Ticker

6/recent/ticker-posts

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia 2020

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia 2020 | Sekarang ni dah boleh travel domestik kan? Walaupun sempadan negara masih ditutup lagi, kita still boleh melancong dalam negara. Travel domestik ni salah satu cara untuk kita bantu naikkan semula ekonomi negara juga pasca pandemik COVID-19. Sektor pelancongan yang terjejas teruk sejak bulan Mac 2020 yang lalu, insya'Allah akan naik sedikit demi sedikit sejak banyak sektor ekonomi dibuka balik masa PKPP yang akan berakhir 31 Ogos 2020 ni.

Saya sendiri dah mula merangka-rangka plan travel dalam negara ni dengan kawan-kawan dan keluarga. Tapi ingat, jalan, jalan juga, SOP masih kena jaga. Ye lah, dalam keadaan penularan wabak yang masih tak menentu ni, kena betul-betul disiplinkan diri ikut SOP. Jangan degil, kalau tak nak jadi pencetus kluster baru! Nanti bukan kita aje yang susah, orang lain sekeliling kita pun kena hadap kesannya macam kluster Sivagangga sekarang ni. Naudzubillah.

Kalau plan travel masa sekarang ni, saya lebih banyak tengok tempat dekat-dekat je. Terutama dalam Johor sendiri. Ada banyak sebenarnya tempat menarik di Johor untuk uols plan cuti-cuti Malaysia. Tak kira lah sama ada nak spend masa cuti bersama keluarga atau dengan kawan-kawan, nah saya kongsikan beberapa tempat menarik di Johor yang uols boleh masukkan dalam list.

1. Forest City Country Garden, Gelang Patah, Johor

Kalau uols nak cari pantai area Johor Bahru, haa boleh datang ke sini. Forest City Country Garden ni dikenali sebagai pantai buatan yang ditambak pasirnya, dan kaya dengan pokok kaktus yang disusun cantik, membentuk pemandangan landskap yang sangat indah dan mempersonakan.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Katanya, Forest City ni adalah pembangunan bandar hijau pertama yang terbesar di Asia Tenggara dengan nilai pembangunan mencecah RM170 billion! Tapi belum siap sepenuhnya lagi lah, tahun 2035 nanti insya'Allah ia akan siap sepenuhnya. Uols boleh belek lebih lanjut tentang tempat ni kat sini Forest City Country Garden

2. Forest City Water Park, Gelang Patah, Johor

Haa, dah sampai ke Forest City Country Garden tu, boleh lah terus singgah ke Forest City Water Park pulak! Sebelah-sebelah aje tempatnya. Baru aje dibuka pada bulan November 2019 yang lepas, harga masuk RM15 seorang kalau nak main air kat sini.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Uols dengan anak-anak boleh main water-sliding, water-maze dan water-fun-challenge dari pukul 10 pagi sampai 8 malam. Taman tema air ini merupakan antara tarikan awal yang dibangunkan di sini. Akan ada lebih banyak lagi tarikan seperti muzium hijau, pakej lawatan eko ke paya bakau dan beting rumput laut. Baca lebih lanjut kat sini Forest City Water Park

3. B5 Johor Street Market, Johor Bahru, Johor

Dulu dikenali sebagai Batu Lima, sekarang dah dihipsterkan jadi B5 Johor Street Market. Teringat lagi dulu masa master, datang sini teman senior beli barang kawen. Sekarang kedai tu dah takde da, memang renovate sepenuhnya jadi B5 Johor Street Market ni.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Tempat ni under Jland Berhad dan Damansara Asset Sdn Bhd, dibina dengan objektif utamanya sebagai Pusat Komersil Pelancongan Setempat. Selain menjadi tempat uols boleh beli-belah produk kraftangan dan makan-makan menu local orang Johor, B5 ni jugak kaya dengan instagrammable spots di setiap ceruk bangunannya. Boleh belek lebih lanjut kat sini B5 Johor Street Market

