BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, December 1, 2011

Dia Dah Pergi... Sampai Sini Saja.

Dia da pergi.

Malam tadi dia da pergi. Tinggalkan saya. Tinggalkan semuanya. Saya sedih. Sedih sangat. Masa dia ada lagi dan ucap selamat tinggal, saya tak menangis. Tapi bila dia da takde, saya gitau kat kawan saya, "dia da pergi.." tiba-tiba saya tak dapat tahan air mata saya.

Saya sedih. Bukan saya seorang. Yang lain pun sedih juga. Dia dengan dia pun sedih. Tapi nak buat macam mana. Dalam hidup semua orang, memang hari tu akan tiba juga, tak kira la bila-bila pun. Cumanya dalam hidup kami, hari tu tiba semalam.

Saya rindu. Dia rindu. Dia pun rindu. Rindu dekat dia dan semua benda yang dia buat. Tadi saya nak pesan kat yang masih tinggal, tolong belikan susu. Tiba-tiba yang tinggal tu cakap, dia teringat kat dia yang da pergi. Kalau dia yang da pergi tu ada lagi, dia suka beli macam-macam air manis.

Air laici.

Saya pun suka air laici sebab dia. Air laici sedap sangat untuk jadi penyejuk tekak. Tapi dia da lama tak beli air laici. Sebab dia nak jaga pemakanan dia. Bukan dia aje. Dia dengan dia pun nak jaga pemakanan diorang. Sebab nak diet. Tinggal la saya yang tak pernah ada hati nak diet.

Dia suka kucing. Cici tu dia yang bawak balik. Dia suka menyanyi. Saya jadi kenal banyak lagu pun sebab dia selalu pasang dalam kereta. Dia suka kek coklat saya. Dia cuka carbonara yang saya masak. Dia suka puff tart yang PCM buat. Dia suka jalan-jalan. Dia kenal beberapa orang kawan blogger saya pun sebab dia join sekali gather-gather dengan saya sampai ke Kajang.

Dia kata, nanti kita gather-gather lagi ya. Dia pernah kata jugak, nanti satu masa...bila dia da tak dengan saya, bila dia da ade kat tempat lain...kalau-kalau saya nak pi jumpa kawan-kawan blogger saya lagi, ajak lah dia.....

Insya'Allah awak... Awak jaga diri elok-elok kat sana ye~ Nanti kita jumpa lagi... Rindu nak jalan jauh-jauh dengan awak... Saya, dia dan dia...sayang awak... :')


Spontan Pagi Khamis #14


Dua orang housemates diperlukan mulai hari ini di Taman Sri Pulai, Skudai.
3 ciri: Perempuan, tiada bilik peribadi, ok dengan kucing.
Boleh PM saya di Facebook. Terima kasih.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.