BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, August 6, 2014

Hari Raya

dah lebih seminggu berhari raya
dah berminggu-minggu tak update blog
rasa macam tak tahu dah nak tulis apa
padahal banyak sangat nak share
cuma jadi teragak-agak
perlu taip ke tak

dalam keadaan sekarang

entah lah

rasa serba salah
nak share seronoknya beraya

sedang kat sana
mereka beraya dengan bom dan mortar
tak ada baju baru
tak sibuk nak siapkan juadah raya
berbelanga-belanga
mungkin ala kadar saja
rumah pun tak ada
keluarga apatah lagi
ada yang dah tak ada sesiapa
ramadhan di dunia
syawal di syurga

apa lah sangat
kalau tak dapat
beraya di kampung halaman

apa lah sangat
kalau tak dapat
cuti hari raya

apa lah sangat
kalau tak dapat
bonus hari raya

maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?

bersyukurlah!
kita masih punya sedikit
daripada tiada
#prayforgaza #savepalestine

4 comments:

Hafiz Hafizol said...

hai akak.. busy duk layan husband ke tu? hehe..

update la kak.. saya rindu ke blog akak.. kahkah ! =p

Kira Sakura said...

terus tersentap~~~~

;(((((((

Sunah Sakura said...

hafiz hafizol: mana ada...husband awal2 da keluar rumah mencari rezeki sesuap nasi...huhu...ye ye aje kamu rindu blog akak.. -_-"

kiera: mohon jangan tersentap...ni memang luahan hati yang rasa tak best sungguh nak mengadap blog n fb...sobs...

ummi aqilah (LM) said...

Selamat hari raya sunah:)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.