4. Malay Cultural Village, Johor Bahru, Johor

Rasanya sejak duduk Johor lebih seploh tahun yang lalu, tak pernah lagi seketul Sunah datang ke sini. Baru tahu kat Johor ni pun ada Malay Cultural Village, kalau kat Sarawak pulak ada Kampung Budaya untuk semua etnik di Sarawak.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Menariknya tempat ni sebab uols boleh cuba buat roti canai sendiri, teh tarik, sabun DIY, canting batik, tengok persembahan kebudayaan, malah tengok proses bijih timah dileburkan pun boleh! Macam agak luas jugak kan tempat ni boleh tengok lagi banyak aktiviti kat sini Malay Cultural Village

5. Umbrella Alley, Muar, Johor

Kalau suka seni-seni macam kat Laman Seni 7, Seksyen 7, Shah Alam, haaa boleh datang ke sini. Ye, kat Muar pun ada lorong belakang kedai yang dijadikan sebagai tempat tarikan pelancong. Siapa sangka lorong belakang yang selalunya kurang bersih dan tercemar nampak lebih cantik bila dihias dengan aneka idea seni.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Ada dua lokasi yang uols boleh terjah, Lorong Belakang Jalan Sisi Muar dan Lorang Belakang Jalan Othman Muar. Selain daripada payung-payung berwarna-warni bergantungan kat atas tu, ada banyak juga lukisan mural pada dinding-dinding belakang kedai yang sangat cantik untuk uols ambil gambar. Boleh tengok antara lukisan-lukisannya kat sini Umbrella Alley

6. Laman Kreatif Kluang dan Laman Pesona Kluang, Kluang, Johor

Kalau Muo ada Umbrella Alley, Kluang pulak ada Laman Kreatif Kluang dan Laman Pesona Kluang. Lebih kurang sama aje konsepnya dengan Umbrella Alley, kat sini pun ada banyak lukisan mural dan kraftangan dari anak-anak tempatan.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Terletak di Jalan Premix, antara Jalan Dato' Kaptain Ahmad dan Jalan Dato' Teow Siew Khor. Sesuai sangat untuk yang suka OOTD dan upload gambar kat instagram. Haha! Nak datang sini, boleh parking kat area berdekatan. Then jalan kaki aje ke sini. Boleh tengok lagi banyak gambar-gambar menarik kat sini Laman Kreatif Kluang

7. VRinity Malaysia, Mall of Medini, Iskandar Puteri, Johor

VRinity ni salah satu pusat hiburan interaktif yang mengetengahkan konsep virtual reality technology. Haa, sekarang kan dah banyak dah game yang berasaskan VR ni, VRinity Malaysia ni pulak salah satu daripada pusat terawal seumpamanya kat Malaysia ni.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Uols boleh bermain selama berjam-jam dekat sini dengan kawan-kawan atau keluarga, try lah naik VR roller coaster, main VR Sport, main game tembak-tembak macam paintball, dan juga paling best, Black Badge Signal yang perlukan kerjasama pasukan untuk selesaikan misi menyelamat. Ish, belek sini untuk tahu lebih lanjut harga tiket masuk VRinity Malaysia

8. Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar

Pencinta alam semulajadi pulak boleh buat aktiviti ni. Naik ke Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar. Kolam Puteri merupakan kawasan tadahan air yang tertinggi di kawasan air tejun Gunung Ledang. Jadi, nak ke sana kena memanjat sikit ya.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Semak ramalan cuaca, dan gerak lah awal pagi supaya tak perlu berebut kawasan kolam dengan orang lain. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Hati-hati bila nak bergambar atas batu-batuan air terjun sebab ia sangat licin.

9. Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor

Kalau tak puas mandi air terjun, boleh mandi air laut pulak dekat Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor. Antara pantai kegemaran saya juga kalau rindu angin laut. Dalam sejam lebih sikit dari bandar Johor Bahru, cari area pantai khas untuk orang awam sebab kat sini kebanyakan pantainya milik hotel-hotel sekitar sini.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Bayaran masuk hanya untuk parking saje, RM6, dah boleh lepak baring atas pasir dan mandi-manda. Yang penting, kalau picnic tu, jangan lupa bawak balik sampah ye. Jangan buang merata-rata pulak, mohon terus jaga kebersihan Pantai Desaru tu macam dalam gambar-gambar kat sini Pantai Desaru

10. Kolam Renang AMA Resort, Muar, Johor

Kalau uols jenis yang susah sikit nak mandi air terjun dan air laut sebab risau akan keselamatan dan kebersihannya, haaa boleh datang Kolam Renang AMA Resort, Muar, Johor. Sesuai sangat untuk yang ada anak-anak kecik, senang nak pantau ke mana diorang berenang.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Kolam renang kat sini dibuka kepada orang awam pada harga RM15 Dewasa dan RM10 Kanak-kanak. Selain dari kolam, diorang juga ada buat perkhidmatan homestay dan training centre in case kalau uols plan nak buat team building terus kat sini. Boleh rujuk gambar-gambar sekitar AMA Resort kat sini AMA Resort

11. Kiddomo Discovery, R&F Mall, Johor Bahru, Johor

Lagi tempat best untuk percutian dengan anak-anak atau sekadar luangkan masa pada hujung minggu, boleh ke Kiddomo Discovery di R&F Mall, Johor Bahru. Terletak di Tingkat 1 mall berkenaan, Kiddomo Discovery merupakan pusat permainan kanak-kanak yang direka khas untuk membantu anak-anak berimaginasi sambil belajar.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Sesetengah permainannya, ibu bapa boleh join sekali. Kalau penat ke lapar ke jangan risau sebab kat dalam tu memang ada cafe juga untuk alas perut bila tiba waktunya. Anak-anak boleh bermain dengan selesa kat dalam ni, tambahan pulak ada aircond. Selamat pun selamat, jadi mak pak boleh pekena kopi dulu sementara nak sambung kejar anak macam pengalaman yang diceritakan kat sini Kiddomo Discovery

12. Skyscape Johor Bahru

Ok, ni level tinggi melangit sikit. Untuk sesiapa yang suka tempat tinggi atau nak cabar diri untuk berjalan atas lantai kaca yang boleh nampak jalanraya kat bawah, haaa boleh lah datang sini: Skyscape @ Menara JLand, Johor Bahru.

Senarai Tempat Menarik di Johor untuk Cuti-cuti Malaysia

Terletak di tingkat 34, Menara JLand, uols boleh tengok suasana bandar Johor Bahru dari pelantar kaca kat atas ni. Selain duduk layan angin sepoi-sepoi kat atas ni, uols boleh jugak main VR Games, tengok mini theater pasal negeri Johor, amek gambar kat LED tunnel dan macam-macam lagi. Boleh belek kat sini Skyscape @ Menara JLand.

Ok, setakat tu dulu saya karangkan summary untuk uols belek satu per satu. Andai dalam senarai tu tak ada yang menarik perhatian uols atau bukan yang dicari-cari, boleh belek pulak senarai lain kat bawah ni. Klik aje nama tempat-tempat tu untuk belek infonya ya!





18. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

19. Eco Springs Lab, Taman Ekoflora, Johor

20. Taman Negara Pulau Kukup, Kukup, Johor

Kalau ada lagi senarai tambahan, nanti kita update dari semasa ke samasa ya.

Ok lah, selamat berjalan-jalan sekitar Johor!

Post a Comment

34 Comments

  1. Nak pergi Forest City tak jejak jejak lagi dah bertahun dalam list. Laman Kluang Kreatif pernah pergi sekali. Orang Johor ni tahu balik kampung segamat je. Segamat pun tak habis explore. haha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak akakkk..kita tertekan remove content 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

      Delete
    2. Hahahahaha ...jari gemok :p

      Delete
  3. memnbaca artikel ini menambah motivasi saya untuk ke Johor ..

