Ticker

6/recent/ticker-posts

Tatacara Kemasukan ke Sarawak Bermula 1 September 2020

Tatacara Kemasukan ke Sarawak Bermula 1 September 2020 | Sejak sebelum raya haji lagi, pelbagai polisi yang kerajaan negeri Sarawak buat untuk menapis kemasukan ke Sarawak tak kira lah dari luar negara atau dalam negara. Baru-baru ni tatacara tersebut dikemaskini lagi pada 28 Ogos 2020, memandangkan bilangan kes positif baru harian dah semakin menurun dan menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Berkuatkuasa 1 September 2020, tatacara kemasukan ke negeri Sarawak adalah seperti berikut:


Dari Luar Negara:

Semua warganagera Malaysia (termasuk rakyat Sarawak) yang masuk Sarawak akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah disediakan Kerajaan Sarawak. Ujian COVID-19 akan diambil dua kali (hari ke-2 dan ke-10). Kos penginapan kuarantin dan kos ujian COVID-19 untuk rakyat Sarawak akan dibayar oleh Kerajaan Sarawak.

Untuk semua warga BUKAN Sarawak (Semenanjung, Sabah, Labuan dan bukan Warganegara), kos kuaranti dan ujian COVID-19 akan ditanggung sendiri.

Dari Semenanjung, Sabah & Labuan:

Semua warganegara Malaysia (termasuk rakyat Sarawak) dibenarkan masuk Sarawak tanpa perlu menjalani kuarantin. Walaubagaimanapun, mereka dikehendaki untuk mengisi e-Health Declaration Form (e-HDF).

Nota: Semua kemasukan ke Sarawak melalui jalan udara, darat dan laut akan dilakukan ujian COVID-19 secara rawak.

Sumber: Kenyataan Media JPBN Bil 204/2020

Post a Comment

6 Comments

  1. Harapnya semua berjalan lancar bagi yang akan keluar masuk :)

    ReplyDelete
  2. kalau tak de apa yang penting baik duduk rumah je. Mahal juga kos kuarantin tu kalau nk tanggung sendiri.

    ReplyDelete
  3. Nak balik Sarawak ke Sunah? Moga dipermudahkan...

    ReplyDelete
  4. Bagus juga lah diperketatkan dan kena kuanratin. At least boleh kawal lagi.Tapi kalau ada urusan terpaksa jugalah ikut SOP yang dah ditetapkan demi kebaikan diri dan semua orang.

    ReplyDelete
  5. nasib baik saya belum jadi orang perantau yang boleh terbang ke mana-mana buat masa sekarang

    ReplyDelete
  6. Moga dipermudahkan urusan mu balik Sarawak nanti yaaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com