UTM Tampil Imej Baru

February 06, 2009


ZAINI UJANG (kanan) memperkenalkan imej baru UTM di Skudai, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini berimej baru. Imej baru itu melibatkan penambahbaikan terhadap logo, slogan dan penampilan yang lebih dikenali dan berdaya saing.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, penjenamaan semula imej tersebut dilakukan bagi memudahkan orang ramai mengenali universiti berkenaan.

Sebelum ini, UTM, katanya hanya memaparkan logo dan agak mengelirukan orang ramai.

"Ini kerana terdapat 20 institut pengajian tinggi awam di negara ini. Bagaimanapun, dengan imej baru ini orang ramai akan dapat mengenali UTM dengan lebih mudah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran imej baru universiti itu di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai di sini semalam.

Menurut Zaini, usaha penjenamaan imej baru tersebut dilakukan sejak empat bulan lalu oleh beberapa pensyarah dan kakitangan universiti.

Katanya, UTM akan menggunakan logo yang mengandungi nama pusat pengajian tinggi itu di sebelah kanan lambang universiti dalam semua urusan.

Sumber: Kosmo

You Might Also Like

0 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com