BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, September 8, 2011

Bebi Froggy Jumpa Kawan dan... Jeng Jeng Jeng!


Semalam, bebi froggy jumpe kawan dia kat KL. Entah macam mana diorang kenal, saya pun tak tahu lahhh... Nama kawan dia ni T-bear. Putih sangat kawan dia. Gambar ni diamek masa diorang nak berpisah. Tu yang ade adegan peluk cium tu. Kesian bebi froggy nanges-nanges nak berpisah dengan T-bear ni. Takpe lah, nanti bila-bila bebi froggy jumpa T-bear lagi ye~~~


Hoh??? Mende lak ni? Pelik sangat rupanya... Tapi kaler macam nak dekat dah... Bebi froggy jumpa dia ni dalam kete masa nak balik ke Johor.


Owhhhh... Big froggy rupanyaaaa... Bapak besar betul froggy yang sekor ni, tangan bebi froggy pun leh peluk tang mata dia ajeeee... :p Nak amek gambar pun nampak pelik... Kena amek dari jauh baru tak nampak macam makhluk asing kot no? Hahaha~

P/S: Kesian bebi froggy, kena bedah kaki dia... Sebab excited sangat jumpe big froggy la tuuu...!


SPONTANEOUS THURSDAY #7

Beberapa hari yang...sukar digambarkan...
Terima kasih Allah... :)


Jika Diri Dibuang Jauh...

Thrown Away... by ~BurnerPat on deviantART

Apa yang boleh kita buat?

Hanya kita yang benar-benar mahu menjaga ikatan persahabatan yang terjalin, tetapi dia buat-buat tak endah dan makin menjauh. Kita tidak lagi diraikan seperti dulu, semakin lama semakin tawar dan dingin biarpun kita cuba untuk mengajaknya bergelak tawa.

Rasa sedih dan terkilan. Bagai melukut di tepi gantang. Seolah-olah "ku sedar ku tak seberapa, jika dibanding mereka, yang jauh lebih megah dari diri ini..." Sangat menyentuh hati kan? Sangat kena dengan situasi pada masa tu.

Ada yang kata teruskan saja bersahabat seperti biasa, teruskan bermuka tembok biarpun dia sudah menunjukkan tanda-tanda tak mahu menghadap tembok kita lagi. Tapi sampai bila...? "Apa yang mampu ku berhias, hanyalah hati yang ikhlas, terpendam simpan untuk dia yang sudi..."

Bersabarlah... Mungkin ada baiknya ia jadi begitu, kan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu? Kalau yang macam ni berlaku dalam perjuangan Islam, maksudnya Allah sedang memilih pejuang yang benar-benar boleh membantu Islam. Tapisan Allah adalah tapisan terbaik. Kalau dalam persahabatan pulak? Mungkin Allah sedang menapis sahabat sejati kamu yang benar-benar akan membawa kamu ke jalan lurus!

Ada hikmah di sebalik setiap sesuatu... HE knows BEST!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.