BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, January 26, 2011

I Love YOU Lah! Betul ke?

Cinta. Tetiba cakap hal cinta pulak hari ni ye? Cik Puan Nabila sila jangan rasa geli geleman. Belum start lagi ni...

Apa itu cinta? Best ke cinta? Cinta tu rasanya macam apa? Macam ayam goreng yang menyamar ke? Eh! :D Atau rasa macam aiskrim coklat. Mmm...sedap! Habis aiskrim, dah tak dapat nak rasa dah...lama-lama dah tak ingat rasanya macam mana. Macam tu ke cinta?

Cinta adalah perasaan yang tak dapat digambarkan. Ye ke? Cinta adalah kasih sayang. Iye? Tak, cinta adalah komitmen. Bukan, bukan! Cinta tu tanggungjawab. Eh, ye ke? Tak kisahlah, apa jawapannya, semua tu betul sebab cinta adalah subjektif! Ikut kamu nak describe macam mana.

Atau...cinta tu macam Samurai yang nak mempertahankan pokok sakura? Ini hanya anime ok!

Yang dah bercinta kat luar nun, dan sampai ke jinjang pelamin, atau yang sampai jinjang pelamin dulu baru bercinta, mesti da rasa cinta tu macam mana kan? Kerana cinta, kita sanggup buat apa saja! Betul tak? Kerana kita cinta dia, kita sanggup buat apa saja untuk dia, kerana kita cinta ibu ayah, kita sanggup balik kampung jumpa diorang, kerana kita cinta sahabat kita, kita sanggup mengeratkan ukhwah yang terbina, kerana cinta kita pada diri, kita sanggup gi saloon untuk buat rambut, tak pun gi gym buat badan ketak-ketak, eh! Camtu ke? Mungkin! Salah satu darinya kot~ Hehehe...

Tapi...kerana cinta kita pada Allah dan Rasul...apa yang kita buat ek? Sebelum jawab yang tu, ye ke cinta? Ya, aku cinta! Sapa kata aku tak cinta! Memandai jek kata aku tipu, pi timbang berat cinta aku kalau tak percaya! Amboi...sampai gitu sekali! Hoh~ Kamu-kamu, boleh ke cinta ditimbang? Apatah lagi cinta kepada Allah dan Rasul...agaknya berapa gram ye? 

Gambar di copet di SINI

Cinta pada Allah dan Rasul beratnya pada iman dan amal kita. Cuba ukur sat, berat tak? Ni pun takleh timbang bagi orang lain tengok sebab tak nampak, kamu-kamu sendiri jek yang boleh tahu berat iman dan amal kamu sampai 1 kilogram ke tak. Kan, kan, kan? Agak-agak, yang mana lagi berat, cinta pada Allah dan Rasul ke pada yang selain tu? Huhuhu~


Tak cukup gerun lagi dengan janji Allah dalam al-Quran tu? Huhu... Jadi, lepas ni nak kena buat apa? Orang kata, kalau cinta, buktikan!





22 comments:

Ujang9897 said...

pergh...terbaik entri nie...

Sunah Mohammad said...

@Ujang9897

:)

najwa's said...

yup! cinta pada ALLAH kekal abadi. :)

nazirulhazwan~ said...

benar ape yag dikatekan, tp manusia, selalu aje luper.haih

kiera'sakura said...

setuju... smoga kite semua same2 mencintai ALLAH lbh dri segalanye..

niesz said...

cinta ALLAH, cinta yg pling agung.. ;)

Sunah Mohammad said...

@najwa's

dan DIA tak pernah mengecewakan...

Sunah Mohammad said...

@nazirulhazwan~

erm, betul..nape manusia selalu lupe..? huhu

Sunah Mohammad said...

@kiera'sakura

ameen...

Sunah Mohammad said...

@niesz

betul tu niesz~ :)

Salfiza said...

kak sunah,sy cinta sama kamu ;)

-[miracle]- said...

ingatkan cinta tuh rase macam coklat :D

wahaa, insaf sekejap baca entry neh. sob sob =="

Sunah Mohammad said...

@Salfiza

saya cinta sama kamu jugak cik puan~

Sunah Mohammad said...

@-[miracle]-

macam coklat ek rasa dia? hehehe...

kakngah said...

cinta??
complicated beb!

Sunah Mohammad said...

@kakngah

memang complex!

Wardahtul Jannah said...

cinta itu abstrak..

Sunah Mohammad said...

@Wardahtul Jannah

ups, Datin Nazirah la~~~ ;)

Izamir Ridzwan said...

skrg ni cinta kepada manusia melebihi Allah dan rasullah

fRaMe+LenSeS said...

Persoalan cinta berat untuk dibicarakan, hal sedap (dunia) terlalu susah dielak untuk diratah, dari cinta UTAMA yang kita rasa tak sedap sebab banyak perlu ditapis, dijaga, ditahan, moga kita jatuh dalam golongan CINTA UTAMA yang bakal membawa kepada kehbahagiaan abadi di sana nanti. amin.

mas saari said...

memang sudah nyata cinta kepada Allah dan Rasul adalah cinta yang abadi!

tetapi cinta sesama manusia menjadikan kita lebih tahu menghargai di antara satu sama lain...

cinta itu indah jika kita tahu cara utk menjadikannya indah!

FasiHaH SupiaN said...

benar ape yg dikatakan..tp manusia selalu lupa..kerana manusia itu insan, insan itu pelupa..kerana itu kita hrus saling mengingati...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.