Tafsiran dan Tamsilan

January 01, 2010

Ana tidak mahu menghuraikan gambar ini dengan panjang lebar. Bukan itu tujuannya, biarlah antum yang membaca memahaminya atau mendapatkan kefahaman itu sendiri. Apa yang ingin ana kongsikan di sini, entri di Facebook atau blog atau Friendster atau MySpace atau dan atau lagi, memberi tafsiran yang berbeza kepada setiap pembaca post tersebut, namun yang lebih tahu tamsilan itu adalah penulisnya sendiri. Sama dengan contoh yang ini.

Mungkin pemilik wall Facebook ini ingin membicarakan sesuatu yang lain, tetapi ditafsirkan secara berbagai-bagai oleh para pembaca. Namun, setiap kata-kata selepas itu masih boleh digunapakai untuk mana-mana bentuk tafsiran. Ya, kerana jawapan kepada sesuatu itu adalah umum, apa-apa jawapan memang perlukan petunjuk daripada ALLAH (untuk post di atas).

Tafsiran menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu mempunyai sama makna dengan perkataan interpretasi dan ertian di mana Kamus Pelajar Edisi Kedua memberi maksud tafsiran sebagai penjelasan mengenai maksud sesuatu ayat dan lain-lain. Manakala tamsilan pula merujuk laman yang sama diberi maksud oleh Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai contoh, ibarat, persamaan, perum­pamaan. Kedua-duanya; tafsiran dan tamsilan ketara jelas di sini adalah sesuatu yang berbeza. Tafsiran lebih kepada sesuatu yang belum pasti, namun tamsilan merujuk kepada sesuatu yang sudah sedia pasti.

Setiap pembaca adalah pentafsir, tetapi belum pasti boleh mencapai tamsilan.

Wallahua'lam.

You Might Also Like

1 Comments

  1. ana tak faham, kenapa penyapulidi berfikir entri ini ada kaitan dengan pilihanraya kampus?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com