BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, January 12, 2011

SEGMEN MADAH PUJANGGA




hidup umpama air sungai yang terus mengalir...
dalam perjalanannya segala rupa perkara akan ditemui...
dalam alirannya, ada cahaya suria menemani...
dalam satu masa, kegelapan pula yang mengiringi...

namun, biar apa pun yang ditemui,
dari sekecil dan seringan ranting kayu
hingga sebesar dan seberat batu yang terpacak,
air sungai tidak boleh berhenti...
ia harus terus mengalir...

hingga satu saat...

Penciptanya mentakdirkan ia kekeringan...
tatkala itu kepada Dialah sungai menyerahkan segalanya...

begitu juga seharusnya hidup kita,
sebagai hamba kepada Pencipta sungai...


-berkongsi rasa melalui gambar, teringat kepada seseorang...-





Di Mana DIA di Hatiku?

"ALLAH," ustaz itu mengulang lagi untuk kali ke berapa pun dia tidak pasti.

"Allah..." adik-adik mengikut.

"ALLAH...!" ulang ustaz itu lagi.

"Allah..." balas adik-adik seperti tadi.

"Sebut lagi, ALLAH! Tak rasa gentarkah hati kamu?" duga ustaz tersebut.

"Allah...!" adik-adik berusaha lagi. Buntu. Kecewa. Sedih. Sayu. Hina.

"Apa yang kamu rasa pada hati kamu? Kalau nama Allah itu tidak memberikan apa-apa rasa kepada kamu, nilailah di mana diri kamu saat ini! ALLAH..!!"

"ALLAH....!" ada di kalangan adik-adik mula menangis.


ALLAH...hati kita? Yang sedari tadi membaca entri ini dan menyebut-nyebut namanya, tidakkah merasa apa-apa? Nilai diri, di mana kita...tanya hati, di mana DIA?




Entri Pilihan Petang Ini... (tiru Enchek Ben)


Menutup aurat secara sempurna. It's not easy. It's a process. But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let's do it right!
Apa kata kita mulakan dengan melabuhkan hijab, shawl, pashmina, scarf, tudung kita biar menutup...Baca lagi kat SINI.

Tahniah kepada SUEANNAJOE kerana berjaya membuat kempen semenarik ini~ Dia namakannya "WIR CAMPAIGN: Covering the chest is the best!" WIR kat sini bermaksud Wear It Right. Jenguk-jenguklah blog dia ye~ :)




PC Fair at UTM!


Just nak war-warkan sambil membantu housemate yang kepenatan balik lewat setiap hari sebab uruskan benda ni (kesian dia, sampai tak sempat nak minum kopi di pagi hari, -wani kata-). Jom ramai-ramai carik laptop baru! :D




Saya nak Hadiah Hari Jadi dari YanaMIB


as'salam...

happy belated birthday YANA..tunang si ujang vespa...cucu pelakon...shida doakan yana dipanjangkan usia...dimurahkan rezeki...hidup bahagia n diberkati olehNYa..AMin...

Yana ada wat GA utk blogger sempena besday dia 5hb yg lepas...plan awal yana nak kasi sapa yang besday 8hb...tp xde sapa yang ngaku 8hb....so rezeki blogger lain la kan....

syarat2 yang ditetapkan oleh yana senang aje...klik DI SINI utk join tp sebelum 31 Januari 2011 ok...

-yana shda dah follow yana..adish.shida

- shda nak tag lebih dari 2org boleh x yana...hehhee..ops kena patuhi syarat kalau x t kena reject lak...SERAI n SUNAH jadi mangsa tag shda kali nie...3s..Shida..Sunah..Serai :)

Tu lah entry kak Shida semalam yang jelas nyata mengetag saya~ :D Orait, kak Yana, saya nak join gak bagi memeriahkan GA~ :)

Saya tag...ANIES dan NIESZ~ nama dah nak dekat tu~  :D

Good luck ye!




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.