BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, January 6, 2011

Ayam Pedas Masam Manis BerCik Epal~


Ouh! Hampir terlupa nak upload tadi~

Upload ape?

Lauk makan malam...:p

Lauk ape?

Lauk suke-suki buat...:D

Haa? Camne tu?

Camni...lauk hasil gabungan kuah kacang semalam yang tak habis tu dengan asam pedas semalam jugak, tinggal masukkan ayam jek...dah mendidih, lempar jek epal hijau yang da dipotong...bagi masam-masam epal gitu~

Nak tengok hasilnya?

.

.

.

.

.

.

.

Tadaaa~~~~~


Eh, mana ada saya masukkan Cik Epal...saja ja tu~ Hehehe.. (buat loghat kedah sikit)




Mereka Kata...


Macam da terlambat sangat jek, tapi tak tutup lagi kan Enchek Ben? :)

Untuk semua yang menjenguk ke blog (yang hina dina) ni, selamat datang diucapkan~ tu jek.

Eh, tak cukup 100 patah perkataan kalau gitu! Hehehe.

Jadi, ada lagi...bukan tu je~ :)

Saya tak pandai mengarang seloka comel macam ||aLeaSaRa||, saya pandai mengarut jek...:D
Jadi, dari atas tadi sampai bawah nu adalah kata-kata aluan saya untuk pengunjung-pengunjung blog (yang hina dina) ni...

Untuk pengetahuan semua, blog ni blog campur-campur, macam taman sakura gak~ Jadi, macam-macam ada~ Kalau rasa-rasa ada benda yang nak dikongsi dengan kawan-kawan dari taman ni, ambik jek~ Tak kisah pun..sharing is caring kan? :)

Untuk penjenguk-penjenguk blog ni, terima kasih ye sudi singgah kat blog (yang hina dina) ni. Puji-pujian digalakkan, tapi kritikan lebih diutamakan. Ops~ tu bukan motto baru 1 Malaysia ye~~

Tapi seriously, saya sangat mengharapkan cadangan penambahbaikan dari sahabat-sahabat blogger sekalian kalau ada part-part yang rasa macam tak best jek dalam blog (yang hina dina) ni. Jadi, mana yang tak best tu, gitau la ye~ Kalau tak gitau, mana nak tau yang tak best kan? Kan? Kan? Kan? (angguk je la~)

Orait~ nak join gak segmen ni? Klik je banner blog Enchek Ben kat atas tu~



Iman 20 Sen...


Sebelum bercerita, ingat tak dengan housemate saya yang mengidam kek gula hangus semalam? Hari ni beliau jumpa doktor. Doktor sarankan agar dia ke HSA JB dan terus masuk ke wad. Sebelum ni dia pernah jatuh, risau pula kalau ada sesuatu yang buruk berlaku kelak. Mohon doa sahabat-sahabat semua agar segala-galanya dipermudahkan untuk dia dan kandungannya. Ameen...

Okie, jom layan cerita yang saya dapat dari E-mail ni~

Pada suatu hari, seorang Imam membayar tambang, kemudian duduk di dalam bas. Tiba-tiba dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen," kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh...terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...



"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT."

Semoga Bermanfaat!

Teman kata, admin sokong: No problem 20 sen, kalau 20 ribu?




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.