sukar untuk kita letak dalam hati...


SAPE TAK UNDI LAGI HEADER SUNAH SUKA SAKURA DOT COM KAT SINI



BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH



Bapak...itu panggilan saya dan adik-beradik untuk dia. Lelaki yang menjadi idaman dalam hati kami. Bapak saya seorang yang pendiam. Sangat-sangat. Dengan orang yang kurang dikenali, susah sangat nak bukak mulut. Tapi bila da kenal, haa...siap bergelak sakan lagi, sebab bapak saya suka buat lawak. Sifat dalam perenggan ni lah turun kat saya rasanya...:)

Masa kecik-kecik dulu, sangat susah nak jumpa bapak. Sebab sekolah dari pagi sampai petang. Bapak kerja dari pagi sampai malam. Bila malam, kami semua da tido, baru bapak balik. Bila pagi nak turun sekolah, bapak masih tido (awal kan kami turun sekolah...) Sekarang tak lagi, bapak da benti da keje...bapak duk umah tolong mak.

Bapak, ingat tak masa kecik-kecik dulu bapak selalu bawak saya dan adik lelaki ke pejabat ujung-ujung minggu. Kalau bukan saya, mesti adik. Kalau bukan adik, mesti saya. Sampai satu masa dua-dua nak ikut. Sampai nangis-nangis pulak berebut. Akhirnya bapak bawak dua-dua naik motor bapak. Sampai pejabat, sangat best sebab makcik-makcik kantin baik hati. Sume nak bagi makan free. Rindunya masa tu.....

Ade satu lagi benda yang sangat manis. Masa kecik-kecik dulu, suka tertidur kat luar. Sebab kalo tertidur kat luar, bapak mesti akan jadi putera kayangan yang angkat kami masuk bilik. Kadang-kadang sampai buat-buat tertidur pun ade gak. Err...saje nak bermanja. Hehehe...(anak first pun manje lah! bukan anak bongsu je!)

Bila da besar ni, bapak dengan kami adik-beradik sangat rapat, macam kawan-kawan. Buat lawak tu keje bapak, tak boleh tak, dia suka buat mimik muka depan kami. Kami, mestilah gelak bila tengok dia buat gitu. Kalau nak sound bapak pun direct je. Ehehe...sebab da macam geng. Tapi still, kami ada rasa hormat pada bapak, respek bapak sebagai ketua keluarga. :)

Tadi...saya cakap bapak seorang yang pendiam kan? Sangat-sangat...pendiam dan penyabar orangnya. Tapi, jangan test bapak. Diam-diam dia, bila da ada benda yang buat dia marah, huhuhu... Sedih pulak bila ingat balik. Diri ni memang pernah buat bapak marah. Bukan saya saje, adik-adik pun kadang-kadang buat bapak pening. Tak pernah rasa macam tu sebelum-sebelum ni, hampir tiga hari tak bertegur dengan bapak. Bapak diam aje...tak bukak mulut langsung sebab benda tu. Saya tak selesa, memang tak selesa sangat-sangat. Sebab sangat rindu dengan bapak yang ceria, yang suka buat lawak, yang sentiasa buat kami ketawa. Bila jadi macam tu, memang rumah sunyi sepi. Macam kat planet lain. Saya tak nak terus macam tu, saya minta maaf kat bapak. Alhamdulillah, Allah buka hati kami untuk saling memaafkan.

Sekarang da dewasa ni benda-benda 'dewasa' pun kongsi dengan bapak dan mak. Subhanallah, sweet sangat lah sebenarnya bila boleh berkongsi dengan diorang. Malu sudahhhh. Ehehehe...ni nak balik ujung minggu ni jumpa diorang, tak sabar dah! Okehhh..tu je.

Cane nak didik anak-anak zaman sekarang? Baca tarbiyatul awlad (sila search), dan aplikasikan dalam kehidupan. Didikan agama kena tekankan, perhatian dari mak ayah untuk anak-anak dari kecik lagi kena bagi. Jangan nanti bila da pijak kepala kita, baru nak rasa menyesal sebab tak didik elok-elok.


JOM UNDI HEADER SUNAH SUKA SAKURA DOT COM KAT SINI



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.