BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, February 23, 2010

Persediaan Membina Masjid

Ku tujukan khas buat sahabat-sahabat muslimin muslimat sekalian, semoga ada manfaatnya, terutama bagi mereka yang bakal mendirikan masjid sedikit masa lagi, bagi yang sedang merancang pembinaan masjid - bahan buatannya kayu, batu, simen, atau kaca, juga bagi mereka yang masih belum dapat mengenalpasti masjid yang bagaimanakah ingin dibina. Sama-sama kita hadam dan amalkan bila sudah tiba masanya kelak, insya'ALLAH.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa di dalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam. MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.


SEBELUM membuat keputusan berumah tangga, setiap pasangan perlu menyelidiki dan menggariskan beberapa tugas yang perlu dipenuhi bagi menjamin kesejahteraan serta keharmonian rumah tangga agar terus subur.

Antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi suami ke atas isteri dan anak-anak mereka termasuk:
  1. Menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada isteri dan anak.
  2. Memberi nafkah batin termasuk bergaul dengan isteri secara baik.
  3. Melindungi isteri dan anak-anak berkenaan dari segi keselamatan dan kesihatan mereka.
  4. Melindungi maruah dan harta benda keluarga.
  5. Membimbing isteri dengan ajaran Islam dalam mendapat keredaan Allah s.w.t
  6. Mendidik anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna.
  7. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah yang menimpa keluarga dan jiran tetangga.

Tugas dan tanggungjawab isteri juga penting bagi mengekalkan hubungan yang dibina. Antara peranan dan tanggungjawab isteri :
  1. Isteri perlu menjaga kehormatan diri mereka terutama apabila suami tiada di rumah.
  2. Patuh terhadap arahan suami selagi ia bukan arahan untuk melakukan maksiat.
  3. Memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
  4. Menjaga kebersihan rumah dan kesihatan diri dan anak-anak.
  5. Menyimpan rahsia pergaulan dengan suami.
  6. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin atau pengetahuan suami.
  7. Berhias serta menjaga kesopanan buat tatapan suami dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di khalayak ramai.

Impianku menjadi isteri solehah, mencintai,
mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.

Sumber: Baitul Muslim Halaqah Net

Semoga ALLAH mempermudahkan urusan sahabat-sahabat semua, dunia dan akhirat.
Ameen...



6 comments:

Mutiara Bernilai said...

assalamualaikum ngah..

syukran ats perkongsian..
insyaAllah,moga2 dipermudahkan urusannya dan di pertemukan pada waktu,masa serta keaadan yang tepat..

" dia memang sudah di tetapkn dr azali,cuma yang tinggal untuk kita untuk mencari.."

angahfarah said...

salam sunah..
harap sht awk yer..
nice sharing..btw mmg benar ape yg dinyatakn..konsep utk membina rmhtangga ni perlu difahami setiap pasangn..

p/s:akk doakn semua urusn yg ingin mendirikn masjid dipermudahkanNya..amin

junainah said...

sunah..teorinya sangat mudah dibaca dan difahami..
tp adakah mudah untuk dilaksanakan?
sama2 amalkan utk diri dan masa depan

Siti Hasunah Mohammad said...

salam wrt...ramai juga yang berminat dengan post ni ye..

> along

insya'ALLAH..sama2 kita doakan...

> k.farah

alhamdulillah, sihat kak..moga2 akak juga sihat dan semakin berseri2 hari ke hari..banyak kena belajar daripada orang yang da melalui alam rumahtangga ni..;)

> k.jun

memang nampak mudah bila dibaca, usaha, redha dan yakin pada ALLAH akan menjadikannya suatu yang mudah untuk dilaksanakan di masa depan...insya'ALLAH...

shahjiehan said...

hehehe... moga dapat di praktik kan... xsemudah yg kita sangkakan.. good luck!

Sunah Mohammad said...

@shahjiehan

:)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.