Ticker

6/recent/ticker-posts

Beli Laptop Baru Dekat EIT Lifestyle Taman Sutera Utama

Beli Laptop Baru Dekat EIT Lifestyle Taman Sutera Utama | Lepas raya hari tu, my lecturer minta tolong belikan laptop baru untuk student dia. Beli dua biji untuk kegunaan student buat research. Sebab ada yang masih terpaksa guna PC kat lab, UTM pulak tak boleh nak masuk sesuka hati masa tu.

Tak macam sekarang ni, dah boleh masuk tapi kena isi dulu borang kat email yang pihak UTM hantar, then baru dapat Green Pass kat apps UTMSMART, ikut tarikh yang dijadualkan. Nak masuk UTM, kena tunjuk pas hijau dalam apps tu.

Berbalik kepada laptop baru, kitorang beli dekat EIT Lifestyle, Taman Sutera Utama. Lecturer saya yang suggest kedai ni sebab katanya murah dan kedai orang Melayu. Tapi tak sure lah kalau owner dia Melayu ke bukan. Masa saya pergi tu memang majoriti staff dia Melayu.

Nak masuk kedai, ikut SOP. Kena scan QR Code kat pintu depan kedai dulu sebelum masuk. Then tunggu turn sebab hanya maksimum 3 orang pelanggan je boleh ada dalam kedai dalam satu masa. Strict yee diorang. Nak selamat, sila la patuhi SOP.


Masuk kedai, blur kejap sebab tak banyak laptop on display. Pergi la tanya salah seorang staff yang jaga, dia terus minta spesifikasi yang kita nak. Saya cakap, nak laptop yang boleh buat programming, skrin tak terlalu besar, laptop tak terlalu berat, tapi harga bawah RM2.5k. Terus dia pergi kat satu desktop ni, survey kat Lazada EIT Store. Owhhh diorang rujuk semua dalam tu aje. Senang, semua laptop ade kat warehouse. Kita tinggal pilih dan tunggu sehari, nanti diorang akan call bila laptopnya dah siap. Tak perlu bayar dulu, esoknya masa nak ambil laptop baru bayar.

Saya tunggu sehari, sebab staff tu kata esoknya da boleh ambil, tapi sampai petang takde call dari EIT. Saya pun PM kat FB EIT. Lambat jugak dia reply, tapi at least ada reply yee. Diorang suruh datang esoknya pulak sebab hari ni diorang terlalu busy, customer terlalu ramai kat kedai. Ok, esoknya saya datang dengan anak lecturer.

Bagitahu nama kat staff, dia terus ambil laptop kat store belakang. Waaa, gembira tengok laptop seperti yang diinginkan. Saya ambil LENOVO idepad S340, satu kaler silver, satu kaler pink. Kahhhhh! Yeee saya lah student yang akan pakai salah satu laptop tu, iaitu yang kaler pink! Hahahaha!


Laptop ni saiz skrin dia 14", dengan RAM 4GB dan memory 512GB. RAM tu saya upgrade kepada 8GB sebab nak pakai buat programming etc kan. So, tambah la dalam RM80+ aje. Masih dalam bajet yang disediakan. Microsoft Office dah tersedia, tapi kena activate dengan sign in guna microsoft account, dan create outlook account.

Alhamdulillah, setel beli laptop baru. Nak buat kerja pun senang sebab laju je kan. Hihi. Oh, diorang ada jual laptop baru second hand pada harga berpatutan juga, uols boleh datang kedai, cari Alil. Kalau najual or trade in laptop ke, tanya dia aje lah ya. Bye! 

Post a Comment

11 Comments

  1. untunglar dpt laptop free kannns., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...alhamdulillah, tapi tetap nanti da habis, kena pulangkan semula..

      Delete
  2. suami beli kat taman u je...sebab kami ni buta IT sikit, malas nak pusing pusing cari...lagipun tak tau sangat RAM la, motheroard la..harddisk la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..taman u tu biasa gak beli...antara cytech dengan navotech je lah dulu selalunya...

      Delete
  3. Wowwww color pink ek hehehehe...lepas ni laju arrr view ko kann...
    Aku bkk blog ko guna laptop laki aku, blog ko color pepel ek hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape kaitan dengan view aku lak..hahahhahahahahha

      haah, aku tengok kat laptop pink tu, blog aku kaler macam pepel2 gitu..

      Delete
  4. wah ok la tu tambah rm80 je utk upgrade

    ReplyDelete
  5. mun kamek, sikkan meli sendiri. ada nok kena pau kelak. biasa cdak adik2 nok tolong meli or belikan 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...bagus juak ya mun ada yang expert boleh belikan...

      Delete
  6. Syok ada laptop baru..laju sikit progress kerja tu kan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com