Ticker

6/recent/ticker-posts

I Love YOU Lah! Betul ke?

Cinta. Tetiba cakap hal cinta pulak hari ni ye? Cik Puan Nabila sila jangan rasa geli geleman. Belum start lagi ni...

Apa itu cinta? Best ke cinta? Cinta tu rasanya macam apa? Macam ayam goreng yang menyamar ke? Eh! :D Atau rasa macam aiskrim coklat. Mmm...sedap! Habis aiskrim, dah tak dapat nak rasa dah...lama-lama dah tak ingat rasanya macam mana. Macam tu ke cinta?

Cinta adalah perasaan yang tak dapat digambarkan. Ye ke? Cinta adalah kasih sayang. Iye? Tak, cinta adalah komitmen. Bukan, bukan! Cinta tu tanggungjawab. Eh, ye ke? Tak kisahlah, apa jawapannya, semua tu betul sebab cinta adalah subjektif! Ikut kamu nak describe macam mana.

Atau...cinta tu macam Samurai yang nak mempertahankan pokok sakura? Ini hanya anime ok!

Yang dah bercinta kat luar nun, dan sampai ke jinjang pelamin, atau yang sampai jinjang pelamin dulu baru bercinta, mesti da rasa cinta tu macam mana kan? Kerana cinta, kita sanggup buat apa saja! Betul tak? Kerana kita cinta dia, kita sanggup buat apa saja untuk dia, kerana kita cinta ibu ayah, kita sanggup balik kampung jumpa diorang, kerana kita cinta sahabat kita, kita sanggup mengeratkan ukhwah yang terbina, kerana cinta kita pada diri, kita sanggup gi saloon untuk buat rambut, tak pun gi gym buat badan ketak-ketak, eh! Camtu ke? Mungkin! Salah satu darinya kot~ Hehehe...

Tapi...kerana cinta kita pada Allah dan Rasul...apa yang kita buat ek? Sebelum jawab yang tu, ye ke cinta? Ya, aku cinta! Sapa kata aku tak cinta! Memandai jek kata aku tipu, pi timbang berat cinta aku kalau tak percaya! Amboi...sampai gitu sekali! Hoh~ Kamu-kamu, boleh ke cinta ditimbang? Apatah lagi cinta kepada Allah dan Rasul...agaknya berapa gram ye? 

Gambar di copet di SINI

Cinta pada Allah dan Rasul beratnya pada iman dan amal kita. Cuba ukur sat, berat tak? Ni pun takleh timbang bagi orang lain tengok sebab tak nampak, kamu-kamu sendiri jek yang boleh tahu berat iman dan amal kamu sampai 1 kilogram ke tak. Kan, kan, kan? Agak-agak, yang mana lagi berat, cinta pada Allah dan Rasul ke pada yang selain tu? Huhuhu~


Tak cukup gerun lagi dengan janji Allah dalam al-Quran tu? Huhu... Jadi, lepas ni nak kena buat apa? Orang kata, kalau cinta, buktikan!



Post a Comment

22 Comments

  1. yup! cinta pada ALLAH kekal abadi. :)

    ReplyDelete
  2. benar ape yag dikatekan, tp manusia, selalu aje luper.haih

    ReplyDelete
  3. setuju... smoga kite semua same2 mencintai ALLAH lbh dri segalanye..

    ReplyDelete
  4. cinta ALLAH, cinta yg pling agung.. ;)

    ReplyDelete
  5. @nazirulhazwan~

    erm, betul..nape manusia selalu lupe..? huhu

    ReplyDelete
  6. ingatkan cinta tuh rase macam coklat :D

    wahaa, insaf sekejap baca entry neh. sob sob =="

    ReplyDelete
  7. skrg ni cinta kepada manusia melebihi Allah dan rasullah

    ReplyDelete
  8. Persoalan cinta berat untuk dibicarakan, hal sedap (dunia) terlalu susah dielak untuk diratah, dari cinta UTAMA yang kita rasa tak sedap sebab banyak perlu ditapis, dijaga, ditahan, moga kita jatuh dalam golongan CINTA UTAMA yang bakal membawa kepada kehbahagiaan abadi di sana nanti. amin.

    ReplyDelete
  9. memang sudah nyata cinta kepada Allah dan Rasul adalah cinta yang abadi!

    tetapi cinta sesama manusia menjadikan kita lebih tahu menghargai di antara satu sama lain...

    cinta itu indah jika kita tahu cara utk menjadikannya indah!

    ReplyDelete
  10. benar ape yg dikatakan..tp manusia selalu lupa..kerana manusia itu insan, insan itu pelupa..kerana itu kita hrus saling mengingati...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com