    In shaa Allah JB ...1 will be there

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sama lah wak, dalam list tu ada jugak yang saya belum sampai..

      Delete
  5. Teringin sangat nak masuk Mesjid Abu Bakar baru ni... insyaAllah ada peluang nanti...

    ReplyDelete
  6. acak eh.. udah pergi takat forest city jak. lain belom gik.. Hehe best ya mun dpt pergi jland yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok, nang best....kelak pergi ok! alang2 ada di JB..iboh sikkk urang padah..haha

      Delete
  7. Oh bestnya jalan2... Congrats P8 entrinya...

    ReplyDelete
  8. cepatlah Covid-19 berlalu pergi.. nak ronda johor sampai khatam

    ReplyDelete
  9. Kebetulan LH pun mmg bercadang nak bercuti johor nanti.

    ReplyDelete
  10. Desaru tu sangat menggamit jiwa, I need Vitamin Sea hehe. Banyak bethul lokasi untuk melawat di Johor ye

    ReplyDelete
  11. seronoknya dapat makan angin ke johor, banyak juga tempat yang belum saya pergi, lepas ni bolehla singgah bercuti bersama keluarga tersayang

    ReplyDelete
  12. umbrella alley tu ada tengok Syed Saddiq promote dalam TikTok dia! Cantik tempatnya!

    ReplyDelete
  13. wow !!!! bestnya....memang tahun ni nak pulun explore dalam negara ,kena bookmark entry ni untuk jadi rujukan

    ReplyDelete
  14. Dalam banyak-banyak tempat menarik kat Johor yang kita pernah pergi adalah Pantai Desaru jer hehehehe tu pun tak mandi hanya bergambar. Banyak lagi tempat menarik kena pergi kat selatan negara ni yer hurmmmmm....

    ReplyDelete
  15. Ok menarik boleh masuk dalam list. Walaupun di negara sendiri banyak juga tempat menarik

    ReplyDelete
  16. Banyak betul lokasi yang menarik. Nak simpan list ni sebab mudah nanti nak bawak anak² jalan. Hope ade peluang jejak

    ReplyDelete
  17. Banyak gak tempat menarik kat Johor tu. Aritu tak sempat nak jelajah. Nanti lah nak ajak husband ke sana. Nak gi Desaru tu. Pantai dia cantik

    ReplyDelete
  18. Tengok forest city garden je dh terpegun keindahan jb . Sy jenis suka tgk hutan dan pulau. JB ni banyak tmpt menarik yg belum pernah singgah rupanya

    ReplyDelete
  19. Banyak tempat menarik dekat Johor ni.. Nanti bercuti sini boleh jadikan entry sis sunah nak pergi tempat best2 ni

    ReplyDelete
  20. Tak habis lagi pusing johor ni. Paling aim mersing plak sana byk pulau cantik

    ReplyDelete
  21. boleh mark masuk dalam notes ni. sebab nanti ke johor tau la nak ke mana tempat yg best :)

    ReplyDelete
  22. Wah tak sabgka bnyk juga tempat pelancongan yg menarik di Johor ni ya... bnyk gak blm sampai.

    ReplyDelete
  23. Kalau pergi Johor lagi teringin nak cuba Skyscrapper tu lah. Forest City dah 2 3 kali pergi sana. rindu pulak nak jalan-jalan & makan-makan kat Johor.

    ReplyDelete
  24. Ok thanks bagi info utk johor.. Mmg plan nak pegi cuti2 area selatan pulak.. Asyik ke utara je.. Haha

    ReplyDelete
  25. saya pernah pi legoland shj. thanks sharing info ni, sangat berguna utk explore johor

    ReplyDelete
  26. Masih banyak rupanya tmpt yg AM belum lawati di Johor terutamanya kawasan Muar.. Boleh singgah juga nnti

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com