Ticker

6/recent/ticker-posts

Manisnya Lesung Pipit Dia

Manisnya Lesung Pipit Dia | Lebih-lebih lagi kalau dia senyum lebar, manis kat lesung pipit berpindah kepada senyuman. Selalu rasa jeles dengan orang yang ada lesung pipit ni. Walaupun beberapa tahun kebelakangan ni, orang dedahkan bahawa lesung pipit tu sebenarnya kecacatan pada otot muka, tetap suka tengok orang yang ada lesung pipit.

Kecacatan yang disukai ramai ni berpunca daripada otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia menyebabkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila bercakap, senyum atau membuka mulut, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekukan pada pipi. Macam Choi Si Won kat dalam gambar bawah ni.

Choi Si Won
Kredit pic: Soompi

Sejak tengok She Was Pretty, ciksun dah jatuh cinta dengan Choi Si Won ni tau. Berkenan betul tengok muka dia kalo dia bercakap, senyum atau tersengih. Sebab lesung pipit dia tu lah. Manis betul jadinya, dan muka dia tak nampak Korea sangat, pan-Asia gitu. Kalau keluar scene dia aje mesti cakap "aduh hensemnyeee!!!". Nasib baik ciksun da kawen tau! Mohon nanti kalau ada rezeki anak lelaki, nak muka camni please 😜

Tapi, betul ke kalau makin berusia nanti, lesung pipit akan hilang? Sebab bila umur makin meningkat, otot kat muka kita akan mengalami tumbesaran seiring dengan usia kita. Otot yang cacat tadi lama kelamaan akan jadi sempurna, maka hilanglah lesung pipit yang menawan tadi. Huhu.

Di kalangan pembaca ciksun ni ada tak yang berlesung pipit?

Makin hilang tak?


P/S: Aci tak letak gambar Si Won as desktop background? 🤭

Post a Comment

9 Comments

  1. kan..akak pun rasa jeles bila tengok orang ada lesung pipit ni.Nampak manis.

    ReplyDelete
  2. Mama PC ada lesung pipit. Sampai sekarang ada. Hehe.

    ReplyDelete
  3. I adaaaa.. tapi sebelah je nampak jelas.. sebelah lagi tenggelam... tak tahu pasaipaa

    ReplyDelete
  4. Betul tuuu jeles pula tengok orang ada lesung pipit ni 😂

    ReplyDelete
  5. Cacat yang istimewa! Cute apa kalau ada lesung pipit di pipi.

    ReplyDelete
  6. Lates imej Si Won ke ni..lama betul tak nampak Si Won sejak lama xde album Suju baru. Lain macam rupa dia ada beard. Nampak macho. Lesung still nampak ketara tu. Memang manisssss

    ReplyDelete
  7. Ada...anak sulung dgn anak bongsu yang ikut. Tp betul la..bila dah tua lekukan tu dah tak berapa kelihatan.

    ReplyDelete
  8. Aku punya lesung pipit cacat, sebab belah bawah, bukan tepi hahahaha..
    Aku paling tak suka kalau orang asa lesung pipit, tapi acah-acah senyum, nak bagi nampak.. be real!!! ..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com