BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, February 5, 2013

Zaman Sekolah Dulu-dulu: Buku Biodata

Zaman sekolah dulu-dulu...

Welcome to my page~~~

Nama: Izyan binti Halim
Nama panggilan: Izz, Yan @ Amoi
D.O.B: 30.2.1986
P.O.B: Atas katil Hospital Besar XXX
Hobi: Membaca buku
Cita-cita: Belum tahu
Makanan kegemaran: Asalkan halal
Minuman kegemaran: Asalkan halal
Orang yang disayangi: Rahsia
Orang yang dibenci: Rahsia

Siapa pernah lalui saat-saat ni? Masih ingat lagi tak sesi berebut nak page paling belakang, biodata paling menawan cantik tertarik, buku biodata siapa paling penuh, then setiap tahun ada lagi buku biodata baru padahal tahun lepas punya dah isi dah. Agaknya sebab tahun akan datang tu dah tau nak jadi apa bila da besar or makanan kegemaran dah berubah. Mungkin jugak orang yang disayangi dan dibenci dah bertukar. Haha!

Agak-agaknya zaman sekolah sekarang ada lagi tak ek benda-benda macam ni? Ada lagi ke yang main pass buku biodata macam dulu-dulu?

Sekarang Facebook jeeee semuaaa!


Buku Lama, Buku Baru...


Kalo da tahap writing dalam buat research ni, buku lama memang kena bukak.

Tak kisah lah dah berapa banyak buku baru untuk tulis dan conteng-conteng benda baru yang kita belajar tiap-tiap hari, bila da sampai masa nak buat part literature review dalam thesis, nak tak nak memang kena belek balik buku-buku lama yang dah rabak.

Sebab ape, tak rajin nak search semula kat google ape yang kena search. Sebab rasa-rasa sebelum ni da pernah buat benda ni, da pernah catat kat mana-mana. So, itu la gunanya buku nota dalam research ni. Kira macam log book la.

Dulu masa final year, projek akhir tahun tu, kan semua student dididik untuk buat log book? Kena isi ape yang dibuat setiap hari dalam log book tu. Sama jugak masa latihan industri, kena update buku log setiap hari dari start masa bekerja sampai ke habis waktu pejabat.

Ape gunanya?

Boleh dibelek semula bila masa memerlukan.

Sama macam hidup kita kan? Sesekali, masa lampau tu kita boleh jenguk-jenguk ziarah bila perlu, dan kita jugak kena tau, masa lampau tu bukan tempat terbaik untuk kita tinggal, hanya sebagai persinggahan untuk renungan kehidupan akan datang.

Hidup kita kat dunia ni pun, sekadar persinggahan.


P/S: Dan saya merapu lagi... =.=" Thanks kak Ita Yuzie untuk buku tuuuu~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.